Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

Jepun Mari | Tuesday, 13 August 2019,10:00 |
Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah | walaupun dah lama balik dari Sabah, masih rindu-rindu seafood kat KK, Sabah tu. (benda lain tak ingat. makannnnnnnnn saje) ada rezeki kita pi lagi naaaa. sebenarnya lebih bermakna bercuti dengan sape. Masa kat Kundasang tu kitorang stay kat Kiram's Village Cabin. berkira-kira jugak nak stay sebab segala booking membooking ni aku yg buat. takut juga tersalah pilih kan. kang nama aku di sebut-sebut. kahh kah aku pilih yg selesa untuk family & anak-anak stay. tak mewah takpe janji 'selesa'.. kat Kundasang ni nak homestay/chalet yg fasilities macam hotel memang takde la. yg elok sikit 3 star Kinabalu Pine Resort tuuu, itu pon hazabbb always full booking. so, aku cari rumah yg muat untuk 8 orang.. seram jugak sebab we never known antara reality & fantasy.. in picture nice, reality?? Makaaaaaa dengan itu, bismillahirrahman nirrahim tawakal alaAllah aje la. aku pilih stay kat Kiram's Village Cabin - ESK Cabin.

Baca juga : Family trip to KK

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

sampai kat Kundasang dah petang, seharian penat bejalan (dari semalam tak mandi hihi) so sampai homestay fikir nak mandi je ni. cuaca kat Kundasang sejuk dia sampai ke tulang pungkoqq. bukan sejuk suam-suam kuku macam kat Genting & Cameron tu.. sejuk dia maciammmm ada kat London. tido malam pun mengkrekot kaki tangan. tadi yg macam nak mandi sangat, terus ghase nak cancel.. hahaha. sejukkkkkkk .. duduk kat sini sebulan tak mandi pun takpee. eeuuwww boleh ke? 
aku mandi celup-celup. heater memang ada, tapi biasheee la homestay macam ni don't aspect more. Malam boleh cecah sejuk 12c aku tidoq pakai 4 lapis baju.. gan baju amir aku tibai. sejukkkkkkkk beku.. nak cakap pun keluar asap kat mulut, ketaq-ketaq gigi tulang rahang. pijak lantai macam pijak ice batu.. sejukkkkkkkkkkkk. tapi i suka sejuk-sejuk macam ni, ada alasan nak berkepit ehhh  bahahahaa

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah
the atok's with the cucu's

Kitorang stay :
ESK Cabin RM350 / malam (3 bilik / 2 bathroom - 2 queen, 2 single bed)
nice stay untuk 6-8 orang 
Check in : 2 pm
Check out : 12 pm
Tuala sewa RM3/sehelai

Website : Kiram's Village Cabin

kat Kiram's Village ada banyak homestay. nama-nama homestay ikut nama buah gan sayur. bentuk takde la sebijik sayur brokoli pun.. nama jeeee. kalau 'askar' ramai better amik rumah ESK Cabin. esk Cabin ni baru, muat 6-8 orang (3 bilik / 2 bilik air- 2 queen bed / 2single bed)

ni nama-nama homestay kat Kiram's Village. korang search la sendiri kat website dia.
  1. Asparagus
  2. Capsicum
  3. Strawberry
  4. Pumpkin
  5. Cabbage
  6. Broccoli
  7. Apple & Banana
  8. Pineapple
  9. Chili & Onion
  10. Mushroom & Potato
kalau nak buat BBQ pun boleh. arang ada jual RM10 dan sewa jaring RM5. hari tu kitorang buat BBQ (arang beli kat luar) jaring je sewa. tuala tak disediakan.. tuala sewa RM3/sehelai. iron pun sewa.. kalau travel macam ni jarang nak iron baju.. lambat & leceh.. aku jenis simple. aku akan awak baju & tudung touch n go.. nak iron bagai leceh arr. pakai hensem2 nak pegi mana? bercuti kena simple, selesa & cepat. janji meletopss cun! gitteww dek

For booking, korang direct Whatsapp/call 016-695 0057. phone line open 9am-5pm daily
Dia takde booking by agoda ke hape.. booking by whatssap. trust me boleh percaya.
lagi beberapa hari korang nak stay, korang update dengan owner. nanti dia reply nicely.

ESK Cabin at Kiram's Village (new)


Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

masa mula2 dia send picture ni.. aku terus suka. dah macam rumah kelasi kapal.. bunga-bunga kat tepi tu cantikkkk.. elok hidup segar. 

