Short vacay Avillion PD



Kali ni short vacay dekat2 je, mana lagi nak pergi bercuti kalau tak Port Dickson.. Melaka.. punyalaa jem nak hala ke PD, apsal tah diorang ni hikut aku bercuti ke PD gak.. pi la cari port lain, ni ke PD jugak halanya kan dah jem.

Entry di mulakan dengan ter advance birthday laki bini, kitorang birthday dalam bulan yg sama (Mac) tapi date dan tahun lain-lain.. husb 15 Mac & aku 25 Mac, rugi pun ya gak sambut dalam bulan yg sama sebab sambut sekali je laaa.. sekarang dah tua-tua malas nak nak buat surprise birthday, sekarang just pilih satu tempat untuk holiday..rest la puas2 macam king & queen kong. time ni la nak rest gan sembang hal anak-anak, kadang2 cerita mengarot komedia la, now lebih menghargai percutian yg kitorang plan.

Short vacay Avillion PD
budak tecik ni kaki dah panjang sampai sangkut kat gear still nak duduk depan, sampai kematu peha aku ni pangku dia, suruh duduk belakang gan abang dia taknak, terpaksa la menghadap kepala dia tu.

selfieeak dengan budak dagung runcing, pakai Bokitta sama dengan K.Sha cuma inner kita lain.

Short vacay Avillion PD

check-in dalam pukul 3 petang macam tu, sebelum tu pergi cari daging salai lemak kuning tapau nak makan dalam bilik. taknak berpanas makan kat kedai so kita tapau lauk makan kat dalam bilik, pasang aircond, bukak tudung bestnya kena angin.

kat sebelah tu pet farm, nanti ada timing yg boleh feeding animal. Nanti ada waktu-waktu tertentu diorang lepaskan pet ni untuk guest.

biasa kalau gi short vacay macam ni aku bawak satu luggage sumbat semua baju anak-beranak dalam ni, malas nak bawak beg banyak2. Aku takde hal pakai baju ulang2, agak kalau tak cukup baju beli je kat pasar PD tu.. beli yg murah2 pun jadilaa 

Short vacay Avillion PD

Short vacay Avillion PD
bilik dia just nice untuk kami 4 beranak
Ada two single bed dan katil yg hujung tu queen size, mula2 plan Azeq Fina tido sorang satu katil, aku gan husb tido katil yg hujung tu, tapi tah bila masa budak2 ni boleh menyelit dua2 tido bawah ketiak mak apak dia, tau-tau tiba-tiba je katil ni jadi sempit. naik lemas pusat aku.

Short vacay Avillion PD
Tirai sebelah katil ni boleh bukak, sambil tido boleh menghadap laut tengok air pasang surut.

Short vacay Avillion PD
sampai-sampai brader ni tengah tengok port untuk memancing, time ni air tengah surut. petang sikit dalam pukul 6 macm tu air pasang.

Short vacay Avillion PD
 ada bathtub saiz sederhana, kalau mandi dalam bathtub pun dah mencunggap apatah lagi nak mandi pool yg dalam, compom lemas dada bahahaa

Short vacay Avillion PD
bilik air pass, janji ada shower & hose, yg budak2 tengah jenguk tu open area yg boleh nampak air laut pasang surut, risau je takut biawak panjat..

Short vacay Avillion PD

Short vacay Avillion PD
sedang aku buat liputan tentang bilik ni, dua beranak ni dah bentang tikar .. mengajak kita pun tidak, Fina memang favorite dia makan sup ayam, dia suka makan kaki ayam buat sup, selera betol dia makan sampai ke lengan2 baju basah.

Short vacay Avillion PD
satu bekas tu dia sorang boleh habis

Short vacay Avillion PD
aku makan nasi putih dengan daging salai lemak kuning yg beli kat kedai tadi.. perrrgghhhhh memang sedap gila daging salai dia, complete rasa dengan pedas, masam, daging salai dia lembut makan pulak dengan nasi panas.. macam tangan nenek-nenek yg masak, terubat rindu masakan arwah mak.

Short vacay Avillion PD
settle makan nasi, sambung makan daging salai lemak kuning makan dengan nasi impit.. nasi impit ni memang aku bawak dari rumah, memang plan nak makan dengan lemak kuning.

perut anak-anak pun kenyang, dah petang sikit bapak dia bawak budak-budak ni mandi pool. 
kat sini lagi best la dari Grand Lexis, pool dia 24 hour nak berendam sampai kecut tetep pun takpe. Avillion punya pool besar, cantik. ada pool for adult nampak macam dalam, ramai mat saleh yg bersidai kat situ, kang aku join sama.. nak kata negro pun bukan, omputih jauh sekali laa, aku ni sesuai pool kids jeeeeeeeee, berenang pun tak pandai. padan la.

Short vacay Avillion PD
punyalaa takut anak kecik dia tenggelam, kiri kanan depan aku pakaikan dia pelampong.. Fina ni dah la halus kalau orang tolak memang tenggelam.. bapak dia lex je, last2 aku tengok Fina dah pandai berenang.. bapak dia cakap biar kan dia 'control her self ' huwaaaa mak yg over!

