Happy birthday to me



Hampir terlupa dengan birthday sendiri
At least have entry birthday ni then never right ..

Aku takde rasa pe pun bila umur dah cecah 30 plus-plus cuma apesal tak sedar2 diri aku semakin tua?
oh mungkin jiwa muda hahaha
atau mungkin sebab husb lagi tua dari aku.. dia pun tak berapa nak sedar, aku lagi laa kan..

DULU... happy sangat bila sambut birthday sendiri.. Birthday orang pun anggap macam birthday sendiri.. Kalau orang tak ingat pun, nanti aku dok canang bagi ingat, senang citer suruh orang save the date la.. Tak mintak hadiah pun cuma suka canang birthday sendiri. Kalau ada yg celebrate teramatttttt la suka. Biasa pun bawak pegi makan je, takde nak berbaby shower bagai laaaa

Sekarang, bila hampir nak birthday je macam fobia.. Sebab 2 tahun lepas time nak nak dekat birthday kereta accident SINI.. Alhamdulillah la takde pe.. Masa tu memang plan nak pegi ikea together gather nak dating la konon.. Dah accident.. So semua cancel..

Tahun lepas.. Mak baru meninggal..
Perasaan gembira tu tak wujud pun walaupun hati buat2 happy.. Perasaan sedih still ada.. Sampai sekarang pun masih bersedih, setiap hari sebelum tido aku pesan kat budak2 ni sedekah kan alfatihah untuk arwah wan (nenek).. Mula2 susah jugak nak bagi diorang faham.. Aku cakap macam ni je la.. Alfatihah ni la makanan wan kat sana..

Tahun ni.. Nothing special.. Tak minta apa2.. kalau ada yg nak bagi hadiah pon bolehhhh..
nak tudung bokitta se..bahahaha. 
minta doa yg baik2 supaya diberi kesihatan yg baik untuk menjaga keluarga.. 
Cukup makan.. Pakai.. Dah..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Happy birthday to me

Kek ni symbolic je.. Asal ada kek. Happy birthday. on..
Tahun ni.. Diorang berpakat beli kek nak surprise kan kakak sulong dia yg bekeng ni ..sampaikan aku nak pegi kencing pun di tahan-tahan.. Bertarik2 tak bagi aku gi living hall.. Padahal aku nak gi toilet jee ngok.. Dah habes selesaikan hajat.. Aku jalan nak ke living hall.. Tiba2 je ramai-ramai nyanyi birthday to u.. Uhhhhhhhhh so sweet.. Ingat tahun ni takde kek for me..

dalam gambar tu, tiba2 aku terus jadi ustajah.. main rembat je tudung pe yg ada kat atas almari tu.. sedar2. pakai serkup pun terbalik.

TQ VERY MUCH kepada semua yg wish, wassap, fb, pm wish birthday, aku jarang update kat fb, banyak main kat ig. fb still active cuma jadi silent watching.. kepada family yg belikan kek.. tima kasih banyak-banyak..
lain kali beli la hadiah sekali... eh..

Happy birthday to me
again.. hari sama.. tudung je berbeza..
ingatkan dah habes shoot.. rupanya ada sambungan part 2.. rembat lagi tudung sape2 tah.. kali ni warna hitam pulak.

yeyyyyyy.. ada kek
another of my year is gone. Birthday ni bukan pe.. Hanya angka yg membuat kita meningkat usia..walaupun semakin tua diri ni but orangnya still manisssssssss (sila muntah) yes.. hari jadi adalah hari yg special tapi bagi aku ia adalah seperti hari2 yg biasa,  semakin meningkat usia kita, semakin dekat kita dengan mati. Takut tak? and explanation yg aku bagi why i did not celebrate my big day .. sebenarnya nak celebrate, tapi takde duit
bahahahahaahahahahah





-gee-
Tag : my Birthday
7 Komentar untuk "Happy birthday to me"

hepi belated birthday zie! dah umur 30 plus ni memang feel lain bila celebrate birthday.tak macam dulu-dulu. and yes, memang selalu lupa.haha

Happy birthday zie! May you have a wonderful & blessed years ahead

Betul lah tu asal ada kek je kira cukuplah utk celebrate bday.

HAPPY BIRTHDAY KAK ZIE. eh tercapslock plak. hahaha! dekat2 rupanya birthday kita ni. well, semestinya IQ pun rasa tak dapat kek. thun lepas pn tak dapat kek. so, makan kek siap2 biar tak kempunan. huhuhu

Happy belated birthday, Zie. May all the stars keep shining on you. May all the happiness in the world and the Hereafter belongs to you :)

Happy belated besday zie. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. ❤❤

Naik 40 nanti lagi rasa semacam. Hahaha...

Happy belated birthday Zie,eh bulan 3 eh,..samalah kita..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top