Refarm, Kampar Perak tempat menarik untuk bercuti



Dua hari berturut2 jalan bawak budak2 ni gi mandi kolam
Semalam gi Hot Spring, Sg.Klah lepas tu sambung jalan pergi Refarm Kampar, Perak. Kali ni jalan bawak opah. Tak jauh sangat dari Sungkai

Refarm, Kampar Perak

Kak Ipar yg suggest tempat ni, lagi pun tak jauh sangat dari rumah MIL. Konsep Refarm ni ala2 petani, peladang & penternak. Kat sini ada Mini Zoo, tu yg plan nak bawak budak2 ni tengok haiwan sambil mandi kolam. Ayam itik pun haiwan jugak kan. Dalam tu ada restoran, tapi tak pasti restoran halal atau tidak. Better bawak makanan sendiri sebab kat sini boleh bawak masuk makanan. Tu yg best sebab mcm berkelah di tepi kolam.

Harga tiket
RM 10 - Dewasa (12 year above)
RM5 - Kanak-kanak (2-11 tahun)

Refarm, Kampar Perak
Ni entrance nak masuk refarm, ingat senang nak tangkap kancil ni suruh selfie. ai umpan bagi dia mkn strawberry terus diam kaku elok perangai duduk diam. Jinak, terus boleh usap2 kepala dia.

Refarm, Kampar Perak
#gengsepupu

Refarm, Kampar Perak
Laluan masuk ke dalam. Cantik dengan pokok yg terjuntai. Tepi2 ada air pancut siram pokok2 kat sini, senang kerja set timing nak siram pukul berapa, teknologi  atasi masalah.

Refarm, Kampar Perak
Masuk2 terus nampak kolam ikan, kat sini mesra binatang. Boleh bagi ikan makan, makanan ikan ada jual kat sini. Harga tak pasti berapa, sebab tujuan utama bukan nak bagi ikan makan.

Refarm, Kampar Perak
Azreq dgn sepupu dia - Faiz
Jinak betul ikan2 kat sini, boleh lalu kat tangan, tak takut kat orang. Dah mcm ikan kaloi.

Refarm, Kampar Perak
yeyy, nampak dah kolam

Refarm, Kampar Perak
kat sini ada banyak tempat duduk macam ni. Duduk je la mana2, free je pun. Opah tak mandi, duduk kat kerusi pakai speck mata hitam, mcm mak datin sambil memerghati cucu mandi.

Refarm, Kampar Perak
Budak2 ni terus terjun kolam. Tengok2 dah de dalam kolam. Urut dada opah

Refarm, Kampar Perak
Toilet dgn bilik persalinan asing. Satu je la, selalu ada shower room kan. Kat sini takde shower room, just utk tukar baju je. Tempat tukar baju pun tirai2 gitu je. Rasa tak selesa badan bila tak bilas dgn air paip. Ke-Islamikan kurang sikit, sebab cermin kat luar, dah tukar baju nak pakai tudung kat luar pulak. erkkk!!

Refarm, Kampar Perak
Nak bilas badan kat sini je la, air pun macam kentut, kejap ada kejap takde. Mungkin dia guna pam air, tu yg air sekat2.

Refarm, Kampar Perak
Ni kolam budak2 cetek had lutut, ada 2kolam yg belah atas dekat gan air terjun tu kolam dewasa, dari cetek ke dalam.

Refarm, Kampar Perak
Bekalan kami

Refarm, Kampar Perak
Satu kelebihan kat sini, boleh bawak makanan dari luar. Apa lagi mcm berkelah la kitrang, aku masak sup ayam, sambal ikan bilis, yg lain2 beli kat kedai, roti, air milo, utk budak2. Kang dah berendam lapor mcm singa.

Refarm, Kampar Perak
Ni la air terjun tu. Air kat sini takde klorin sebab air mengalir dari air puncak bukit & menggunakan penapisan air secara sistematik iaitu Polypipe tertutup yg akan melalui tangki pemendapan & terus ke penapis air. Air ni air bukit tu yg sejuk lain macam.

Refarm, Kampar Perak
Baru ingat lapor erk, habis roti sekeping mintak lagi.

Refarm, Kampar Perak
Dah puas berendam, jalan2 kat dalam ni tengok binatang pe yg ada kat Mini Zoo.

Refarm, Kampar Perak
Ada burung kasawari, mula2 aku sebut Kawasaki. 'Azeq, burung kawasaki, kawasaki' Amir pandang aku gelak2, dah la ada pengunjung lain kat situ, gelak kan aku. Amir ni pun satu, dah aku salah sebut betulkan la, lagi dia bahan.. bencikk!!

Refarm, Kampar PerakBersepah sheep kat sini, sukohati je di biar merayau bebas #tipuje
Ni semua replika, tapi nampak mcm real. Ada sekor sheep tu, Amir tarik2 tangan aku ajak satu tempat. Lepas tu dia cakap 'yg sekor ni mcm muka mama' terus mendapat sedebik. Ambikkkk!!

Refarm, Kampar Perak
 Cop sorang satu kambing biri2 ni, kot mana tahu boleh hangkut bawak balik sekor.

Refarm, Kampar Perak
Laluan yg sama nak jalan keluar

Refarm, Kampar Perak
 Jom balik, berat beg ni dgn baju basah.
Nah ambik la OOTD dari Suzie Jepun.

Antara aktiviti yg boleh buat kat sini :
1. Beri ikan makan (makanan ikan boleh beli kat kaunter dlm tu)
2. Menangkap ikan dalam kolam (sauk & baldi ada disediakan utk disewa. Harga cuma RM5, deposit RM20. Deposit dapat balik bila kita pulangkan sauk & baldi)
3. Beri haiwan makan ( seperti kuda, arnab, ayam & kambing)
4. Jungle tracking (dgn seorang tour guide drink & snack RM30 - min 10 orang per trip)
5. Sewa basikal
6.  Nak beli sayur-sayuran kat situ pun boleh
7. Boleh menginap (ada chalet disediakan) 
8. Boleh sewa pelampung

Kalau nak short vacay boleh la singgah sini untuk basah2 badan. 


Refarm : Farm.Food.Stay

Lot 6059, Jalan Temoh Kampar
35350 Temoh, Perak
e-mail : http://info@refarm.com.my
Laman web : http://refarm/com/my

cendawan sedap
Masa perjalanan balik ke Sungkai, ada gerai tepi2 jalan jual cendawan ni. Brader tu suruh borong semua kasi harga murah. Aku ingat lagi masa mengandungkan Fina aku mengidam nak makan cendawan ni. Ingat senang ke nak jumpa cendawan macam ni, musim hujan baru tumbuh. Rezeki cendawan tumbuh.


-zie-
Tag : Perak, Travel
8 Komentar untuk "Refarm, Kampar Perak tempat menarik untuk bercuti"

PM seluar..hahaha..kemain anak2 suka air ni mak2 kena layan...ala tempat tukar baju camtu takde shower tak best la..

haha. air macam kentut tuh yg tak tahan..

haha..Mama garang sangat. sheep comel kot.

SA x pernah ke sini lagi...one fine day maybe

Nk tnya..skrng nie 2018 leh bwa msuk makanan x

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top