Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan

Jepun Mari | Thursday, 8 March 2018,09:00 |
Salah satunya stay kat Avillion ni nak lepak2, memancing pun ye gak.. nak rest bangun pagi dengar deruan ombak, dengar bunyi burung, celik mata air laut pasang. Dua beranak tu pagi2 dah menghadap batang pancing, ikan tak dapat takpe janji puas dapat memancing. 

Hari ke2 stay cation takde pe sangat, tak rushing nak ke mana2, so plan lepas checkout nak makan daging salai lemak kuning negori semilan, semalam makan tak puas. 

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
Gambar View pagi memang wajib amik, jarang2 dapat tengok view cantik macam ni, cuma hari tu matahari terbit dari arah sana, so tak dapat la tengok sunrise

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan

riso je, lempar joran terkaut spender orang depan.. 
aku memang request nak bilik dekat dengan pool .. Mean segala2 dekat, entrance, pool, cafe taknak jalan jauh sangat.. Punya femalass ante ni.. macem unta padang fasirrr
dapat kat husb.. 'ma lain kali amik bilik yg tengah laut..'
aku kata takde hal. bagi je duit aku tukang booking kan.. 
Dia lagi nak duduk tengah laut, yg kita ni kalau boleh mana entrance situ laa aku duduk. 
Stay jauh dari darat ni takut pun ada, yela laut kan celik mata tengok air pasang seriau aku. 

Masa aku tengah monitor anak-anak mandi pool, sempat dia pegi usha tempat mancing, husb cakap dia ada borak gan sorang brader ni, dia pun kaki pancing juga.. dia mancing kat belah ujung-ujung sana dapat ikan siakap pastu hantar kedai masakkan.. uihhhhh lagi teruja dia nak stay sini lagi.

Berkobar2 cerita gan aku ni, aku ye kan aje
vahahaaa

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
dua beranak ni pagi2 dah duduk kat balkoni pegang joran, nak gelakkan sekor ikan pun tak dapat, dia salahkan bilik ni tak strategik.. ehh

Dapat ikan ni nasib, kalau kena lubuk memang banyak ikan dapat.
Aku memang tak boleh sabar duduk menghadap joran lama-lama, lagi frust duduk menung lama-lama sekor ikan pun tak dapat.. tu pasal la orang yg kaki pancing ni seorang yg penyabar, dia dengan anak polite sangat, kalau dapat kat aku memang asyik memekik je.. kalau tak memekik tak jadi orang.

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan

Pagi nak pegi breakfast lalu kat adult pool..kitorang tak lepak sini sebab banyak habiskan masa kat pool kids, pool ni agak dalam & tak sesuai untuk budak. kalau pesen ayam serama macam aku ni mau mencunggap dada, yg omputih tu elok je berdiri hat dada.. ramai pulak omputih bersidai kat sini, semua pakai two pieces kang ajak laki lepak sini 'astaghfirullahaladzimmmm' tapi nengok celah jari 

breakfast dengan budak tecik yg rambut serabai.

aku amik on package include with breakfast, masa check-in boleh staff situ cakap tak include breakfast.. aku kata check betul2, then panggil manager last memang dah include dengan breakfast.

Kebiasannya, aku memang amik breakfast sebab cuti tak lama 2D1N, budak2 mesti dah tak sabar nak terjun kolam, kalau breakfast kat hotel jimat masa.. lepas breakfast terus mandi kolam. tengahari cari makan kat luar.

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
celik mata terus makan, gosok gigi pun tidak .. fina finot

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
aku makan ni jeee. boleh caya ke?
memang tak la, penat nak snap semua gambar.. 
breakfast dia boleh tahan sedap.

