Sup Kaki Lembu my Raya Kurban - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Sup Kaki Lembu my Raya Kurban

Jepun Mari | Friday, 16 August 2019,09:30 |
Assalamualaikum olls!

how korang punya Raya Haji tahun ni? Raya Haji tahun ni aku balik Sungkai. dah decide sape yg raya Gombak. yg ada mertua balik rumah mertua. adik2 yg lain semua raya Gombak. tahun ni dalam sejarah balik Sungkai 5 jam on the road.. naik kematuuuuuu bontot. punya lama nak sampai. biasa 2 hour lebih dah sampai. tahu-tahu kalau balik kampung celik mata dah sampai. yg ni puas bangun, celik, bangun celik takkkkkk sampai-sampai. jem tu tak terasa sangat sebab aku ni memang ada sejenis penyakit, kalau naik kereta kena aircond terussss gone dah main salji kat Sopporo. yg mengikut perangai macam ni si ajid. Amir cakap dua2 tak boleh buat kawan. kadang kalau terjaga, punya kuat radio dalam kereta ni umpana kitorang ni tak wujud. kali ni duduk lama sangat dalam kereta sampai kebas tulang tonggkeng. sampai kat Tanjong Malim aku kata 'bang behenti kat gerai tu jap.. nak makan burgers' dapat turun dari kereta ohhhhhhh indahnya dunia. bukan sebab dapat meluruskan segala tulang tapi sebab dapat makan burgers.. lapar

Sup Kaki Lembu my Raya Kurban

kat sana special menu diorang Sup - tak kira sup apa. sup daging, sup tulang, sup kaki. sup ayam jarang. yg special sup tulang. hari tu raya kurban bersambung-sambung buat sup. after sup daging, continue dengan sup kaki lembu. semalam menyembang dengan amir, amir cakap dalam sup mak hari tu campur lidah.. terus tersentak aku. takut-takut termakan LIDAH. terus kembang tekak. sebab aku akan pilih yg daging-daging je. yg lembik2/ketetil tak makan.

aku tanya lagi 'lidah kalau dah masak rupa macam mana?'

laki 'macam lidah laa, macam daging. cuba rasa lidah kita ni'

dia jelir-jelirkan lidah dia pulakkkkkkkk

cieeeeettttttttt

aku 'warna apa'

laki 'warna brown la, macam daging yg rebus tu'

aku 'gluppppp'

laki 'tapi boleh bezakan daging dengan lidah, macam kenyal sikit'

aku.. terus lega. aku ni kalau nampak pelik2 sikit tak amik, paru pun tak makan. kecuali kalau dah blend halus memang nak dengki, tak perasan, lepas tu makan, after makan baru tahu lidah mau aku muntah segala isi perut. muntah sekali yg makan minggu lepas.

Sup Kaki Lembu my Raya Kurban

ni sup kaki lembu yg dah siap masak. proses dia leceh. kaki lembu tu bakar dulu buang bulu-bulu. lepas tu kikis yg hitam2 tu. buang kasut dia (tapak). lrpas tu rebus.

macam mana laah anak/cucu tak ngigau sup mak ni. tengok la sup bunjut tu.. tak main la sup bunjut yg instant tu.. ni lah secret resepi dia. sup bunjut sebesar penumbuk pun pernah jumpa. 


Sup Kaki Lembu my Raya Kurban


first time makan sup kaki baru tahu kesedapan dia. mak mertua campur daging sikit macam tahu2 menantu dia tak makan ketetil. dapat kat aku pilih yg daging je la. tapi suppppppppppp dia sedapppppppppp hokey. sup kaki tak banyak lemak. biasa kalau makan sup tulang nanti dah sejuk akan ada lemak2 putih kan. pastu melekit kat bibir. paling memyampah nak basuh pinggan. menyirappppp jew. sup kaki takde ye. 3 jam bawak balik KL elok sup tu tak beku. heat kan makan dengan cili kicap.. perrrrrrrhhhhhggggg terus nampak kaabah

dengar takbir je hati tu sedih. rinduuuuuu sangat-sangat dengan arwah mak.

apa pengorbanan korang? pernah bekorban? masing2 ada cerita tersendiri. ada kisah sebalik cerita. tak payah amik jauh2 la. balik raya rumah mertua pun pengorbanan jugak. mengalah bagi anak makan pun pengorbanan. makan ayam kepci thigh bagi kat adik pengorbanan juga. paling deep.. makan telur masin dan kuningnya bagi kat pasangan. perrrggggggh 'penggorbanan'. moga peroleh free admission ke syurga .. bahahahah




-gee-
8 Komen untuk "Sup Kaki Lembu my Raya Kurban"

Kelakar la..suka baca entry ni..pengorbanan SA plak..lepas pi belikan tulang gearbox, dengan daging...terlantar kena penangan period pain...dulu masa anak dara memang akan selalu masuk ward kalau period pain..dah beranak tak kena dah..sampai dah umur 41 tahun ni ha..baru dapat balik period pain..3 hari tak bangun..terlantar jer dia bergabung berduet dengan gastrik jugak...berdendang sayang dia kat perut..Selasa baru ok...stress den...

salam aidiladha...truk dgr jammed kalini..rmi update berjam2...ada kwn blk ipoh dkt 10jam...dh gaya mcm blk kelantan..kami raya di gombak je...lidah tu fav tp slalunya makan lidah masak merah or lidah cicah air asam..sup kaki lembu tk pernh mkn..biasa sup tulang, sup gearbox, sup ekor

"balik raya rumah mertua pun pengorbanan jugak" - Ini memang setuju sangat..

sa : tapi umah SA bnyak dusun buah. bestnya. teruk jugk period pain sa tu. mcm xraya la ye.

amy : nasib la kompong dokek yo. balik hari pun sampi ye. tapi kita reti mkm lidah. haha

Hebat pengorbanan telur masin tu haha...

Sedapnya nampak sup tu 😋
Akak tak penah makan sup kaki lembu, tapi yg lain paru, hati, limpa, tetel semua akak ngap.

Haa lepas ni jangan ngidam nak sup kaki dah lah. Haha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top