Ultraman penyelamat GM Klang dari roboh



Sape pernah pergi GM Klang

Weekend outing with sibling pergi GM Klang nak cari cunky beeds. Banyak kedai dah cari tapi tak jumpa yg berkenan, nak yg murah, design cantik & colorful. Cunky beeds ni yg manik2 kat baju, lepas tu ada bunga setompok. Pandai2 la design sendiri, sendiri jahit, sendiri design. Jahit sendiri je, aku memang suka menjahit, sekarang kemalasan tahap dewa. Dulu pernah amik tempahan jahit manik kat baju, terbuntang bijik mata jahit minatang kecik2 tu. Tapi kalau dah minat, jahit banyak mana pon tak heran. Sekarang tempahan jahit manik ditutup, MALASSSS nak buat bahaha

sibling..wink wink

ok.Sebenarnya nak cerita pe tadi!

Ultraman nak robohkan GM Klang..yeke!

Pergi GM Klang dah lewat petang, charge parking sekali masuk RM2. Shopping la berjam2 dalam tu charge parking tetap sama RM2. Tempat parking kereta kat atas ye, tak suka parking yg kena pusing2 mendaki sampai atas. Mendaki naik keta, bukan jalan kaki hahaa

Lepas tu, lega dah sampai tempat parking, dah cari parking turun level 1. Untuk pengetahuan korang GM Klang ada 3 block, block A,B & C. Aku gi block A sebab nak cari beeds banyak jual kat level 1& 2. More details pasal GM Klang block A, B & C barang apa, boleh baca kat sini

Dah sampai, excited gila ni nak memborong. Yela banyak betol kedai yg jual murah. Tapi kena beli banyak baru dapat harga borong. Kalau setakat datang adik-beradik kaut sorang sikit dah dapat harga borong. Belom start memborong, biasalah budak2 ni nak kencing pulak, bawak pergi toilet dulu. Nak minum air la, bagi minum air dulu, motherhood is wonderful fuhhh

Dah keluar dari toilet, aktiviti borong memborong bermula, yehiaaa (excercise tangan sikit)

Baru pegang beeds yg pertama, tiba-tiba........

greyyyy (tarik pintu kedai), semua kedai nak tutup. SEMUA HOKEY. Berlumba2 semua kedai nak tutup, macam pesta tutup kedai run for your life. Sekelip mata semuaaaa kedai tutup,

WHATTTTT !! what happen, what happen,..'GM tutup pukul 7 kak' 

Apaaaaaa jeng jeng..gila ke apa datang GM semata2 bayar parking dua hengget, then kitorang pun kena halau balik jugak huwaa apaaa ni !!

Yang kelakarnya, anak bujang sorang ni mengelabah tak tentu pashallll, keluar masuk kedai tak tentu arah, terjerit2 nangis panggil mama suruh keluar dari kedai, tarik2 baju, tarik tangan suruh keluar sekarang jugak!!

'mama, cepat mama, kedai nak tutup, jom balik..jom balik' huwaaaa menangis macam kena gigit tungau.

Fina cool je, pandang je reaksi abang dia yg mengelabah tak tentu pashallll

Azeq tarik2 baju aku suruh keluar dari kedai, 'cepat mamaaaa, keluar sekarang, sekarangggg' huwaaa waaa. Agaknya kalau Azeq tu besar macam the rock, mau dia angkat mama dia macam tu je, degil sangat, suruh keluar dari kedai tak keluar2 bahaa

Ultraman penyelamat GM Klang
 ni budak yg mengelabah sangatttttt

Ultraman penyelamat GM Klang
tak sabar nak keluar dari bangunan ni, tekan button lif banyak kali, tekan tekan macam tu haaaa 'cepat mama, cepattttt mama' huwaaaa nangis lagi. Tengok Fina, relex jeeee

Lepas tu, aku cool down kan dia, dah masuk dalam kereta. relex sikit, dia pun duduk relex.

Tanya dia, 'nape Azeq nangis tadi'

'nanti raksasa datang, banggunan roboh, nanti kita semua tak boleh keluar, kena tidur kat dalam tu'

Tau tak mama nak pitam dengar jawapan kou ni, nak gelak guling2 ke tak. Ni la jadinya kalau banyak sangat tengok cerita karton, dia imagine raksasa akan robohkan banggunan ni, kita semua akan terperangkap dalam ni, then ada penyelamat yg datang selamatkan kitorang. Penyelamat dia is ULTRAMAN...can u imagine guys !! fuhhhh Sakit jantung mama ni nak oiiii !!

Ultraman penyelamat GM Klang

Pitam mama !!

Frust tak dapat nak shopping lama dalam GM Klang ni, takpeee GM Klang i will repeat again!! tapi taktahu bila kikihhh Tapi sempat jugak rembat beeds yg aku nak tu, memang murah, tak menyesal kena halau keluar dari banggunan oleh RAKSASA !! hahaa

So, pesanan penaja disini, make sure kalau nak datang mesti tengok timing. Jangan jadi macam aku, datang saja main pusing2 kat parking. Kemudian sendiri sakit hati. Ingat ya GM Klang tutup pukul 7, pukul 7 miahhhmiah

Operation hour :
Block A & B - everyday - 10am-7pm
Block C - everyday - 10am-10pm


-zie-
2 Komentar untuk "Ultraman penyelamat GM Klang dari roboh"

alahai anak2..hahaha..berdekah baca..

hahaa...adoiii kelakarnya ingatkan apalah tadi, takut rasaksa datang robohkan bangunan rupanya.

lama tak pegi GM klang pada hal dekat je dengan rumah, teringin juga nak pergi nih

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top