Muka gelap & kusam kadang-kadang bukan sebab produk, ada sebab yang lain?



Last week mak ada follow-up hospital mak after admit hari tu. Lepas follow-up mak tak makan dari pagi sebab kena puasa nak ct-scan. Bawak la mak gi makan kat danau kota.

breakfast pepagi dah makan tom yam, siap ada telur dadar lagi. Menu sape lagi, kalau bukan AKU.


tengok muka mak, kusam kan ?

Lepas tu, aku tengok muka mak. Aku dah perasan dah 'nape muka mak gelap macam tak de seri.' Mak sendiri pun perasan, lepas tu bincang la nak pakai product pe nak bagi putih, qu puteh la, bio assence la, macama2 la. Esok ye, mak ada bengkel dan kawan mak cakap muka mak nampak hitam & gelap. Macam orang pandang terus tak berkenan, tak suka.

Then, kawan mak tu cerita dgn bapak dia, bapak dia ada ilmu yg Allah anugerahkan kepada dia untuk tengokkan orang. Kemudian, bapak dia cakap ada 'kesian kawan kou ni, cepat la bawak pergi berubat. Ada orang hantar ni.' Terus berdebar dup2 dup.

Tapi yg tolong ubatkan bukan bapak kawan ni. Dia contact kawan dia yg duduk kat seremban. Malam tu jugak ustaz tu datang ke rumah untuk ubat kan mak. Sanggup ustaz tu datang malam2 dari Seremban ke KL semata2 nak tolong ubatkan mak, Allah tu nak tunjukkan jalan, sebelum ni ada jugak berubat beberapa tempat, rawatan hospital still continue. Kalau gi hospital, masuk la bab perubatan keluar la teori sakit tu ni la. Perubatan islam pun pergi jugak, mungkin tak serasi. Orang kata tak kena 'ghu' Tak jumpa lagi orang pandai ubat, semua penyakit ada ubat dan penawar, berserah kpd Allah, berdoa, usaha & tawakal.

Dalam pukul 11malam ustaz tu sampai rumah, dia pijak je rumah 'takde pe, sejuk rumah ni'
Lepas tu, scan abah pulak, abah ada cakap hari tu dia sakit tangan. abah memang tak percaya benda2 mcm ni, orang medical site memang susah nak percaya benda2 ghaib, dia tau teori medical dia je. Ustaz cakap 'tak de pe, dia suruh continue rawatan hospital'

Scan mak pulak, ustaz tu scan badan mak, scan macam x-tray tu, kalau medical keluar keping xtry yg jelas boleh nampak, ni scan yg kita tak nampak melalui mata kasar. Orang tertentu je yg boleh nampak yg di beri keistimewaan utk menolong org lain. Lepas tu, mak rasa loya muntah2 sampai terkencing2. Dalam besen tu penuh dgn muntah & ada darah sikit. Ustaz tu suruh bukak semua pintu. Ustaz tu bagi tau ada orang hantar yang rasa dengki, tak puas hati, dendam marah. Mak pun taknak tahu sape punya keje. Mak hanya nak sihat, nak sihat je.

Hati manusia tak sapa tahu, bersih, kotor, depan nampak baik, belakang tikam2 dada. hasat dengki sesama manusia. Kalau ada perasaan kotor titik hitam kat hati, audit balik iman kita. Di mana letak ye iman, di kaki? lutut? Ayat suci al-quran tu yg menjadi pendinding diri, jangan tinggal solat, jangan ada perasaan iri hati kat orang. Ini pun untuk peringatan diri sendiri.

Sebaik ye sebelum tido perkara yg selalu di pesan oleh orang alim agar kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa semoga orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita InsyaAllah, kerana kesalahan dengan Allah itu lebih mudah utk kita memohon keampunan kerana sifat Allah yg maha pengampun tetapi kesalahan sesama manusia susah utk di selesaikan.

Tetapi jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan aman ye dunia ni. Wallahua'lam.





-zie-
Tag : Lifestyle
7 Komentar untuk "Muka gelap & kusam kadang-kadang bukan sebab produk, ada sebab yang lain?"

Allahu Akbar. Kepada Allah kami berlindung. Kenapa ada orang percaya lebih kepada benda lain daripada kekuasaan Allah. Moga cepatlah Mak Suzie sihat dari dendam dan dengki orang. Nauzubillahiminzholik.

orang yang baik insyaAllah Allah akan bantu, akan ada jalan keluar dari setiap masalah..sabar banyak-banyak ye zie..

singgah ptg selasa
bz sangat2
x dan nak blogwalking

astaghfirullahhalazim... macam-macam sekarang. yg takut bila kita terkena tapi kita sendiri tak sedar :(



http://hello-vitamin.blogspot.my/

insyaAllah, Allah akan bantu org yg baik2

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top