Resepi Begedil ayam cara hakak



Lama tak share resepi kat sini. Ni aku nak share resepi buat begedil cara hakak. Aku biasa buat begedil ayam. jarang buat begedil daging. ada orang buat begedil daging pakai daging kisar tu. aku tak biaseeee. bagi aku ayam lagi sedap. arwah mak dah ajar buat begedil pakai ayam. memang dari turun temurun atok/nenek gini la cara masaknya. bagi aku memang serasi buat begedil letak ayam.. lepas tu makan dengan soto.. perrrrgghhhhh sedappppppp nak mamxxx.. memang lawan dia soto. menyesal pulak cakap begedil pagi2 ni.. memang cari nahas tul macam di minta suruh buat.

Resepi Begedil cara hakak

Resepi begedil ayam cara hakak 

Bahan-bahan :

Kentang *
isi ayam *
lada hitam
daun sup
bawang goreng
sedikit garam
tepung gandum

*digoreng & di tumbuk

Cara masak :


Resepi Begedil ayam cara hakak


1. Goreng kentang lepas tu tumbok. kalau nak rebus boleh, tapi arwah mak ajar goreng lepas tu tumbuk supaya tekstur lembut, takde la makan berketul2 kang.

2. potong dadu isi ayam, letak garam & kunyit. kemudian goreng. isi ayam tadi di tumbuk juga.

Resepi Begedil ayam cara hakak

3. Gaulkan kentang & isi ayam tadi

Resepi Begedil ayam cara hakak

4. bawang goreng aku suka buat sendiri.. letak tepung beras sikit supaya ranggup. lepas tu goreng sampai warna brown. letak tepung bestari tu pun boleh.

Resepi Begedil ayam cara hakak

5. gaul sebati kentang, ayam, daun sup, bawang goreng, lada hitam, garam/perasa, dan letak tepung gandum sikit supaya begedil kita tak lembik sangat masa nak uli nanti

Resepi Begedil ayam cara hakak

6. buat bentuk bulat leper macam ni. 

Resepi Begedil ayam cara hakak

7. semasa nak goreng celupkan begedil dengan telur. letak garam sikit kat telur tu.
8. Gunakan api perlahan semasa menggoreng. agak2 dah warna brown boleh angkat. Goreng tu jangan lama sebab nak masakkan telur saja

lepas tu jangan nak kacau beria sangat, kang hancur begedil kiteww

Resepi Begedil ayam cara hakak

tadaaaaaa!! siap.


Resepi Begedil ayam cara hakak

satu keterujaan bila nampak begedil banyak depan mata. kalau beli 1 ketul ni seringgit.. bapak mahal.. buat sendiri puas hati makan ulang-ulang sampai puas.

selalunya begedil resepi turun temurun ni laku keras, tak sampai esok dah habis. memang favorite dish kitorang. time puasa mesti buat. kalau tak buat rasa menderhaka...

begedil ni korang boleh frozenkan. hasil ekperimen yg pernah aku buat boleh tahan sehingga 2 hari. tapi make sure kentang tu goreng (bukan rebus) & letak kat tempat sejuk beku. time nak masak keluarkan untuk rehatkan dalam 10 minit. kalau kentang rebus tak sure boleh frozen tahan berapa lama.. sebab ada yg komen kentang yg di rebus possible untuk masam tinggi. kecuali buat terus makan. i prefer goreng lagi bahahaha

Resepi Begedil ayam cara hakak


Tag : Resipi
4 Komentar untuk "Resepi Begedil ayam cara hakak"

sedapnay,..tak pernah letak ayam..sllu leta lobak merah dan kentang je. letak kucai sikit dan bawang..

suka begedil tp suka yg daging

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..
saya sudah follow anda

Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top