Kali ni bercuti dekat2 je.. orang lain punya la berholiday sampai seminggu, aku bercuti satu malam je.. tu pun jauh gilaaaaa aku bercuti ..
cer teka kat mana.. cepat.. cepat !!
Sepang je pon, still in Selangor hahahaa
Sebelum ni pernah datang SINI, tapi tak stay. Kali ni betul2 stay, memang saje pilih Avani Sepang Goldcoast Resort ni saje nak merasa bercuti di tengah laut best ke tak!!..
laki aku memang suka bercuti kat laut-laut macam ni, sebabnya senang dia nak lempar joran dia.. kalau aku book hotel ke mesti dia tanya.. de port mancing tak?.. pitam!!
bila dah duduk kat tengah laut macam ni, rasa takut pun hader. yela laut kan.. dah la tak reti berenang.. pandangan hanya nampak laut terbentang luas depan kita.. seriau haku..
memang kena naik benda alah ni, bilik aku dah la jauh nouuuu.. nak menapak memang boleh..boleh blah!! apa ingat senang nak menapak dengan si kenit ni mau tertanggal bra spender..
Kat Avani Sepang Goldcoast ni, dari villa nak ke main entrance agak jauh, kalau rajin menapak boleh jalan kaki, kalau malas nak jalan, tunggu buggy datang pickup, buggy memang sentiasa lalu lalang macam teksi, nampak buggy lalu, terus tahan. Kalau nak extreme boleh kayuh basikal. Tak kuasa nak mengayuh beskal dgn anak kiri kanan, lg redho tunggu orang amik.
Pasal parking pulak, kalau parking kat dalam kena bayar RM25, tapi Avani ada parking khas sendiri, ada shuttle yg akan amik hantar, macam tuan puteri di raja pulak, pergi balik berhantar berjemput, bagi aku tak payah bayar parking mahal2, guna kemudahan yg ada. Service memang superman.
King bed
Aku gan budak2 tido sini, en.somi tido kat sofa bed.. tapi ada gak malam2 gigau pi cari bini kat katil ehh!!
Aku gan budak2 tido sini, en.somi tido kat sofa bed.. tapi ada gak malam2 gigau pi cari bini kat katil ehh!!
sofabed dia ok la saiz macam husband i tu
atap jenis alang macam ni, bila pagi sejuk mengkrekot, kalau siang jangan cakap la, memang sentiasa beraircond.
bathroom, kalau hati kental boleh la mandi tanpa tarik tirai, macam tiger show gitteww, pressure air dia supperb, takde istilah air shower tersumbat ke, bukak shower laju air turun.
pasal toiletories ni kelakar, ada setengah hotel provide berus gigi, kat Avani tak ya, sila bawak sendiri berus gigi, yg aku memang terlupa bawak berus gigi, dgn anak punya pun tak bawak, beli la berus gigi kat kedai depan tu, istilah aku, tak mandi takpe, jangan tak berus gigi bahaha
jangan ingat duduk kat tengah laut takde nyamuk, malam2 ada nyamuk, elok jugak katil kelambu macam ni.
suka gambar ni, anak dara tu comelllll sangat, pandai dia posing, selalu pun dia yg paling susah senyum
time baik, berpeluk2, time gaduh bergusti sampai tarik seluar, tapi nampak si abang protect adik. Katil ni tinggi, Fina tak dapat naik sendiri, si abang angkat adik tolong panjat katil, dah banyak kali dia kena angkat turunkan Fina, lepas tu dia sediakan kerusi untuk adik dia turun naik katil.
uhhhhh so suwetttttt angat
percaya tak aku masak rendang.. uiweeeeeee.. laki i tu memang suka rendang, kalau pergi kedai makan breakfast pun makan nasi dengan rendang.. terpaksa la bini mu ni belajar masak rendang.. tah keberapa kali masak baru ni jadi masak rendang. kalau dak jernih je rendang aku ni..
Sampai terus lapar, dah hagak dah.. budak2 ni celik mata memang lapar, nasib mak mu ni rajin, de la bawak bekalan sikit, makan dulu rendang gan nasi impit. Makan malam cari makan kat luar, banyak restoran ikan bakar kat Bagan Lalang ni
Petang sikit bawak diorang mandi pool, pool kat sini for kid kecik, macam tak puas je budak2 ni nak berkuak lentang. Berenang sini, sampai hujung sana, alik2 situ.. hahahaa
infiniti pool, view memang cantik la kalau senja, nampak sunset
suka korang erk
inilah yg ditunggu2
klik video for view
view from hujung pool takde la terus terjun ke laut, ada benteng mcm ni.
Di sebabkan bapak dia dah janji nak bawak anak gi mancing, petang tu lepas mandi pool, terus gi mancing, nasib senang dapat umpan sebab memang kawasan laut kan. Joran pun memang sentiasa standby dalam bonet keta tu. Kalau korang rajin, boleh jalan2 kat kampung Bagan Lalang ni, memang banyak jumpa port memancing. Amir ni memang sejenis yg suka explore & google punya orang.
Sampaikan, aku macam takut2 berani je nak lalu jalan tu, nanti dia cakap 'dalam google maps ada jalan' okkkkkkkkkk aku redho, tapi dalam hati takuttttt hahaa yela kiri kanan kebun, jalan pun sempit muat lalu satu keta.
sabar menanti ikan makan umpan, ni mancing kat jeti Nelayan Sepang.
tak sabar, kejap2 di angkat joran tu, bapak dia cakap kalau asik pegang joran ikan taknak makan.
sabar lagi menanti.
taddaaaaa ikan ni yg sangkut.
