Makan seafood dekat Dataran Todak, Kota Kinabalu



Walaupun dah lama balik dari Sabah, Family trip to KK tapi masih teringat-ingat experience makan seafood dekat Dataran Todak Kota Kinabalu. Bab makan tak boleh skip story. sedap dia tak boleh kata la. becoz hakak ni pengemar seafood. kalau dapat seafood yg fresh, masak pun sedap, murah pulak tu dah sah-sah puas hati makan. abg Pandi yg suggest tempat ni. Dia orang local lagi tahu which is gerai mana yg sedap. order 2 jug fruit juice. seafood dia also fresh & sedap. memang puas hati la makan. service pun cepat giler takde tunggu lama. tapi hati2 eh ada yg tak gam dengan perut boleh dharrea. Alhamdulilah sepanjang kitorang kat sana perut ok. bersahabat baik sangat! cuma Azeq je la kena chickenpox.

Baca juga : anak kena chickenpox ketika bercuti

lobster

dua2 ni lobster. yg kanan bentuk melebar tu mommy lobster. terus cancel nak order sebab dah macam aliens aku nengok. orang tu kata kalau pandai makan kepala dia boleh makan. ko ghase nak?'erkkkkk

macam2 jenis ikan kat sini.. antara lalu gan tak lalu je tekak ni nak telan. ikan pelik2 ni aku seram sikit nak makan. hahaha

Seafood sedap kat Dataran Todak 


tak ingat la ikan pe ni. siakap kot laa. yg aku ingat ikan ni bapak besar siap boleh belah dua buat 2 pinggan. macam biasa order masak 3 rasa. stim tak gemar sangat kadang bau hanyir.

udang masak sambal. SEDAP. tengok dia siang udang pun dah tahu pembersih. ada orang kalau masak tak belah belakang tu. main humban je. kat situ lah taik udang duduk. boleh buat teka-teki kat Sinar ni.

ketam always our favorite (laki & bini). order ketam banyak sikit sampai buat 2 jenis masakan. yg ni masak goreng telur asin. waaaahh marvelous sedap. ini paling win. happy aku orang tu pandai masak. sedap tak boleh kata. padan pulak ketam fresh, isi padat, manis. perfect!

dah bedal separuh baru teringat nak amik gambar, masak Kamheong rasa masam-masam sikit, manis, pedas ala thai. semua sedap la malam tu.

kerang ni besar dia lagi dari tapak tangan aku. spesis nenek/atok/bapak kerang agak. aku suka yg kecik-kecik sikit. lagi besar lagi liat isi dia. tak berapa gemar la

total makan seafood malam tu RM275.  gile tak gile. murah kan! ni kalau kat KL tak dapat harga macam ni. aku bajet memang 300 lebih la.

malam tu order:
ketam masak kamheong
ketam goreng telur asin
udang sambal
ikan siakap masak 3 rasa (ikan dia bapak besar, sampai boleh buat 2 hidang)
sotong goreng tepung
kailan iman masin.
kerang rebus cicah asam
air buah 2 jug.
etok-etok
*nasi dia bagi banyak. kalau tahu nasi dia menimbun mintak separuh pun enough. motip nak ratah lauk je. kih kihh kihh

Abg Pandi cakap kadang ada peniaga yg amik kesempatan up harga. before order tanya siap-siap sekali masak berapa harga. kalau ok jalannnnn! satu bonus kalau ada orang local yg bawak.. win-win situation kat situ. ngeh ngeh!


overall semua sedap.. takde satu pun yg fail. memang pandai orang tu masak seafood. kedai yg aku pegi kat Dataran Todak betul2 tepi laut sebelah parking bot nelayan tu. nama Anjung Qaseh Adinda. paling suka ketam masak telur asin. SEDAP sambil terpejam2 mata makan (felling dia tu tahap diva). pernah order kat tempat lain tapi tak sesedap ini.



perut pun dah kenyang pastu jalan2 kat Dataran Todak amik angin laut. syiok la kan tadi dapat melantak seafood puas2 pastu felling  pulak ala-ala Jack Seperro. tak fikir pe dah dapat tilam bantal 'gol'.. tak lama pun after amik gambar sepam dua pastu balik apartment. hagak kalau lama lagi kat situ ada jugak yg membuta di celahan tembok. sedar-sedar dah ada dalam bot naik tongkang. taknak. takutttttttttt !!!

baca juga : Homestay di Kundasang yg awesome



-gee-
3 Komentar untuk "Makan seafood dekat Dataran Todak, Kota Kinabalu"

Berbaloi tu dgn harganya zie...

Akak pun kalau ikan warna warni ke cantik2 tak makan. Nampak lawa, tak sampai ati nak makan haha

Seram ikan pelik22. . Biru ikannya hehe ..seafood sabah best btul

Teringat makan dekat sini dulu. Part nak pilih ikan tu agak susah sebab ikan dia lain dr kita. Haha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top