Homestay D'Muara Sungai Haji Dorani & misi mencari ikan segar di Sekinchan



Weekend ada kenduri di Sungai Besar, Selangor. Sepanjang perjalanan pulang, setiap sudut nak singgah. Dari Sungai Besar sampai ke Sekinchan ikut jalan dalam, singgah di homestay D'muara Sungai Hj Dorani, saje jalan2 sambil tu mencari ikan segar yg jual tepi2 jalan.
 

lari-lari montot tertinggal

Ini di Homestay D'Muara Sungai Haji Dorani, tempat sendu je. Tak nampak pun ada orang menginap, kereta 5-7 biji tu adalah, tempat tak terjaga, macam homestay mati, mungkin kalau ada function baru hidup kot kat sini. Tapi sayang, dah labur ribu2 duit untuk homestay ni kalau tak dipolish, sayang laaa

king with the little cipmunk

Takde pe aktiviti yg boleh kat sini. Ambik gambar dengan tengok air laut surut, ada la 2-3 orang tengah memancing, kat seberang sana ada orang menjala ikan

yeeyyy, nampak atok & cucu2 nya sedang menikmati permandangan. Cuaca pun redup, angin sepoi2 bahasa memanggil suruh tido.

Aku malas nak jalan sampai sana, duduk kat batu sambil ambik gambar je.


Next pulak nak pergi ke Pantai Redang, Sekinchan, dari jalan dalam tadi boleh tembus ke jalan besar. 

Pantai Redang? pernah dengar, Pulau Redang pernah la kan.

Dari Sungai Besar, sampai di trafik light sekinchan belok kanan, dekat dengan balai Polis Sekinchan masuk kanan ke dalam sikit, akan jumpa perkampungan nelayan Cina. Jalan sampai hujung akan jumpa Pantai Redang. Kat situ ramai orang, ada yg main layang2, budak2 moto baru nak up ramai jugak la. Air laut tak boleh nak mandi sebab kawasan berteluk.

Sambil tu mata melilau mencari ikan segar yg jual di jeti2 atau tepi jalan.

  
'haaaa jumpa dah, ikan segar' tapi ikan tak berapa meriah, peraih cakap air laut mati, nelayan tak turun ke laut.

 tau ikan pe ni? ini lah ikan sebelah nabi. Sedap sangat ikan ni, ikan ni isi tak tebal tapi bila digoreng sedap sangat isinya.

banyak ikan fresh, tapi harga macam mahal, mungkin sebab musim raya cina.

 udang, RM20 sekilo, erkkk tapi seriusly, udang dia cantik, fresh, mata hitam2 lagi, pegang pun tak lembik, tak rugi kalau beli.

 ketam 


Macam ni la rupa dari jeti perkampungan nelayan Sekinchan.


Lepak kat jeti dengan budak2, cakap kat Fina 'inilah bot, banyakkan bot kat sini'

fina : mana mama, tak nampak pun

mama : kat depan mata ni kan bot, banyak bot untuk tangkap ikan

fina : mana borddd, tak nampak pun

mama : nihaaaa, bottttt (nada dah lain macam nih)

fina : takde mama, tak nampak pun birddddddd

mama : laaaa, bird (burung) kerrrr, mama cakap bot la sayang

Lepas duduk kejap, singgah pekan tanjong karang, cari mangga susu yg sedap sangat terabad ini.

Sambung nanti, ke busy ian kejap, heh heh





-zie-

Tag : Hotel Review
6 Komentar untuk "Homestay D'Muara Sungai Haji Dorani & misi mencari ikan segar di Sekinchan"

Walaupun mungkin agak mahal tapi ikan semua fresh tu Zie
Tak rugi kalau membeli.

betul tu kak, mn nak dpt ikan fresh mcm ni, cepat2 zie borong, itu pun ketam pun dah nak habis, tgok2 tong dah kosong..

owhh sayang laa ann..homestay tu x terjaga..xder org kot nak stay sana..kadang2 buat homestay nie...gituu laaa...kalau xder org mmg senduu laa...huhuhu...syiokk laa pegi borong ikan kat sana...

teragak2 juga ms mula2 nak masuk tu, ada orang tapi tak terjaga tu je la

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top