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
ni side dish je.. yg crop tepi2 tu kalau korang nengok boleh muntah.. 

lepas breakfast sambung mandi pool

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan

budak2 ni senang berkawan, kejap dah dapat kawan main.. azeq main gan kawan lelaki dia.. Azeq lelaki banyak buat hal dia, kalau fina macam kelakar pulak.. sembang sesama dia kelakar.. sape nama mak awak la.. macam segan lak aku nak memperkenalkan diri, dah la ramai orang kat situ jadi perhatian. Dia push2 kita nama mama sape.. aku cakap je siti 'nama mak kita Siti' hahahahaaaaa

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
tu abang castello kitew.. kitorang duduk tepi monitor anak-anak mandi pool, pagi tu dua-dua tak mandi pool malas nak berbasahan, berbasahan dalam bilik takpe.. ehhhhh bahahahaha

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
Bersepah peacock ni, ntah berapa ekor yg bebas berkeliaran takut je tersondol vontot guests kat sini.

Habis mandi kolam, budak2 ni sambung mandi kat bathtub..  Mandi la korang puas2

Misi dimulakan dengan hunting daging salai lemak kuning, makan kat kedai teh o 50 sen yg tak jauh dari Avillion.. memang nak cari kedai yg dekat2 sebab kalau time lunch hour macam ni compon lauk tinggal keruk-keruk je, so taknak buang masa fikir nak makan mana. 

kedai ni betul-betul bersebelahan gan surau bagan pinang, PD.

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
Anak dara ni ratah sup ayam sampai meleleh sup ke lengan.. 

Menu aku seperti yg dirancang dalam kepala otak ni, nak makan daging salai lemak kuning dengan nasi putih.. yumyummmm. ajak husb makan boleh dia kata kenyang, dia cakap kenyang makan breakfast kat hotel tadi.. I cannot brain laaaa.  Perut owang pompuan ni banyak bilik.. hat makan pagi tadi bilik lain, untuk lunch ada banyak ruangan kosong yg boleh di isi, so jangan sia-sia kan ruagan kosong itu.

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
Perrgggghh sodap mang aiii..  Daging salai lemak kuning makan dengan nasi putih, cukup dah tak payah tambah lauk lain, memang sedap sangat berasa pedas, masam .. 1 mangkuk ni rm10.. Habes aku sorang makan. ajak husb sama-sama gemok taknak.. sajer biarkan bini dia gemok sensorang.

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan
Habesssss licin, tinggal kuah je tak hirup, kalau hirup mau tersedak terus kena asthma attack .. Pedaaaasss ye, leher2 ayam tu aku siram dengan kuah lemak kuning pastu hisap2 tulang2 dia.. Now u see pe yg tinggal? Rugi la orang tu tak makan.. kan.. kann

Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan

Ni la kedai dia, mostly kedai makan area PD memang atap zink.. kalau time tengahari mau menitik-nitik peluh tinggal tak tadah dengan baldi je.. kat sini ada air anggur singgit.. Kalau habis boleh refile, air anggur dia sedap. Cuaca panas macam ni dapat ais batu memang sedap la, kat sini pun ada coconut shake tapi tak order sebab perut aku ni takde ruang kosong yg boleh sumbat, sengkak perut sampai kena bukak butang seluar. Nak jalan pun mengengkang dah macam orang mengandung semilan bulan.. teruk sangat ni!! bahahahaaa

sape yg nak try silakan, misi aku nak makan daging salai lemak kuning complete.. beres !!


Kedai Teh 'o' 50 sen
73, Jalan pantai Kampung Bagan Pinang
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


-gee-
Tag : Port Dickson
4 Komen untuk "Memancing di Avillion PD & makan daging salai negori semilan"

uit..gambar mandi bath tub tu kena censored tau..cekci. hahaha. dapnya daging salai. tapi tulah, tak tahan pedas sangat. kalau saya yang makan, mau mencungap

Part mancing tu yang seronok.
Tak payah berpanas berhujan.

Sedapnya daging salai beb..ko ni dah sign up member dengan Avillion ke? Haha tapi kalau bab mancing aku pun tak tahan sabar. Ni tunggu laki ajak anak dia p mancing je..

Cantik view pagi tu. Nampak mcm overseas kejap air laut tu. Haha ayat terkaut spender tu kelakar zie. Ke memang terkaut. Haha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top