Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Jombali vs Texas Chicken:Kung Fu Panda 3

Jepun Mari | 15 March 2016,14:13 |
Ada masa 1 jam lebih nak tunggu wayang Kung Fu Panda 3 start. Adek cakap lama lagi la, tapi masa 1 jam lebih tu cukup-cukup untuk bawak kiddos pi makan. Tau la perangai budak dua orang ni, macam bawak rombongan kanak-kanak tabika. Kejap kang sorang belah sana, sorang lagi lari masuk kedai lain. Pengsan main kejar-kejar, connot control rasanya.

Azreq bab makan memang payah sikit. Tu yang kadang-kadang nak bawak pergi makan kena tengok makanan yang dia makan. Konon ala-ala western sikit. Ikut tekak sape tah. yang si adik Fina, ini ikut tekak laki aku. Bedal apa saja, western pun masuk, masak kampung pun dia bedal. Air kopi pun dia minum tau. Macam orang tua pulak dah. Si adik bab makan senang, dan bawak berjalan pun tak banyak ragam. 

Jombali vs Texas Chicken:Kung Fu Panda 3 
Ini menu si Fina
Mama cuit-cuit makan kongsi dengan Fina, bukan habis pun dia makan sorang.

Jombali vs Texas Chicken:Kung Fu Panda 3 
Ini menu si hero

Boleh pulak dah duduk order kat Jombali dia cakap nak makan burger. Mana nak cari burger pulak, nasib Texas Chicken berdepan dengan Jombali. Adek aku pergilah tapau burger dengan nugget bawak makan kat Jombali. Mengada sangat perangai !

Tapi, kalau si hero mintak sure habis licin. Dia takkan tinggalkan sisa saki baki pun. Bab tu mama suka sebab kalau dia nak makan sesuatu dia akan makan bagi habis. Tak membazir. That's why la mama sanggup pi cari. Kalau makanan pelik-pelik, mula-mula dia hidu dulu. Kalau tak berkenan kat hati, sanggup tak makan. Perangai anak-anak kan !! Kalau ada 5-6 ke pening mama nak layan.

chicken wing madu 
Chicken wing madu

 
Kalau adek ada senang sikit kerja aku, si kecik mesti nak berkepit dengan adek. 
Makan pun nak adek suap. Relax sikit mama.

    
Dia dah kenyang, dia buat hal dia lah. Boleh pulak batang banner dia buat teropong. Nak jadi ahli astronomi ke nak oii !!

 
Si bongsu dan si sulong

Perut pun dah kenyang baru senang hati tengok wayang. Kung Fu Panda re u ready for us!
Makanan yang tak habis tadi tapau sumbat dalam beg. Dalam wayang kang kiddos lapar boleh mengunyah kan. Memang betul pun, dalam wayang kiddos nak nugget. Nasib mama bijak siap tapaukan nugget untuk kiddos.   



-zie-
2 Komen untuk "Jombali vs Texas Chicken:Kung Fu Panda 3"

hihihihi...teropong apa tu sayang..hihihihi..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top