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

lantai kayu macam ni sejukkkkkkk der. Dalam rumah aku pakai stokin. dah ghupa orang berpantang. Korang should standby stokin lebih. hari tu kesian anak-anak aku tak bawak stokin. terpaksa rembat pakai stokin apak dia. tarik sampai ke betis wakakakaka


view from up

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

2 single bed

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

queen bed (upstairs)

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

queen bed (down stairs) 
ada seketul panda merenung di luar jendela wakakaa

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

ada dapur. boleh la nak buat kopi. ada hari tu abah buat air panas. tinggal sekejap, tak sampai 5 minit air jadi sejuk. siap ada peluh2 macam baru keluar dari icebox. boleh bayangkan tak caner sejukkkkkkkkk nya kat sini

Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah


BBQ area

ni lah tempat BBQ. untuk dinner kitorang buat BBQ bakar-bakar ayam. seharian penat bejalan, memasing dah letih malas nak keluar. Ayam beli siap2 kat ayam madu Pak Ali. mencabar jugak nak hidupkan api kat tempat sejuk macam ni. last2 mintak bahan bakar kat rumah depan tu. diorang pun buat BBQ. punya best dapat panaskan tangan kat api. syiok dia tak boleh cakap macam orang putih yg ada unggun api dalam rumah pastu duduk baca paper. feel dia perrrrrrggggghhh 


Homestay suggestion

another homestay suggestion, Sakura Villa Mesilou Kundasang pun ok. korang search la sendiri ehsebab kak Sha pernah stay. suitable untuk 3 orang. kedai makan yg recommended Restoren Shah Adilla. search je la ye. kalau gerak sendiri sentiasa on waze. kalau susah sangat takde idea nak makan ape. kat bawah ada KFC, atau tapau siap-siap kut malam lapar. malam kat Kundasang tak onzz. tapi rugi la wehs.. datang jauh2 nak makan KFC. kat keyyyelll pun ader kah kahhhh


Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah

view from our chalet.. jelas giler nampak puncak gunung Kinabalu.. rezeki sangat.
time ni dah 6.30pm.. 6.30pm kat sana dah gelap nak masuk maghrib. 

Kiram's Village ni atas lagi dari chalet yg lain.. bila malam boleh cecah 12c. memalam tak nampak ape, berkabusss memanjang. kalau namanya dah selubung, dapat pulak mengkrekot dalam blanket, memang jawabnya taknak bangun. orang panggil pun buat bodo jee.. membeku dalam gobar, sejukkkkkkkk giler. jelas kan nampak Gunung Kinabalu.. best arr 

pagi2 kalau dapat view cantik macam ni. terus rasa "RINDUNYA KUNDASANG"


Baca juga : Pulau-pulau di Sabah 


Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah
pinjam backdrops chalet orang sebelah.. kih kihh

for those yg nak stay sini. i recommended la. tapi don't aspect macam kat hotel ***. dapat tido lena, tilam bantal empuk. toilet kemas, bersih, ada heater. enough.. onzznnnn.. yg lain beserah kepada Allah.

kat sini ada cafe, korang boleh breakfast siap-siap. lepas tu sambung jalan. roti canai dia pun ok. mostly food agak pricey sikit la, what do u aspect tempat2 macam ni. kfc kat Genting pun price dia berbeza. about food korang memang kena standby duit lebih. Kadang anak nak macam2 kita kena standby. tembolok kita senang nak jaga. tembolok orang lain kena fikir, lagi2 kalau bawak orang tua.

kat KK kitorang stay kat apartment Marina Court (3 bedroom/2 bathroom). tempat strategic sebab kat tengah2 town. walking distance nak ke pasar Filipin pun takde hal. kalau malas jalan call grab je senang.

tu belum cerita anak kena chickenpox time bercuti. kat Sabah ni lah.. next time okey. tengah mencari mood ni.



Kiram's Village Cabin
Mesilou Kundasang
Sabah
Malaysian Sabah Borneo

Website : Kiram's Village Cabin
Whatsapp/call 016-695 0057




-gee-
3 Komen untuk "Penginapan di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah"

Cantiknya... baru tempat menginap, belum tourist attraction lagi

Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe

Subhanallah cantiknya view dia Zie 😍

Cantiknya penginapan dia..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top