Mula-mula taknak citer masuk Muzium tentera darat PD ni, pernah masuk dulu masa family day S&S di PD SINI.. masa sesi lawatan ke muzium budak2 ni tido dalam kereta, Amir pun tak turun sebab jaga diorang tido dalam kereta.. yg turun aku sorang. di sebabkan cuaca panas aku banyak melepak tempat redup, jalan sikit, duduk.. duduk jalan..gitu la perangai.. banyak tempat yg aku skip sebab malas nak bermandikan peluh..
So kali ni, checkout dari Avillion aku kata terus balik KL la, tapi bapaknya cakap kat sini ada kereta kebal dengan meriam besi *krik. krikk (kuat betol saiko sampai cakap meriam besi) mengelinjat la budak2 ni nak tengok kereta kebal. so, 'WE' betul2 explore tempat ni sampai ke terowong bawah tanah pon aku terjah. uhhhh redho je larrrr
Masuk free, mana yg tak pernah pegi sila la pegi even once, kata orang Malaysia kalau muzium pun tak pernah masuk bokpo.. (berlagak la sebab dah pernah masuk bahahaa)
masa kitorang pegi tu special sikit sebab ada abam soljar yg tukang explain tentang kenderaan dalam tentera. lagi keterujaan la budak2 ni.
brader yg baju putih tu tanya macam nak masuk soljar, sorry der tak layak. lari banlapan pun semput
see.. see.. dari tadi tak bergerak, minat betol dia dengan jentera ni.. pe yg aku dapat info peluru dia je seberat 40kg. sebesar Nana tu besarnya.. tak pasti boleh pegi berapa meter, agak2 kalau malas nak jalan letak je Nana atas ni terus tembak sampai Johor, senang jimat tol, minyak.
tanjat gurgirl.. entrance je terus nampak alien ni pegang gun. dah la hitam, badan berwayar2.. kang cabut satu wayar punah semua.
ramai yg bergambar kat sini, siap ada yg panjat duduk kat tebing tu.. tapi still under control by abam soljar
banyak gambar diorang je. gambar putri Kate Middleton mana??
ada ni haaaaa.. panas hawau kat sini..
jangan kata hakak tak payung
kat sini pun ada canopy walk, canopy walk dia rendah dan max berat 4-5 orang je yg boleh naik. Fina ni taktau nak kata laaa.. dia yg excited dulu nak naik.. nasib bapaknya rajin melayan, kalau harap aku ni terkial2 nak pijak tangga pun takut. mau silap2 dah naik turun balik
Azeq ni penakut, tapi ntah macam mana hari tu tiba-tiba dia nak naik. tapi mulut dia ya ALLAH !! bising.... terjerit-jerittttt2 panggil bapak dia suruh tunggu.. tak padan dengan badan yg sado
and satu lagi yg korang tak sangka.. jeng jengggggg
seeeeeeeeee.. Putri Kate Middleton naik jugak akhirnya..
ellehhhhh bukan tinggi nou, kalau lompat dari atas pun takde hal la.
bahahaa
akak cantik sedang berposing kat pohon2 kayu yg redup ni, redup je duduk sini.. angin pun banyak
tengok sape yg paling depan, dia yg mengetuai rombongan tunnel ni.. tiba2 berani bahahaha
terowong dia macam ni, bagi aku seram jugak la walaupun tak adventure mana.. aku bayangkan ada momok kat depan tu walaupun muka tak berapa hodoh.. sepanjang jalan aku pegang je baju abam kita, sambil tu tutupkan mata Fina, kat dalam ni ada replika patung yg macam kena dera, tengok rambut dia pun dah scary macam chucky ..
sampai sini je lawatan ke muzium PD..
pastu terus balik KL, budak2 kat belakang tido terbongkang sampai ngences
anak bujang tu tak puas hati sebab mancing tak dapat ikan, bapak dia nak puaskan hati dia mancing kat Puchong, umpan pakai roti krikk..krikk aku macam tak caya je ikan nak ke makan roti, aku kata susah-susah beli je ikan kat pasar, pastu buat la konon2 mancing dapat ikan.. bapaknya cakap kalau dia tengok ikan tu tak gerak dah mati tak ke mengamuk lagi dia.. dia dah bijak. *negegeee
mancing la mengkome, selagi tak dapat ikan selagi tu tak puas hati
aku duduk kat meja sambil order manggo float, chau kiew tiau dengan kepok lekor.
kepok lekor dia sedap, habis sepinggan aku order lagi.. kepok lekor dia import from ganu, kedai ni jenis goreng panas-panas.. ada order dia goreng tak goreng selambak
Esoknya kat rumah borak2 dengan Azeq..
dia cakap nanti dia besar dia nak jadi askar..
mmhaaaaaaaak askar!!
ni mesti sebab baru lepas masuk muzium tentera tu pasal berkobar2 nak jadi soljar..
dalam hati takyah la jadi soljar
-gee-
Tag :
Muzium,
Port Dickson
10 Komentar untuk "Muzium tentera darat PD"
best la tempat ni sis, menarik sesuai untuk lawatan keluarga sambil2 menimba ilmu bersama...Belum pernah lagi pergi sini...
Pernah pergi sekali. Masa masuk tunnel tu saya rasa suffocate sikit heheeh
Ana lah yg tak pernah masuk muzoum tentera ni. Eh tapi muzium negara i pernah tau. Hehe.
Banyak tempat aku tak jelajah. Haha sebab nak cepat cuaca panas. Dok fikir nak basuh kain pun ada.. kekeke..
cuaca mmg panas babe.. ikut hati aku nak duduk je, tp takkan aku nak tinggal sensowang kat kereta kebal ni, mcm sengal pulak hahahaa
muzium negara pernah masuk tp tah berpa puloh taun dulu.. xingat dah..
kannnn.. scary pun ader.nasib tak panjang
ok la.. budak2 kan suka kereta kebal, senapang ni.. lagi2 jumpa yg real.. sernok la dia
menariknya tempat ni, canopy walk tu macam best...air mangga, bak siket!e
hai, bw here :D
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.