Dalam nak menghabiskan masa sementara tunggu wayang start cerita Kung Fu Panda 3, jalan-jalan dan terjumpa satu kedai Ice Cream Village, Wangsa Walk. Dekorasi kedai yang cantik dan konsep kedai sebelah jual barangan baby another side ada cafe boleh lepak-lepak sambil makan Ice Cream. Ada wifi lagi u.
Lokasi kedai ini besebelahan dengan Jombali dan berhadapan dengan Texas Chicken. Staff kat situ cakap boleh rasa.
Aku cakap "Kalau nak rasa tapi tak beli , boleh" gelak staff kat situ
Dia angguk-aggguk kepala tanda "boleh"
Aku try rasa perasa cookies, not bad. Sedap jugak. Lepas tu try rasa mint, ermm tak suka, tak sedap. Try lagi ice cream cheese cake, waaa sedap. Ada perasa Green Tea, terus caras. Taubat nasuha Green Tea. Bagi free pun tak hingin. Aku try banyak rasa kang ada pulak kena baling dengan kasut kalau tak beli. Ehh tadi cakap boleh rasa kalau tak beli. kan kan !!
Ice Cream yogurt Bluberry RM6.90. Rasa masam-masam Bluberry. Sedap jugak
Pelbagai flavor: Ice Cream Village
Dekorasi dalam kedai, boleh lepak situ sambil ber wifi.
Kiddos busy explore macam-macam toys.
Budak kecik ni dah rasmi dulu ice cream mama.
-zie-
Tag :
Food,
Movie Review
4 Komentar untuk "Ice Cream Village:Wangsa Walk"
yaaaaa Allah...aiskrim dapnyeeeeee T_T
ice creamnya enak
kak panas2 ni sedap makn aiskrem hahha
enak bangat..hihi
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.