Sembang Wayang:Kung Fu Panda 3



Sekarang kat cinema ada movie kartun best-best. Boboiboy, Zootopia, Kung Fu Panda 3. Azreq dah book awal-awal dia nak tengok Kung Fu Panda 3. Dari kat rumah lagi dia cakap nak tengok Kung Fu Panda 3. Lepas tu sampai kat cinema pun try tanya lagi. Nak tengok Boboiboy ke atau Kung Fu Panda? Dia tetap dengan pendirian dia nak tengok Kung Fu Panda jugak. Reason why Po (panda) tu macam dia, kuat makan..erkkk boleh gitu.

Ada masa 1 jam lebih before cinema start. Plan nak gi makan dulu, kang dalan panggung macam perut memanggil hujan. Gi makan kat Jombali sebab aku lapar nasi, tapi anak bujang nak Burger pulak, macam- macam hal la. Cerita bab makan kat SINI ada kejadian yang terpaksa tapau burger Texas Chicken pulak.

Sembang Wayang:Kung Fu Panda 3 
Comel si adik kat belakang tu

Sembang Wayang:Kung Fu Panda 3 
Little panda yang over excited 

Full house panggung hari tu, dah macam rombongan kanak-kanak tabika rasanya. Tahan mata kiddo's tengok Kung Fu Panda sampai habis, sepatutnya time macam ni sleeping time diorang. Bagus tak tido budak-budak ni, kang membazir bayar mahal-mahal wayang tengok depa.

Sembang Wayang:Kung Fu Panda 3

Review sikit tentang Kung Fu Panda 3

Po (Jack Black) bertemu dengan ayah kandung dia. Rupa sebijik macam Po yang gemuk dan gendut, Po terkejut dia mempunyai ayah kandung dan membuatkan ayah angkat Po, Ping (si bebek) itu jealous. Ping ikut Po pulang ke kampung halamannya tanpa pengetahuan Po.  

Part yang paling teruja bila Po di bawa ke desa rahsia panda di pergunungan yang dipenuhi sekumpulan panda pelbagai rupa dan saiz. woww comel sangat baby panda ni. Watak jahat Kai(JK Simmons) yang mengancam seluruh penjuru china untuk menuntut bela atas kematiannya. Biasalah mesti ada watak jahat dan watak baik dan ending mesti happy go lucky. Kalau ending tak happy nak kena baling dengan kasut. Mestilah Po yang menang, tapi kena tengok macam mana Po dapat kemenangan tu yang di bantu oleh panda-panda lain.

Kesimpulan, Kung Fu Panda 3 memang best dan tak kering gusi tengok cerita ni. Tengah serius berlawan pun ada selit kelakar dan lucu. Kiddos pun ikut gelak sama, tah faham ke tak tu. Tak stress dan sesuai di tonton oleh kanak-kanak. Keluar panggung dengan rasa puas dan seronok. Berbaloilah!

mama kasi 5 star


zie
0 Komentar untuk "Sembang Wayang:Kung Fu Panda 3"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top