Anak kena chickenpox ketika bercuti



Assalamualaikum olls!!

saje nak share dengan uolls pengalaman anak kena chickenpox. kena chickenpox tu perkara biasa. yg luar biasa kena chickenpox ketika becuti kat KK (kota Kinabalu, Sabah) kat SABAH hokey!! (Alhamdulillah laa kejadian masih dalam Malaysia lagi) kalau kat semenanjung boleh balik-balik naik kereta. ni jauh nun kena merentas laut baru nampak Sepang,. confirm la risau. dalam nak suka anak pulak tak sihat. paling risau!. takut tak lepas naik flight. takde pe yg meng happy kan selain dari dapat balik rumah.. huwaa


yg tanda merah tu chickenpox. 
start perasan chickenpox ni hari ke-2 sampai KK. lagi 2 baru flight balik. before tu dia dah demam. dah bagi pcm lepas tu dia ok. dia cakap yg bintik tu gatal. aku letak cream hope he find la kan.

esok pagi bangun tido selak baju dia penuhhhhhh bintik2 tumbuh dengan meriahnya..
dammm 'IT'S CHICKENPOX' baru teringat semalam dia makan jelly kelapa 2 sudu.. laju giler chickenpox ni naik. macam di tabur baja tumbuh melata. mak dah risau nak!!

pagi tu pegi klinik amik ubat. doctor bagi Acyclovir. fiy korang kalau korang perasan awal (tempoh 48 jam) cepat2 bawak jumpa doktor. doktor akan bagi antiviral supaya menahan chickenpox dari tumbuh dengan serius. Alhamdulillah.. kat sana chickenpox dia tak teruk sangat. azeq pun tak melepek/merengek dah kira ok. cuma had kan dia buat dari aktiviti, rehat dalam van. lepas makan ubat tido je la.

masa kat klinik satu benda aku terlupa. kad medical Ajid tak bawak. NAK REMINDS.. kalau korang ada medical card @ panel tolong.. tolongggggg bawak. in happen emergency macam ni sape nak jangka kan. terpaksa bayar cash. paham2 je la kalau kita pegi becuti mesti dah bajet2. gam2 je duit tu. memang over bajet la hari tu. shopping pun ala kadar je.. korang kena spend duit lebih if happen la.

nasib bercuti dengan family.. boleh la ehem ehemm duit sape dulu har harrr harrr

hari ke-3 kat KK plan nak ke pulau.
terusss potong mood. tapi budak yg kena chickenpox lexx je dia.. stick to the plan tapi minimize kan dia melasak. Azeq memang tak sabar2 nak snorkeling/ mandi laut.. dia paling excited. I cakap boleh snorkeling/mandi laut tapi tak boleh lama. kesian pulak kat dia.. laut dah de depan mata takkan kata tak boleh.. dalam situasi macam ni ape yg mampu kita buat. letak tangan kat dada. sabar.. sabar.. hahaha. mental & fizikal parent pun kena kuat juga,.

yg tak tahan tu. dah deal dengan apak dia. after back from laut nanti nak continue mandi pool. merengek2 nak mandi pool.. bagi jugak la mandi pool 30 minutes. kat KK kitorang stay kat Marina Court tempat strategik tengah2 bandar. kalau walk pegi pasar Filipin pun boleh tapi becak laaaaa keti.

kat sana memang aku langgar pantang. terpaksa ye.. bukan saje nak suka. mandi laut, mandi pool.. dengan sotong pun bedal. macam mana nak pantang kat tempat orang macam ni, lain la kat rumah.
tapi Allah tu permudahkan.. takde chickenpox yg teruk. merengek pun tak sangat.

Anak kena chickenpox ketika bercuti

last day kat KK.. punya happy nak fly balik. dapat email dari Air Asia flight delay 3 jam. cissshhh bedebah. ni yg meyampah naik Air Asia. sokmo delay. kita ni dah la risau dengan anak kena chickenpox. time nak boarding aku sorok-sorokkan Azeq belakang apak dia. dia pakai jacket yg ada hooded tu tutup-tutup muka. 

