Tajuk tak boleh blah, bercuti di Avani Sepang GoldCoast Resort | Bukan bercuti la, saja jalan2 sebab i meet someone to discus something. Amik kou discus sampai ke Avani Sepang. Dah alang2 sampai situ, possing mesti ada. View usah cakap la, nauzubillah cantik ye view. Ala2 Maldives Malaysia gittew. Ingat nak jalan sampai ke pucuk daun kelapa, tapi time tu nak senja, tak dapek nak posing ala Titanic.
Dah janji dengan budak demok tu nak main layang2 kat tepi pantai. Sejak arwah mak meninggal, mana2 aku pergi abah mesti ikut. Dengan cucu je la nak manja2 pun. Habis duit pun kat cucu, kalau kita masa kecik dulu, sergah sikit, terkulat2 takut dah. Dengan cucu 'alo alooo cayang'
Mana yg tak tahu, resort yg macam pokok kelapa ni lah Avani Sepang GoldCoast Resort. Villa lagi hujung lagi mahal, villa yg duduk kat batang palm tree pun dah more than RM600 tau. Rate villa belah atas mahal sikit sebab ada alang kayu, belah bawah siling, yg paling mahal 3 bedroom royale palm villa, lebih kurang dalam RM3,600 per-night, villa ni duduk kat dahan pokok kelapa yg hujung sekali, tengah laut.
Gila pernight RM3,600 agak2 ada ke orang nak stay. Jawapannya, mesti la ADA. kah kah Aku pernah terfikir macam mana diorang bina resort sampai ke tengah laut tu.
Gila pernight RM3,600 agak2 ada ke orang nak stay. Jawapannya, mesti la ADA. kah kah Aku pernah terfikir macam mana diorang bina resort sampai ke tengah laut tu.
*Harga villa mungkin boleh berubah2 mengikut keadaan semasa
Adik aku nak snap picture Avani tu, sekali SRK tengah cakap dgn en.somi. SRK (shah rukh khan) i kasi tutup muka u aaa. Kat sini parking kena kat luar, tapi shuttle sentiasa ada. parking yg bayar pun ada RM20-per entry *mahal, better parking kat tepi2 tu.
Selesai urusan, minta friend 'boleh tak nak jalan2 naik buggy' eii boleh sangat katanya. akak yg bawak buggy ni pangkat dah nenek2 tapi rock dgn pakai spek mata hitam, relax je bawak buggy mcm bawak kereta. Kat sini nak ke villa mesti naik buggy, jarak jauh hokey..
king with the little princess
lantai baru varnish, tak boleh nak ke hujung pagar. bencikkk!!
kat sini jarak antara villa ke villa jauh jugak la, kalau dari villa nak ke center pun jauh. Kat sini kegunaan buggy & basikal free bagi yg menginap.
dalam fon penuh gambar anak dara ni, posing lentuk sana lentuk sini, cumelllll pulak tu.
dia lagi
tengok, dah ku kata
my bodyguard, left & right yeyyyy
Adek cakap gambar kat kayu2 sini cantik, pe yg cantik ye ntah, nengok biasa je. Dia kan mata architecture, unik kot
kat sini nak mancing dari villa tak dibenarkan, bagi memelihara hidupan laut, kalau nak mancing jugak tapi pandai2 la nak idup, kan kan.
free infiniti pool, boleh berenang kuak lentang menghadap laut.
Datang dari mana tah Pikachu ni, sempat tarik nak bergambar.
ramai la mat saleh lepak sambil bershisha
sunset kat tepi pantai
AVANI Sepang GoldCost Resort
Jalan pantai bagan lalang
kg. Bagan Lalang 43950 Sungai Pelek
Selangor
tel : 03-3182 3600
Ada masa boleh stay kat sini, nak try memancing pulak, celik mata terus mancing, campak batang pancing dari bilik je, woww best kan, tapi tunggu ada orang taja laaaaaa.. ehahaha
Habis pusing2 kat Avani Sepang, lepak kat tepi pantai main layang2. Ramai orang beriadah kat sini, ada yg berkhemah. Lepas tu Azeq kan tak pernah tengok orang camping. Aku cerita la, ada orang camping kat tepi pantai, tido dalam khemah, hidupkan unggun api, masak air pakai kayu api. Lepas tu dia cakap kuat2 'mama, orang tu takde rumah ke' *ngegeee
Kat sini surau pun ada, tapi telekung better bawak sendiri, telekung wakaf memang ada disediakan tapi ada yg dah lusuh, koyak. Telekung wakaf untuk arwah mak tu tak bawak pulak, dalam kereta lain. Kalau tidak boleh letak kat surau sini wakafkan.
Kat sini makanan seafood memang terkenal, sambung next makan seafood kat mana?
Next
Next
-zie-
14 Komentar untuk "Bercuti di AVANI Sepang GoldCoast Resort"
menarikkk...tapi tgk harga..ayoyo..mampu tengok je lahh...
honeymoon sedap ni..amik yang hujung-hujung daun..haha.tapi kena laki kayalah..
Ayoooo ingat ada gambar kuak lentang dlm bilik penginapan.
itu next episod daaa, ni kita riki je dulu kah kah
tercirit nengok harga kan
pengsan..haha
Berbaloi juga kalau tengok harga dikenakan
Tempatnya menarik. Kakak rasa sea-food dia mesti fresh:)
Lawa view boleh Avani ni boleh tahan,selalu naik flight tengok dari atas awan je. heheehe 😂
memang lawo laa resort dier....selawo duit kiter bayar...hehhee...tapi di sebabkan dekat sgt dgn rumah...x berminat pulak nak stay sini...hehhehe...
mkn kat kedi2 luar tu, seafoos dia fresh
tak pernah nmpak dari atas awan, tingkap flight kecik benor, mesti cntik view dari atas kan
staff resort situ pun ada ckp kalu org stay berdektan jarang stay, bnyak org luar dgn pelancong asing..
Haha tulah saya dapat tengok pun masa time flight dari KT - KL je, flight route dari arah lain tak perasan sangat nampak ke tidak.. hehee. Cantikkk.
as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort, 2 bedroom villa rm600, 0122208140
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.