Review tempat kursus | Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang (Sepang) apa yang best?



Tahun ni kursus sendu je bunyinya. Maklumlah tak wajib kursus 7 hari setahun, atas angin nak buat ke tak. Kursus tahun ni enjoy sebab 2D1N, tak padat dengan program. Banyak aktiviti santai syok sendiri pun ada. Hope semua berjalan dengan lancar bulan Mei nanti.

Ini 2nd time kitorang buat kursus kat sini. Tempat semua sama la macam standard hotel.Tapi disebabkan nak bawak rombongan che kiah datang sini, kena riki betul-betul. Nak puaskan hati semua orang memang tak dapek la, tapi we do the best for u guys!!

Dengan kalut-kalut kes kereta excident hari tu, pergi jugak jengah hotel ni. Dengan pakai selipar je sampai jugak ke Bagan Lalang. Kalut gila pagi tu dengan kad parking tinggal dalam kereta satu lagi, call Amir mintak tolong hantar kan. Bebel kejap, tapi sayang punya pasal hantarkan jugak kad parking. Tadah je la telinga dengar Amir bebel. phew laki pun pandai bebel ke bang! Rasa terkeluar telinga dari tudung. 'Takpe, dinner kang i belanja' Terus senyum lebar semangkuk. eh!eh! boleh gitu, senang je pujuk hahaha

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang (Sepang) 
Standard pool, ada for adult & children

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang (Sepang)
Bilik standard, sama je 

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang (Sepang)
Entrance
  
 
Ada tempat BBQ open air area,  so kalau nak smoking pun boleh sangat kan. Tak ganggu orang lain. Kami pilih tempat ni untuk buat BBQ, cuma takde aircond la. Pe susah aircond semulajadi kan ada. Jangan nak mengeletis sangat macam retis boleh. Kipas kan hado.

 
2nd choice, kalau nak buat BBQ kat tempat aircond pun boleh, nti diorang siap2 bakar la.

 
Fitness Station pun hado, agak2 rasa diri dah gemoks boleh try sini (cakap untuk diri sendiri..auuww)

 Apa yang best di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang Sepang ?

1. first thing aku tengok dulu adalah tandas, tandas bersih kira ok dah tu.
2. Bantal/tilam itu biasa la asal boleh letak kepala tidur sudah, janji takde bau hapak ke hape.
3. Ada swimming pool, standard for adult and children la kan. 
4. Food kat hotel ni memang tip-top sedap, tapi kalau taknak makan kat hotel boleh merayau cari makan kat restoran seafood, belambak tepi jalan waze je restoran seafood yang sedap. Sepanjang perjalan ada banyak orang jual dragon fruit, boleh beli untuk bawak balik sebagai ole-ole, kui kuiii2
5. the thing yang tak dapat di beli adalah pemandangan yang cantik, boleh jalan-jalan kat tepi pantai. Jalan-jalan melihat kehidupan orang kampung. Nak cari ketenangan hirup udara segar jauh dari kota boleh lepak sini. Nak memancing boleh sangat lah, bagi kaki pancing watch out !!
6. Boleh beli ikan segar, yahoooo

*masa review hotel hari tu, fully book. Penuh parking area orang tengah berkursus. Ada dari jabatan kerajaan dan swasta. Saya kasi 7/10.

Payung sikit, sampai ke sini pakai selipar, biaq pi la

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang (Sepang) 
Ikan keli masak cekur, memang favorite lah. Tak pandang geng dah.

Bagi akulah, yang seronoknya kat sini part masakan dia. Hotel semua sama tapi part makanan dia memang sedap. Tahun dulu kitorang pernah buat kursus kat sini, semua orang akan tertunggu-tunggu time makan sebab masakan dia sedap ala-ala kampung, tangan mak-mak yang masak. Lauk-pauk kampung 

'Alang-alang seluk pekasam biar sampai ke panggal lengan'.eh dah macam apa pulak. Dah sampai sini terus aku tanya 'ada food taster tak'. Dalam hati, mampos kalau tak bagi, buat muka seposen tanya. Pihak hotel welcome sangat, kitorang terus sambar nasi. Ini bukan food tester, semua food kami rasa. kejap kang soto, ABC lah, desert usah cerita lah. Makan sampai kenyang dalam kepala otak ni otw balik KL nak tidur dalam van. kwang kwang2 !!

say yes! dalam van aku tidur sampai KL, hambek kenyang sangat macam ikan buntal. Jangan kata aku sorang, balance yang 4 orang tu pun sama, siap berdengkur katak lagi. blurrrrh!!

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang (Sepang)
ABC D, Dugong

Bagi yang nak merasa deruan angin pantai, nak lepak tepi pantai. Boleh lepak sini, dekat sangat dengan Avani Hotel. Ada bajet lebih boleh lepak Avani Sepang Goldcoast yang macam pokok kelapa tu. wow dream some more!

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang Sepang 
Lot 979 & 980 Pantai Sg Pelek 
43950 Bagan Lalang, Sepang 
Selangor
Tel : 03-3141 2918



Avani Sepang Goldcoast Resort 


5 Komentar untuk "Review tempat kursus | Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang (Sepang) apa yang best?"

ada sesetgh hotel air cond tak brapa kuat, kemudahan dlm blik tak brapa ckup.. itu yg membuatkan percutian kita terbantut.. bab makanan pon perlu dititikberatkan jugak.. hehehe..

Kalau akk, 1st tandas mesti bersih.. tekanan air mesti kuat.
tilam and bantal tak keras sangat.
then ok dah. makan tadek hal sgt kalau tak sedap, i leh membawa diri p makan kat jalanan2. tu kalau bercuti. tapi klau kursus, tadek hal lah kalau bilik sekadar di pinggiran...i redho.sbb nak tidur je kan? penuh dgn aktiviti kursus. tapi....kursus, makan WAJIBBB sedapppp...sbb nak perah tenaga for the course kan?? kalau tak, haruss amukan drakula! so better u guys(urusetia)watch out! make sure, gulai lomak daging nismilan meletop pom2...kalau tak, i minta bilik sorang mcm si polan tu. kah kah kah

tandas tip-top bersih,itu comprem.bab makan i barani jilat jari memang sodap..tapi kalau tak jumpa daging lomak cili padi jgn kecam i..hokeyyy cabuttttt larikkkk.
terus left dr urusetia hahhaa

itu yg kena buat research before nk stay,lg2 kalau ada baby
bab mkn no hal, bolh google mn sedap hahha

Bilik yang akak duduk tu untuk berapa orang?

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top