Anak kena chickenpox ketika bercuti

masuk jeeee dalam perut kapal terbang.. legaaaaaaaaaaaaaaaaa nya ya Allah..
aku suruh budak-budak ni tido. pastu tengah sedap tido .. tiberr hidung ni terbau something yg sangat sedappp. sedap sangat sampai tak khusyuk aku nak tido. pastu lama pulak stewardess tu stop tray food dia kat sebelah aku. dah la hensem ehhh. mengugat iman dengan bau-bauan yg menusuk hidung. gangguan jiwa betol! aku order 'nasi lemak satu' pastu tiba2 yg lain celik mata. terbang 100 hingget beli nasi lemak Pak Nasser.. diorang ni rupanya pura2 tido. kah kahh


Anak kena chickenpox ketika bercuti

sampai KL terus pegi hospital. kebetulan doktor yg in charge tu kenal. mendapat gelakkan syaitonn nirrajimm dari doktor. doktor terus sign surat cuti kuarantin 5 hari.. mendapat aku almost 3 week tak masuk keje. start dari becuti kat Sabah sambung cuti kuarantin Azeq (5 hari), tak baik sambung lagi. menyangkut dengan Fina pulak kena chickenpox. sambungggggggg lagi cuti kuarantin 5 hari. Fina kena teruk. chickenpox dia besar-besar. orang tua cakap chickenpox plentong tu

aku kat rumah ni dah macam bibik. sorang-sorang kena chickenpox menjaga orang sakit. kepala pun tingtong dengan eye bag berkilo2 kat bawah mata ni. dengan tak cukup tido, tak cukup rehat. nasib la anak dua je.. cemana eh ada orang anak 4,5,6 sekali gus kena chickenpox.. pengsannn !! dua ni pun surrender kahh kahhh

Tips anak kena chickenpox :

1. Rawatan Antiviral Acyclovir


kalau korang dapat detect chickenpox ni awal, rawatan dengan antiviral (Acyclovir) dalam tempoh kurang 48 jam membantu mengurangkan tahap keseriusan gejala. chickenpox ni berjangkit bila dah kering (dalam tempoh 14 hari) sebarkan penyakit kat orang lain. kalau dalam rumah tu ada sorang terkena,  tak mustahil akan terkena yg lain. jaga-jaga cik Salmah !!

Anak kena chickenpox ketika bercuti

2. Daun semambu 

daun semambu boleh mengurangkan kegatalan & miang kat badan. ada yg share diorang blend daun semambu tu pastu lumur kat badan. cepat kering chickenpox tu.

aku tak buat macam tu. malas aku nak blend hahaha. aku ikat daun semambu tu buat dalam bentuk jambak bunga lepas tu garu kat badan. kalau dulu mak2 kita siap suruh tido atas daun semambu. sape macam tu?

Anak kena chickenpox ketika bercuti

3. Air Kelapa

anak yg berumur lebih setahun boleh minum air kelapa. air kelapa membantu untuk mempercepatkan chickenpox tu keluar semua. beli air kelapa yg pure. takde gula. minum air kelapa cepat recover & cepat kering. 

4. Kerap mandi / Sabun ketul Neem Himalaya

orang yg kena chickenpox ni memang malas mandi. suka tak suka mesti MANDI. seeloknya mandi dengan air suam pastu letak dengan daun semambu. chickenpox ni kalau pecah air dia macam bau hanyir sikit.

mandi pakai sabun ketul.
jangan pakai sabun cecair tu. sabun mandian cecair tu ada yg ph tinggi. doktor suggests pakai sabun ketul/buku contoh Dove/Johnson/Neem. hari tu aku pakai sabun ketul Neem Himalaya. gosok2 kat chickenpox tu biar cepat kering. lepas mandi lap kering2 pastu letak krim.

harga pun boleh tahan. RM11 seketul.

