Line Debit Card yang macam hampeh di Sogo, KL



Hari Jumaat lunch hour rehat yg panjang, amik masa untuk shopping baju budak2 kat Sogo. Biasa, kalau aku dah aim satu benda aku akan terus tuju ke tempat tu. Terus naik level 4th floor tempat shopping baju kanak2. Sebelum tu, singgah level 7th dulu, dah berkenan satu sandal. Nak beli nanti, lepaskan barang budak2 dulu. Barang mak kendian pun takpeee. See, pengorbanan seorang ibu. *ngegee

Turun level 4th balik, Dah pilih2, satu bakul penuh baju diorang je, time nak bayar beratur punya la panjang, pergi mana2 cashier pun sama. Tiba2 orang depan aku tu, dia nak bayar pakai debit kad tak boleh, dia try pakai kad lain pulak, pun tak boleh jugak, dia pun blahh. Dia cakap nak amik cash kat bawah. eee kat belakang ni dah mcm keretapi menjulur dah ni. Macam aku memang jarang ada cash in hand dalam amount yg besar, setakat cukup lepas untuk makan atau standby tu ada, kalau shopping ke haper semua pakai kad.

Dalam hati aku, berlakulah ke ajaiban, kalau tiba kat giliran aku boleh pulak kan. kah2. Tiba giliran aku pulak, benda yg sama jadi, decline. Pindah cashier sebelah pun tak boleh jugak, sebab line debit kad poblem. aaahhh tension. Aku cakap 'takpe la saya amik cash'  Nak Q-up amik cash lagi, lepas tu naik tingkat 4th lagi bayar cash...bencikkk.

Terasa mimpi ngeri pulak pakai debit card, bila org belakang dah pandang2 mcm kita ni takkk berduit..perffff

Line Debit Card yang macam hampeh di Sogo, KL
tengok, tak ke barapa puluh tahun sampai ke ATM depan tu

Gagahkan jugak aku turun ground floor, q-up lagi nak amik cash kat mesin ATM. yela dah pilih2 barang pe yg berkenan, tiba2 nak bayar tak boleh, takkan nak tinggal macam tu je. Mau teringat 44 hari 44 malam tak tidur. ATM CIMB lambat, pergi ATM Maybank pulak. charge RM1.06 pun charge laa.. eee dalam hati 'ya Allah permudahkan la urusan ku' kang di buatnya mesin ATM tiba2 'Machine temporary out of sercive' dammm &^%$#@#&

Dapat cash terus gi kaunter tadi, takde nak beratur lagi. Terus direct pergi kaunter, mak cik cashier tu dah kenal muka aku. Mak cik aku panggil, tah lingkunan umur 20an kot. hahah

Kemudian, berkenan sandal tadi !
Lepas tu, ingat tak tadi aku ada cakap berkenan satu sandal. Tapi kali ni turun tingkat 1st tempat kasut & pakaian wanita. Aku fikir sama je la kasut kat tingkat 7th dengan tingkat 1st kan.
tanya promoter 'dek, harga sini tak sama dengan harga tingkat 7th erk'
'tak kak, sebab tingkat 7th ada promosi'

Sanggup naik balik tingkat 7th nak harga yg murah atas benda yg sama. Bukan sikit2 punya murah ye, harga asal RM52.90, lepas less kat level 7th RM29, ke tak gila. Mencarut dlm hati @#^%$#&

Memang kerja gila turun naik turun naik eskalator SOGO.

Tunggu lift lambat, turun naik pakai eskalator hokey, dah macam owang gila.

sale di sogo
sedap pakai, tapak lembut, belakang ada getah mencerut...#selesa

sale di sogo
sekian. Jimat duit.



psst : Mungkin terkena masa aku line debit kad decline, mungkin hari tu jeee line debit card ada poblem, mungkin line busy sebab sambutan raya cina, mungkin masa korang pergi SOGO line ok. Jangan mempertikaikan. *giglee 'my bad day & night mare' gerrrrrr



-zie-
Tag : Lifestyle
9 Komentar untuk "Line Debit Card yang macam hampeh di Sogo, KL"

Assalamualaikum Zie Azi,

Pengalaman sis guna debit card selalu mimpi ngeri.. Buang masa satu hal dan malu bila decline (terasa org belakang que kata kita xde duit). Jadi belajar dari pengalaman, sis tak akan guna debit card lagi. Sistem debit card di sini masih trial & error. Memanjang kena reject.. At last guna cash jiwa tenang & jimat masa.. ;-)

mmg betul tu kak, kita yg malu sendiri nak bayar tak boleh, dah canggih pun serupa tak canggih lagi..huwaaa

haha..samalah, tak suka bawak cash banyak, tapi bila jadi benda gini memang rasa nak menyumpah. Aktif betul, nasib baik sorang. Kalau heret anak-anak mau lembik diorang jadinya..haha

sal, kalau bawak budak dua orng tu, memg tinggal je barang tadi kt kaunter, tak kuasa nak pergi amik cash pulak, terkejar2 yg lain, lain pulak yg berciciran hahah

bengang kanns., tapii gmbr kaki pun chantek., ;p

amboi wak, gambar wak ambik lagi cantek

Pakcik tak pernah ada credit card lagi.
Simpan duit dalam poket aje.

Kelam kabut jugak kalau debit card problem. Tambah lagi kalau orang ramai beratur di belakang. Sedikit sebanyak rasa bersalah jugak walaupun bukan salah kita. Huhu. Sekarang malas bawak cash.. pakai kad je senang :)

Murahnya kasut :)

Dulu suka esarli. Dulu masa kerja tiap2 bulan nak belikan baju anak. Bagus jugak sebab sampai sekarang ada lagi baju belum pakai sebab besar sangat. La ni semua suruh laki bayarkan. Lalala.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top