Rxz motor legend



Assalamualaikum olls!!

last day before cuti CNY (raya cina) hari jumaat dua-dua amik half day sebab nak balik kampung. petang otw hala ke Perak tak jem tapi kereta banyak. syukur tak sempat kematu bontot dah sampai.

pergi keje pagi tu boypren ajak naik moto rxz dia. mengelinjat aku sukeeeeeeeee.. bukan selalu dapat peluang menjongket macam ni. dah plan siap-siap nak pakai seluar sebab senang nak menggangkang (our gomen staff always berbaju kurung) 

benda biasa kot naik moto.
luar biasa sebab naik moto legend dia - rxz.
tersengeh-sengeh aku atas moto teringat zaman mengedik dulu.

Motor legend
setembun pipi aku di situ
pakai helmet ni terus pipi selambak

moto legend dia ni ada nostalgia.
teringat masa zaman sama-sama study dulu.
mana yg senior masuk semester 2 semua pehambat duduk luar. terpaksa lah cari rumah sewa.
aku duduk rumah sewa 5 orang. masing2 asal dari lain-lain negeri.
aku & ecah asal selangor, eja - perak, dura-johor, nana-pahang.
masing2 lain course. ada budak akaun & marketing.
time tu pun baru nak kenal each other.

dari rumah sewa nak ke kuliah jauh jugak. kalau nak jalan kaki boleh pitam.
jalan shorcut ada tapi nanti jumpa macam2 natang kat zoo aku yg pengsan. jumpa cacing pun dah huru-hara. ini kan pula katak, lipas, ular. mau berbuih mulut sawan.
bapak aku bagi satu moto yahama ss second-hand. tak kisah dapat second-hand pun jadi boleh pakai buat pegi balik kelas. (beli pakai duit sendiri. mana yg tak cukup bapak aku topup) 
moto ni ada clutch tapi clutch hidup.

belakang rumah sewa kitorang ada budak lelaki menyewa. student jugak.
from course automotif & engineering

pastu aku suruh budak laki ni tukar motor aku pada clutch mati.
tukar clutch mati pickup laju sikit.
dari situ deal pasal motor dengan budak laki. sebab kawan2 tak payah bayar. free. janji buat cekodok hulur sikit.
dalam rumah sewa tu ada sorang budak lelaki naik motor rxz.. kalau nampak 'dia' ni jantung aku laju. dari jauh dengar bunyi moto rxz dia aku bedebar dah. orang kata kalau jantung laju tu jodoh kita. time tu aku nampak dia jodoh aku HAHAHAHA

yg bawak moto rxz tu Amir lah. 
now, dah jadi teman tido sekatil sebantal.
penangan jantung laju terus jumpa jodoh.

dia ni  pemalu dengan pompuan. sebab time sekolah jarang-jarang jumpa pompuan. sek menengah boy school. study pun satu kelas semua boy. tu kadang kalau jumpa perempuan terpisat-pisat malu.
aku yg ngorat dia dulu. tunggu dia alamat tunggu bulan jatuh ke riba tak kawen la aku. lambat sangat nak start enjin. orang yg baik-baik harus kita cop siap-siap. jangan tunggu lama2 kang kebas dek orang.
dari situ la kitorang kenal-kenal.

ada satu hari moto aku rosak. aku pinjam moto rxz Amir bawak pegi kelas.
dahhhh jadi satu hal. orang kampung kat situ pandang budak perempuan bawak moto rxz 


Motor legend

ni tahun 2005. gi mana aku tak ingat.
kalau tengok gambar ni lagi jantan aku dari amir. seluar jean ni yg aku cakap tahan sampai sekarang. more than 10 years. aku ada pakai masa pegi Sabah tahun lepas. lagi lusuh lagi rare. aku suka pakai seluar jean levi's sebab dia tahan lasak. now, kalau nak pakai  suar ni tak muat dah. peha sangkut.
tiba2 mengemok pulak tahun 2020 ni.

dah kahwin rambut still lagi pendek. kadang pendek lagi dari Amir. siap sound dia kahwin dengan tomboy ke haper.
dah beranak ni baru pandai simpan rambut panjang.
kalau tak. asal panjang aku cut bagi pendek. siap buat macam2 pattern.
rambut pendek ni best. ringan je kepala. shampoo pun tak banyak pakai.

Motor legend


{back to realiti}
atas moto menyembang dengan laki back to our memories..
dia muka selamber dia je.
ceittttt...
menyembang atas moto tak dengar apa.. pekak dengan helmet lagi. padan la muka aku cakap sorang2.

tapi dia ni sekali-sekala kalau membahan orang berminggu2 tak hilang. sebab terlalu over excited naik moto rxz. pakai seluar terbalik pun tak sedar. patut aku raba-raba poket belakang takde pastu rasa kembung semacam. aku ingat aku yg mengurus. sekali salah hukum alam. tang punggung duduk di depan memang cari nahas kena bahan!! HAHAHA HAHAHA


-gee-
Tag : Lifestyle
5 Komentar untuk "Rxz motor legend "

zaman awal 90an mmg femes moto rxz..wah mmg legend ni p kj naik rxz hehe

wah-wah nice cerita nih... salute perempuan yang bawak motor rxz, kita tak reti bawak motor yang ada clutch nih.. mau mampos motor tengah jalan tu...

akak pun tiap jumaat selalu baru lah rajin pakai seluar kalau ke opis, lagi satu kalau time boss cuti pun rajin pakai seluar time pi opis

hahhaahaha!! lawak la cerita kakzie ni, zman cintan cintun, alahai, sweetnyaaaaa....smpai pakai seluar pun terbalik...serius laaa

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top