Anak kena chickenpox ketika bercuti

Anak kena chickenpox ketika bercuti

5. Shaklee Herbal Cream

Kalau korang pegi hospital doktor akan bagi  ubat calamine lotion. mula2 aku memang letak calamine lotion. dah siap sapu macam tepung komak pulak dengan muka2 putih kahh kahhh. anak aku melalak je la dia nangis. calamine ni buat dia jadi bertambah miang & gatal. ada kawan share anak dia tiga-tiga kena chickenpox pakai Krim Herbal Blend Shaklee. lepas mandi lap kering-kering lepas tu letak Herbal Blend Shaklee. beli kat shoppe harga murah sikit.



6. Kuarantin

orang yg kena chickenpox niy mesti di kuarantinkan. hinglight kan KUARANTIN. tak boleh pegi sekolah/ no taska/no nursery/no playground/no makan2 luar. termasuklah parent yg menjaga pun kuarantin duduk rumah diam2 jaga anak yg chickenpox tu. bagus juga iktiar kerajaan bagi special leaves untuk government servants. mana keje kerajaan tu tak tahu benefits meh nak habaq kalau anak kena chickenpox dapat cuti kuarantin (max 5 hari). Make sure dapat letter from doktor la, jangan suka2 nak assume nampak bintat sikit ohhh ni chickenpox. padahal bintat gigit nyamuk.

7. Sediakan menu untuk seminggu dan masak sendiri di rumah

makan pun kena pantang. kalau tanya doktor semua benda boleh makan. takde pantang2. tapi ikut ketahanan antibody seseorang tu. ada orang alah dengan telur.. so untuk sementara nak sihat aku pantang kan diorang. tapi tak ikut sangat, telur pun makan. ape je yg boleh makan kalau semua nak pantang.. bahahaha

Pantang larang masa chickenpox : 
  • tak boleh kena hujan (nanti berparut)
  • elakkan makan kicap (elak parut jadi gelap & hitam)
  • tak boleh menumis (masak sambal/menumis cili keee tak boleh) pantang orang tua (mati aku kalau mak tahu langgar pantang) mak dah takde tak risau sangat. tapi ucu ada.. matilanakkkkk bahahaha
  • tak boleh makan makanan yg mengundang gatal (telur, udang, sotong, makanan laut, ayam. ikan pun ada beberapa jenis ikan yg boleh makan)
  • Makanan yg boleh makan :
  • Nasi putih
  • ikan panggang
  • sayur bening (rebus-rebus)
tapi ingat budak nak makan sayur bening ni.. masak bubur tiap-tiap hari pun tak lalu. dah seminggu chickenpox aku buat nasi ayam.. selera sikit nak makan.

8. Pastikan kuku pendek

diorang ni suka mengaru. time tido tak sedar boleh menggaru sampai berdarah. sebab tu daun semambu tu aku ikat buat bentuk dalam bunjut. kalau gatal aku garukan pakai daun semambu. kalau korang perasan daun semambu ni kasar & bergerigi.

9. Last but not least, ibu bapa perlu bersedia mental, fizikal & kewangan (ubat Acyclovir mahal)

paling penting! ibu/bapa/penjaga mesti bersedia mental, fizikal & lagi2 bab kewangan. sebab ubat antiviral Acyclovir tu mahal babe! ada sesetengah hospital kerajaan takde stok ubat tu. doktor bagi prescription korang kena beli kat farmasi luar. nasib hari tu pegi klink panel ada stok. try tanya farmasi luar 100 over tau. tu tak termasuk mandian lagi. sabun Neem Himalaya RM11 (seketul) belum campur tolak +- karenah merengek tak tido malam.


itu jee nak share.
perut tengah lapar ni.. order nasi tak sampai2 lagi. ada gak beli pau kat kedai belakang kang kangg kangg




-gee-
3 Komentar untuk "Anak kena chickenpox ketika bercuti"

Wah ada Herbal Blend la 😘 satu lagi boleh mandikan anak dengan Basic H Shaklee juga 😘😘

Allahu.. ujian ye kena chickenpox masa travel. Alhamdulillah selamat balik dah semua. Takpe lah kenangan tu sis. hehe kecik2 dah kna demam campak ni okay la tu

Bila anak sakit memang mak ayah kena bersedia mental, fizikal dan kewangan.. Bukan murah sekarang nie..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top