Dua kali ikan ni sangkut kat joran, suka sangat ikan ni dengan umpan kita, asik dia je yg makan, mana ikan yg betul2 spesis ikan. Aku ingat belut, Amir cakap bukan belut, sejenis ikan tapi tak ingat nama dia
berani tak tengok yg hidup, yg masih mengeletek2 macam belut, klik for view
close up sikit
ada pulak aku campak laptop ni, eeeeeuwwwww geli nak mamposssss, gambar ni bukan aku yg amik, Azeq yg kecik tu berani dia dekat, aku dah jauh lari kat belakang sambil lompat2 katak, geli nengok ikan ni mengeletek nak melepaskan diri. Ikan ni boleh melepaskan diri dengan sendiri, nanti dia putuskan tali, Amir cakap ni ikan sesirat.
erkkk tak pernah dengar pun.. padang matsirat kat Langkawi tu pernah la dengor.
Kalau dah stay kat kawasan laut macam ni, kedai seafood berlambak bersepah. Pilih je nak makan kat mana, kami pilih makan kat kedai kampong area Bagan Lalang ni, kadang2 kedai kampong macam ni lagi sedap. Ternyata tak salah pilih, semuaaaaaaaa sedapppppppppp, ikan bakar dia pun sedap. Kerang rebus dia agak dry sikit, Amir suka yg berkuah.
-gie-
erkkk tak pernah dengar pun.. padang matsirat kat Langkawi tu pernah la dengor.
Dua2 orang nak duduk gan abah, mama kat sini sensowang, takpeeeee boleh la mama makan dengan tenang bahahaa
Kalau dah stay kat kawasan laut macam ni, kedai seafood berlambak bersepah. Pilih je nak makan kat mana, kami pilih makan kat kedai kampong area Bagan Lalang ni, kadang2 kedai kampong macam ni lagi sedap. Ternyata tak salah pilih, semuaaaaaaaa sedapppppppppp, ikan bakar dia pun sedap. Kerang rebus dia agak dry sikit, Amir suka yg berkuah.
Sampai resort, aku baru perasan kat lobby area ada deco kusi tergantung mcm ni, nanti lampu bertukar2 warna merah, hijo, biru, kuning, bila malam lagi cantik, sedang aku sibuk amik gambar, Amir panggil 'ma cepat laaaaa' diorang dah duduk dlm buggy, staff resort dah standby nak hantar ke villa. hik hik2
ok la sambung nanti.. nak tido !!
-gie-
16 Komentar untuk "Best bercuti di AVANI Sepang Goldcoast Resort"
tak boleh baling komputer opis, so scroll laju-laju je. haha. wah..best, macam honeymoon plak. tapi honeymoon berempat.
bestnya bercuti di Avani..malam pulak boleh makan ikar..
cntiknyaaaa.. suka tngokk resort mcm ni..
Pool depan bilik eh. Terus terjun Gitewwwww
hanimoon anak duduk tengah2 kahkah2..
bab makan tak susah cari, bnyk kedai seafood..taknak seafood boleh keluar sikit gi muitsui hahaa
best..duduk kat tgh laut
pool dia jauh dari bilik..pool dia dekat dgn dinner area..depan bilik laut..nak terjun laut takuittttt hahaa
zie,berapa eh stay situ..bagi details please...lama dah nak pegi..proses macam mana..bab ikan tu scroll laju beb..geli mak
eda, yg ini beli kat matta fair..tapi eda buat survey dulu yg mn lbh jimat..harga weeksday dgn peek season harga berbeza2..bab bilik ikut bajet eda..pling murah kat palm villa (batang pokok kelapa) kalu yg cabang2 dia mahal sikit..ikut bajet spend brapa..itu je hehee
pernah pergi makan dekat Bagan Lalang ni jer dengan Arwah suami masa mengandungkan Qaid, rindu nak makan dekat sana. pernah nampak avani ni dari jauh je...xberkesempatan nak pergi lagi
makanan laut kat sini mmg sdap, kalu time cuti rmai org..
kami belum pernah lagi stay sini..pernah jalan2 cuci mata je. kalau dah nameye resort atas laut memang fefeling die lain macam kan.heheh
part ikan tu, N pun scroll laju2 tak boleh le nengoknye yg adik bradik begitu.hohoh..brani la hai abang
assalam sis...nak tnye...pakaian mandi boleh pakai baju tshirt & seluar trek ke?
boleh ye bwk mkanan masuk bilik..aritu ade bacaa x boleh bwk mknnan kat bilik..
hai naina.. tak sure kena pkai swimming suite ke tak? try contact the hotel.. about the food, for me kalau food yg tak berat just untuk bekalan alas perut for me it's ok.. kalu dah mcm berpicnic mesti pihak hotel tak benarkan.. diorang pun nak jaga diorang punya service & privacy.. hope membantu ! yehaaaaa
Maaf Tumpang Iklan... Kpd yg Berminat utk bercuti di Avani Sepang harga kwn2 leh pm sy.. 2 bedroom family villa rm600 nett/nite -abu 0122208140.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.