Mencari ayam KFC Sampai ke Jalan Raja Laut



Tiba-tiba ada orang kat office ni mengidam nak makan KFC. Punyalah fikirkan cara nak beli KFC. Macam susah bebenor soklan tu, macam menjawab soalan Clever Girl. 

Plan A. Ape susah nak makan KFC buat la delivery order. Kitorang dah siap pilih menu baikkkk punya. Lepas tu call la nak buat delivery order. Rasa dah terbayang wajah ayam KFC dalam kepala ni. Sekali dapat call, KFC tak boleh nak delivery pulak. Sebab banyak order dan takde orang yang boleh delivery. Kuwang jaq sungguh aihh! Tiap kali hari jumaat je tak boleh hantar, selalu nampak je motor delivery KFC lalu lalang kat dalam HKL ni, rasa nak tahan pow, 'eii bak sikit ayam' Time aku order tak boleh nak hantar pulakk. Baik tak payah buat delivery order kalau tak boleh nak hantar *Nada marah, frusted betul lah!! Acah-acah garang.

Plan B, Nak drive pergi beli, nak ke parking kereta punyalah jauh, tau-tau je lah the big poblem dalam HKL ini adalah parking. Next plan, nak keluar lepak makan KFC, kami 5 orang tak muat teksi tu, mau kena halau sorang max 4 je boleh sumbat, kesian. Lepas tu pulak, pak ngah suami kak tun nak datang jemput kak tun (dalam kepala otak ni ada harapan lagi, boleh tumpang). Sekali datang naik motor daa. Hancus lebur punah harapan !! 

Last choice, kami tahan teksi pergi beli sendiri kat KFC Jalan Raja Laut. haaa hambek kau! Pergi ber-3, ehem ehem Miss Suzie, Mek Jemah dan Nana Nurgaya.

  
Hai mentayang cemua. 

Mek Jemah tengah mengorder aku sibuk suruh dia pusing nak ambil gambar. Padahal dia tengah cakap dengan cashier tu, sabau ye dek! Hakak memang gini, artis kata kou *sila muntah

 
Nak jugak Nana Nurgaya ni, bagi la se das.

 
Kami order Bucket B, RM39.90 yang ada 9 ketul ayam. Tambah lagi side-dish Dinner Plate. Tamak kan, sorang 2 ketul ayam. Tapi kan, Kak Sha mood baik hari ni. Baju pun lawa, kasut, spec, semua lawa la hari ni, glowing sangat. hihi. Kami top-up sikit je, yang lain semua Kak Sha bayar. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi..hahaha cabutttt

 
Punya lah tamak terus sambar dua ketul ayam. Tengok Kak Sha ambil 2 ketul aku pun sibuk nak jugak, padahal belum tentu habis. Seronoknya makan rebut-rebut. Dapat makan semua senyap, mulut kena sumbat dengan ayam. 

Dialog Si tudung biru 'Ni omak nak pesan, jaga tingkah laku depan mak mertua. Jangan makan tak baca Bismillah. Makan pakai sudu, garpu walauuupun makan ayam. Bia ayam tu lompat masuk pinggan orang sebelah..tak pe tak pe boleh kutip balik, jangan malu, rezeki tu. Janji apa janji apa, style kena ada !!' 
Si Tudung hitam 'baik mak'

hahahhhaa


-zie-
Tag : Lifestyle
9 Komentar untuk "Mencari ayam KFC Sampai ke Jalan Raja Laut"

Duit sape terselit bawah pinggan tu!

alamak,nampak pulk yer..hahaha

Ek eh mcm prof muhayah taww yg tudung biru tu.
nurrr di wajah ia terpancar pom pom pom..perkhhh.. kemsalam eh! :p

dear jom join GA adik ni , saya tag awak tau

http://masitaeyta.blogspot.my/2016/04/mini-giveaway-by-hanis-masturina.html

Hahahaha gigih jugakkkkk tu. Biasa la kalau hari nak tu memang berpayah ujian dan dugaan nya dtg. Kalau xnk. Depan mata je ditayang2

eyta singgah ni...eyta tag tau

http://masitaeyta.blogspot.my/2016/04/pencarian-bloglist-sebulan-meijun-by.html

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top