Short vacay Avillion PD

Short vacay Avillion PD

Seronok la budak2 ni, Alhamdulillah masa kitorang pegi tu cuaca cantik, tak panas sangat tak mendung. Rezeki budak2 ni berendam dalam pool siang malam

Short vacay Avillion PD

Short vacay Avillion PD

Short vacay Avillion PD
tak lama tu de staff situ bagi pree ice cream malaysia.. sian budak2 ni dah sejuk2 makan sekerem pulak

Short vacay Avillion PD
kalau aku dulu makan ice cream mesia ni, pusing-pusing hat atas yg ikat tu sampai putus, bapak dia pulak makan style gigit tang bontot, aku tak reti makan macam tu. gigi jarang nak gigit pun tak rapat. bahahaa

Short vacay Avillion PD
pakwe makwe lepak tepi sambil monitor anak-anak main, kejap kang aku gi kolam sebelah berendam sensowang. macam sengal tenggelam timbul sensorang, dah le tak reti berenang.

Short vacay Avillion PD
Garden view pun ada gak, kalau dapat bilik yg menghadap pool lagi ok.. 
selalu orang taknak garden view sebab takut terperuk jauh dari pool, sebenarnya tak jugak. takde la jauh sangat nak ke pool cuma tak dekat gan laut.

Aku memang pilih water chalet sebab laki aku tu memang nak mancing, salah satu sebab pilih Avillion sebab boleh mancing, dulu kat Avani Sepang hari tu tak boleh memancing, ralat jugak la dah bayar mahal-mahal nak memancing tak boleh, frust je laki aku.

Malam tu kitorang makan kat kedai seafood, main terjah je makan kedai mana-mana.. budak2 pun dah banyak ragam. Bila perut depa dah kenyang dia fikir nak tido je, dia tak fikir perut mak apak dia kebulur dah ni. dan-dan nak balik hotel, nak tido la. dah sampai hotel tak tido pun, sajer buat perangai. Macam ni la kalau bercuti dengan anak kecil, kena ikut rentak dia. Kang lain yg kita plan, lain jadinya.

Short vacay Avillion PD
order sup tulang gan adalaa seafood yg lain.

dinner kitorang jarang makan kat hotel lagi suka explore makan kat luar. biasa amik breakfast je kat hotel sebab waktu suntuk, lepas breakfast terus terjun kolam pukul 12 nak check-out pulak. 

Short vacay Avillion PD
lobby area.
tengah tunggu pakwe pegi parking keta

Short vacay Avillion PD

budak yg meragam nak balik cepat tu..
sebenarnya tak sabar nak mancing,
tah sampai pukul berapa diorang ni mancing, tak kuasa aku nak teman diorang mancing, tido lagi best
esok paginya aku tanya, dapat ikan tak..
bapaknya konon nak cover dapat sekor, last Azeq pecah rahsia cakap abah mancing dapat kayu.. kwang..kwanggggg .. bahahahahaaaaa (gelak besar aku bagi)
sanggup tak tido menghadap batang pancing.
tido lagi sedap la!!



-gee-
8 Komentar untuk "Short vacay Avillion PD"

hahaha..oklah dapat kayu, kadang-kadang orang dapat selipar! si Azeq minat mancing gak ke? tahniah Fina dah pandai berenang. pasni boleh ajar mama ngan aunty Sal pulak

Patutlah sonyap je blog 2-3 hari. Poi bercuti ruponyo haha...

Brp rm semalam tu zie? Entah bila le nak sampai ke PD ni :(

haha...sengeh je baca entry zie ni...daging salai tu sedap bebenau nampaknya zie.sama dengan anak eda,kakak ngan adik,kalau umi dia duduk depan,confirm dua² nak duduk depan jugak.Naik sengal peha umi dia...

susah kot nak dapat ikan area situ, macam ikan pun tak mau singgah, xde punca nak cari makan. hehe,

eg luggage kita sama la plak. hahahahaa!

Baru berharap ada hasil ikan. Plan nk bawa ayah memancing kt sini.cantik juga bilik dia ye zie.

salam sis...tgh skodeng2 tempat nak bercuti ke PD, jumpa entry ni..ni percutian jenis terjah2 jer so xde plan nak google awl2 ke ape,,hahaha... tp Avillion ni bleh la masuk dlm list nak bawak budak2 cuti sempena cuti PT3 next year..ekekek

CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

FULLY RENOVATED APARTMENT..
Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

The space
Accommodates: 4+
Bathrooms: 1+1 ( water heater)
Bedrooms: 2
Beds: 2+1
Check In: Anytime after 3PM
Check Out: 12PM (Noon)
Property type: Apartment
Room type: Entire home/apt
Fully renovated apartment
Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
Extra bed : 4

No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

Rates per night :
Weekdays : rm200
Weekend : rm250
Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

Safety features
First aid kit

Availability
1 night minimum stay

*Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

*5S CONCEPT

Contact me:
Che Norijan Binti Jamil
019-2222777
Direct owner

Seronoknya Avillion, memang nak pegi ni..tak zabarrrr..
tapi, daging salai tu mmg win, sis.. memanggil-manggil betul :P

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top