Tips anak masuk darjah satu



hokey! dah ada pengalaman baru boleh sembang. hahaha.
before penutup tahun 2018. now aku dah boleh breath dengan lega sebab dah biasa dengan new rutin. masa mula-mula Azeq masuk darjah satu kelam kabut jugak sebab aku nak sesuaikan diri dengan new rutin. Macam-macam benda nak fikir dengan bangun pagi nak prepare bento, bag, buku, baju, duit belanja, kasut, stokin furhhhhhh fenin. Silap2 nanti aku baring je kat lantai tengok-tengok dah berbuih. sawan ha ha haaaaa.

Ni  nak share tips anak masuk darjah satu bagi parent yg first time anak nak bersekolah.

1. Baju sekolah max beli 3 pasang je baju uniform sekolah. Tak perlu beli uniform sampai 5 pasang konon nak senang pakai untuk seminggu. sebab dalam seminggu budak ada PJK (pendidikan jasmani) 2 kali seminggu - Selasa & Khamis. Sediakan pakaian sukan 2 pasang untuk elak kelam kabut membasuh. Biasa pakai baju sukan dari pagi sampai balik.

2. Sekolah agama - mana anak yg sekolah agama nak senang beli 4 pasang sebab hari Jumaat pakai baju sukan. aku dulu beli 3 pasang je, pastu basuh tukar pakai. yela satu pasang baju sekolah agama RM37 sepasang. kali 3 dah berapa? kira lah sendiri. tu tak termasuk sampin, songkok lagi.. 

3. untuk anak boy darjah satu tak payah nak pakai belt bagai. Rasanya sekolah tak marah pun kalau tak pakai belt. kang memasal tak sempat bukak seluar dah lencun. untuk permulaan aku sediakan seluar spare dalam bag.

4. beli singlet untuk elak baju sekolah bau masam ya amat. ni terpulang, anak aku taknak pakai singlet. panas katanya.

5. time nak beli baju better bawak anak. sebab nanti senang nak try kat badan anak. Hari tu beli seluar Azeq terbesar pulak. maklumlah festime anak masuk darjah satu. dah terbeli kannnn. aku jahit sikit getah pinggan tu bagi kecik sikit. nak pulak badan cubby pinggang besor kaki pendek. jenuh cari saiz hahaha

6. Stationery beli kat Mydin/DIY atau apa2 pasaraya yg murah area rumah korang. Macam dekat rumah aku ada pasaraya Longwan kat Sri Rampai, Setapak.. murah giler kat situ. segala kelengkapan sekolah semua complete. Kalau area Gombak pulak pasaraya Canggih kat Sri Gombak. 

7. Beg sekolah kalau aku lah beli yg berkualiti sikit. macam Azeq buat masa ni gila minat dengan boboiboy, serba serbi nak boboiboy, even sepender pun boboiboy. beg aku beli beg boboiboy price range RM50-70. 
sebab apa ?
biar tahan lama. beg boboiboy yg Azeq pakai sampai akhir tahun elok lagi. zip pun ok. aku tak suggest bag yg ada roda. tapi terpulang ada parent yg ok with that sebab ada anak yg darjah satu saiz badan halus kecik cemetot nak angkat bag tak larat better beli bag yg ada roda. 

8. Botol air/bekas makanan beli yg biasa2 je. tak payah nak smiggle sangat lah. ofcoz kita mampu beli tapi belum mampu dari sakit hati kalau hilang hahaa.

1st week Azeq sekolah memang aku bekalkan food untuk dia makan. sampai takde idea nak masak apa pagi. time tu aku rasa dia kecik lagi dan taktahu nak membeli. then aku just bagi bekas yg biasa2 je ada separate tapi cute. bekas free beli susu dugro tu pun ok dah.

Tips anak masuk darjah satu

9. Tempah atau prints Sticker nama anak. yg penting front jelas dan mudah baca. better semua barang macam stationary, pencil box, bag, kasut, everything tulis nama. even kat pemadam pun aku tulis nama. setiap pencil color pun aku letak nama. Kalau hilang tak kisah la sekurang2nya tahu sape punya.

Tips anak masuk darjah satu

Nak keje senang tempah je kan.. kalau rajin macam aku aceceeee sticker ni boleh beli kat mana2 kedai bookstore Popular/MPH/ Pustaka Rakyat dengan harga RM2 lebih kot. Korang boleh print dan lekatkan semua kat stationary anak.

Untuk buku alatulis aku tempah COP NAMA.. senang keje tak payah tulis tangan. Tak larat nak tulis tangan berpuluh-puluh buku.

Tips anak masuk darjah satu


10. Last sekali, Bismillahi tawakkaltu 'alallah bertawakkal kepada Allah. Kita dah buat yg terbaik untuk mereka. dah prepare yg terbaik untuk mereka. dah siap pakai. Doa yg baik untuk mereka supaya Allah lindungi anak-anak kita. 


sambung.. kalau ada tips yg aku terlupa.
10 Komentar untuk "Tips anak masuk darjah satu"

hehehe comelnya sediakan anak nak masuk sekolah. cute jee..
part label2 tu sebenarnya CT sampai sek men pun buat. memang kalo tak buat merata perginya barang2. eloklah label =)

kannnnnn.. terpaksa label kang berjalan ntah mana.

Perkongsian yang ohsem.. Memudahkan ibu bapa yang baru nak melalui pengalaman ini..

sha:kan.. ank yg first time nak sekolah nervous sikit la

Sib baik tak mintak pencil box smiggle. Hahaha. Syok baca tips ni walaupun ada anak tekak je. Selamat kembali ke sekolah dan selamat menjalani rutin cam biasa.

Terbaiklah zie. Akak suka je baca hehe.

g00d sharing zie! beza byk plak ajiq time darjah 1 dgn skrang..skrang dah abg2 sgt muka dia...huhuh..

bila ank darjah 1..mmg mcm2 kerisauan mak2 ni..dlu ankdara pn mak die bg bekal juga tp yg senang2 je sbb die tk brp mkn sgt sbb riso kot tk reti membeli lg...lps tu dh nenek die bg duit die dh sronok membeli..sudahnya tk bw dh bekal

Nasib SA xde anak nak masuk darjah satu..anak2 buah pandai la mak pak piorang settlekan..tp anak dara SA tu kalau beli apa2 kelengkapan tanpa dia..muncung bleh sangkut hanger baju tau..x hingin nyer dia guna..baik babarang sekolah baik baju baik tudung..dia nak rasa nngan jari dia dulu baru bleh beli.. x kisah mahal ke murah

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top