First at all nak cakap syukur Alhamdulillah sangat-sangat. Tak pernah terjadi excident yang aku drive sendiri. Takde cedera apa-apa itu dah cukup bersyukur sangat.
Cerita dia macam ni, macam biasa balik dari kerja. Lalu Jalan Setapak dari Bulatan Pahang/KL nak ke Wangsa Maju. Berdekatan dengan Columbia Hospital. Laluan yang aku jalan memang laluan tiap-tiap hari aku lalu. Tapi jalan tu agak sesak dengan kereta banyak. Kat KL semua kereta laju-laju, kalau lambat macam kura-kura comfirm kena hon.
Tapi tiap kali lalu jalan situ, aku mesti berhati-hati sebab kadang2 ada kereta yg cross nak ke jalan air panas.. macam banggang je kereta jenis macam ni. takde otak, ada otak letak kat lutut, suruh belajar pandai2 taknak.. ada lesen tapi bodoh nak mamposss.. (marah sangat ni)
Berlaku dengan pantas, tiba-tiba aku rasa dah bam kereta depan. Laki aku cakap aku salah. Walaupun aku rasa aku tak bersalah. Sebab sondol kereta orang. Polis cakap kesalahan aku ni kerana tidak menjarakkan kenderaan dan gagal mengawal kenderaan. Walau macam mana pun, aku tetap rasa tak salah, fedulik apa, hahaha.
masa tu jalan licin baru lepas hujan. nak buat macam mana benda nak jadi.. tu orang tua2 cakap malang tak berbau.. kalau malang tu dah keluar bau.. compom aku tak drive hari tu.. siap amik cuti jalan2 pegi Ikea bahahahahaa
malang jugak la nasib sebab nak repair kereta lagi, kereta kemek, charge saman lagi, NCD hilang.. sebab claim atas insurans aku. Memang dugaan sangat di hari lahirku.
nak tahu macam mana boleh jadi..tengoklah draw yg aku lukis kat bawah ni, paham ke idok. Peluh-peluh aku lukis kalau aku belajar pandai boleh jadi arcitek kot. hahah
lebih kurang macam ni, kereta jahat tu dah lari mana tah. Tinggal lah kami gaduh perang mulut. Kau langgar aku, aku langgar kau. pot pet pot pett, bla bla bla Kalau aku dapat driver kereta jahat tu, aku hempuk-hempuk dengan helmet.
Dah berlanggar tu, ok aku bagi singnal nak
settle tepi,
yang drive (Toyota Vios) mak cik dalam lingkungan 40an. Muka kerek turun
marah-marah. ehhhh dia ingat dia je tahu marah, aku pun marah la balik, ntah hape yg aku bebel pun taktahu bahahaa
Tak lama tu, ramai pulak mamat moto sampai, ntah datang dari mana tiba2 nak towing kereta aku ke bengkel.. ehhhh pe hal ni, aku tak pernah jadi macam ni so jadi gabra la..
orang workshop tu cakap tak boleh bawak nanti temperature naik la, nanti enjin jem la..
pe lagi.. aku terus call husb..
husb cakap jangan buat apa-apa lagi, tunggu dia sampai
diorang tengok pompuan yg drive. kencing kow2 punya
diorang taktahu yg laki aku bekas pelumba kereta formula 1, segala isi perut kereta dia tahu.. ada sekali tu dia menang racing tanpa bertanding
sebab takde sambutan bahahahaa
Inilah Lotus kesayangan aku, cian kena hemtam
Ini kereta Toyota tu
tak lama tu, my hero sampai.. hati tu lega sikit bila ada orang lelaki kat sebelah.
husb cakap tak kena enjin boleh jalan lagi. Laki aku bawak sampai ke Balai Polis Jalan Bandar. Boleh pun, saja cari pasal nak towing kereta aku. prosedur nya kena buat report polis kat situ sebab kawasan KL. Leceh betul kalau dah jadi macam ni.
Masa tu waktu kemuncak time orang balik keje, nak masuk bandar memang tak la, menempuh jem jawabnya.
Malam sikit lepas maghrib baru kami gerak.
Tiba-tiba teringat cerita gerak khas- Balai Polis Jalan Bandar
Jumpa polis penyiasat, bok bek bok cerita itu ini. Takut aku tengok muka pak polisi tu. Semua muka garang-garang misai macam A Galak. Aku ajak laki aku masuk sama suruh teman.
Laki aku cakap 'ehhh siapa yang drive, ada ke orang masuk lokap ajak sama-sama masuk lokap'
aku cakap 'ada, orang sayang bini. sehidup semati'
bluwekkkk
Kat dalam tu macam office ada banyak meja dan setiap meja ada dua kerusi, yang di langgar dan yang melanggar. Kat situlah polis penyiasat tu kira macam referee la. yang menentukan siapa salah dan siapa tak salah. Ada macam-macam kes, pening aku duduk situ lama-lama. Menyelesaikan kes orang gaduh.
Pukul 11 malam baru settle
dapat jumpa budak-budak peluk cium macam setahun tak jumpa. Rindu sangat dengan anak (drama sangat mak ngko). Masa jadi tu, fikir budak-budak je. Dalam kereta otw nak balik rumah, ucu hantar gambar diorang tengah susu, sedih pulak hati ni tengok diorang depand sendiri.
ucu antar gambar wassap, kiddo tengah menyusu..sob2
Amir cakap 'Laa nangis lagi, dari petang sampai ke malam nangis'
Kalau bab anak laju je air mata ni keluar, aku tak leh. Nanti sebak. Mula la cakap keluar suara serak-serak basah. Apa hal !! hahaa
Tapi sejak dari aku kena langgar sampai settle kes balai polis, my hubby sentiasa ada disisi. luv u la yank. Hug ketat-ketat. Mengada, sila jangan menyampah !!
Singgah McD terus ngap. Lapar weh. Sedih2 jugak, perut tetap kena isi *giggle
Kalau jadi excident macam ni, mintak jauhkan lah :
1. Jangan panik, banyakkan berselawat.
2. Turun kereta buat-buat tengok kereta apa yang rosok.
3. Comfirm orang yang langgar/melanggar marah-marah kita, buat bodoh je. Kita akan hilang kawalan bila dalam keadaan macam tu.
4. Ambil fon, call la siapa yang patut call. hubby/ abg/ abah/ mak/ lawyer ke kalau ada..hahha
5. Cari jalan penyelesaian yang damai, kang jadi viral. Zaman sekarang hp kat tangan. Kejap je berita sampai ke Tokyo.
-zie-
Tag :
my Birthday
4 Komentar untuk "Malang tak berbau"
Allahuakbar siannyaaa. Tula salah orang lain kita yg nk kena tanggung. Kira sejak pernah tgk eksiden depan mata takut dah follow keta org dekat2. Tmbh kalau keta tu driver dia bawak mcm gila
tula kena sentiasa berhati-hati,skrg ni kalau lalu jln tu istifar byk2.takutttttt
yg pntg jangan panik
tu la yang penting jgn panik..kan
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.