Baklava,manisan dari Dubai



Baklava dari Dubai.
Ada staff ofiice pergi holiday kat Dubai, ingat jugak kat kami beli ole-ole untuk bagi perabih. Nak sampai Dubai tah bila lah.

Tapi ada pulak Sarina nak key chain atau fridge magnet. ehh orang dah kasi makan kira bagus lah kenyang perut. Aku tengok, banyak masuk mulut Sarina dengan Mek Jemah je, yang lain surrender nak makan manis, semua cuit-cuit rasa tebing bibir je. 

Tapi kan, bagus jugak kalau bagi key chain atau fridge magnet ke, ada kenangan nak simpan. Satu masuk perut satu lagi simpan buat kenangan. ehhh jauh pulak berangan ni, perangai sungguh !! *ngegege

Baklava,manisan dari Dubai
 This particular box contained assorted baklava

Rasanya manis dengan sirap gula atau madu, ditengah-tengah ada kacang gajus dan badam hijau. Rasa rangup dan sedikit kenyal dengan hiasan kacang gajus. Bentuk macam popia pun ada, tapi yang pastinya kesemua dalam box ni manis, bagi aku sangat manis. wink! wink!

Baklava,manisan dari Dubai

Baklava,manisan dari Dubai 
 Semua manis-manis, boleh potong kaki makan manis macam ni. Dah makan kena minum air masak plus-plus.

Apa-apa pun tq Pn.Khutrun kerana belikan ole-ole ni untuk kami rasa. Dapat juga rasa makanan orang pak Dubai. Jauh nak sampai Malaysia kena seberang beberapa lautan. Makan penuh nikmat sambil kelip-kelip mata nak telan. Manis wooooo.




-zie-
2 Komentar untuk "Baklava,manisan dari Dubai"

akak selalu melopong je menengok baklava ni...sekali harem tak penah merasa...nampak sedap mewah dgn kekacang...sekali pandang cam puff pon hade gak...tapi bila masuk bab manis tu terus cam seram2...hehehe...tapi kalau jumpe depan mata akak mesti nak cuba...

akk kena cuba,ada rasa manis sikit.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top