Nak cerita Istana Lama Seri Menanti kalau tak tahu Istana Seri Menanti ni kat mana pi google, bukak balik buku sejarah, apa daaa itu pun tak tahu ke. *tiba-tiba jadi garang. Den nak cito ni ha, eh tewos tukar cakap orang negori. Istana Lama Seri Menanti ni terketak di Bandar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kek kampong abah den.haaaa Raja tak duduk sini, Istana ni di jadikan Muzium DiRaja Khas untuk tontonan rakyat. Istana baru berdekatan dengan Istana Lama Seri Menanti ni.
Tapi yang sodeh yo, sekarang Istana Lama Seri Menanti tak boleh masuk. Sebab 4 tiang seri tu tengah-tengah dah berlubang. Seingat
den la maso kocik-kocik lu den ponah masuk Istana ni, abah den yang
bawak poei jalan. Maso tu den kocik laei, terloncat-loncat tak rgoti nilai keindahan Istana Seri Menanti ni. Kalau nak tengok kek dalam macam manno rhupo, boleh tengok
blogger kaki travel Supermeng Malaya.
Masa masuk ke halaman Istana ni pun dah terasa suram, ada pengawal yang jaga istana ni. Abah den apo laei, interview la pengawal tu, kok mano tahu waris ko. Kalau dah cito suku, sakat, undang, tok jonang memang sampai ke sonjo jawab ei. shhhhhh meh dokek sikit, den dongar cito, kek tingkat ompek istana ni ado seholai rhambut tapi panjang ei boleh jadi segumpal, boleh bayangkan tak panjang mano. Bila segumpal rambut tu dah dipindahkan ke Istana Baru, Istana Lama ni jadi suram dah tak berseri lagi. Tiang-tiang pun dah mereput, sebab tu tak boleh di pertontonkan kepada rakyat. kang roboh pulak Istana ni masuk ramai-ramai.
Pengawal itu cito laei, Istana Seri Menanti memang jangka hayat 100 tahun je. Tapi sekarang dah melebihi 100 tahun, ia dibina pada tahun 1902. Kalau di kira-kira lobih 100 tahun dah. Den raso lah yang buek cantik, nampak tesergam indah mungkin yang 'JAGA' Istana ni rambut segumpal tadi. *pisssss ini andaian je. Jangan buat mitos yang mengarut.

Mula-mula den ingat ni makam, apo kono makam ado kok tongah laman nih. Pas tu abah den khobar an 'ni keto yang bawak sultan poei jalan-jalan kampong, kobau yang tarik. Owang dolu2 tak do keto' ohhh gitu cito ei.
Dah tak buleh masuk, kami pun posing maut je la.
Kisah sejarah sikit tentang Istana Seri Menanti, istana ni diperbuat dari kayu belian, yang kagum dan teruja sekejap istana ni di bina tanpa mengunakan sebarang paku pun. Setiap sambungan menggunakan kayu pasak je. Kagum tak! kagum tak! Kayu yang digunakan kayu Penak.
Dibina pada tahun 1902, istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Bangunan ni setinggi 67 kaki, mempunyai 99 tiang kayu keras dan ketinggiannya 67 kaki. Bayangkan tiang seri sepanjang bangunan empat tingkat. mang ai! mesti besar dan panjang kan, macam mana mereka bina pada zaman dulu. Pelbagai motif bunga turut di ukir pada belian kayu yang digunakan untuk membuat Istana ni.
Nampak utuh dan tersergam indah, tapi sayang tak boleh masuk dalam.
Salah satu tempat rehat yang ada kat laman Istana ini
Permandangan dari laman Istana Seri Menanti
kat tingkat 4 tu la ada segumpal rambut.
Seingat aku dulu pun masa Istana ni open to public, ada palang kain kuning kat tangga ke tingkat atas. Ada tulis situ DILARANG MASUK. Kalau degil nak masuk jugak, keluar jadi gila. eh! itu tipu. hahaa
Setiap tiang di palang tak bagi orang ramai masuk, sedih kan. Tapi ukiran kat tiang tu masih lagi nampak unik dan cantik. Ukiran kayu warna keemasan menunjukkan kemegahan, seni ukir kayu yang halus. Ini betul-betul kejadian tak tipu.
Apa boleh buat, tak boleh masuk. Merayau jenguk-jenguk halaman je la. Takut-takut berani je tu.
Selamat tinggal Bandar DiRaja Istana Lama Seri Menanti
Masa tinggalkan Istana ni, terasa sayu dah sedih sebab harta warisan tinggalan nenek moyang perlu di jaga untuk tontonan anak cicit akan datang. Masa perjalanan balik bau taik lombu kuek na, teros tusuk idung den. Den khobar kek abah 'bau taik lombu kuek na, banyak boto taik lombu ni bah, abih keto den kotor aa' abah den khobar an 'tak ponah jumpo taik lombu ko apo, ontok-ontok dah lah'
*ngegege
-zie
Tag :
Negeri Sembilan,
Travel
2 Komentar untuk "Istana Lama Seri Menanti lebih 100 Tahun"
cantik sangat senibina istana seri menanti ni.kak ana pernah masuk sekali dua tahun lepas, lepas tu kali ke dua dtg bawa mak abah dah tak dibenarkan masuk.. sampai hari ni rupanya.
Erkkk ce try bawak masuk blik rambut panjang tu dalam istana ni. Kot la tiang tu elok blik, Confirm ada penunggu hihihihi :D
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.