Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Movie time : The Shallows

Jepun Mari | 13 March 2018,16:50 |
Movie time : The Shallows
 picture from google

Dari takdak buat apa tu meh la kita sembang2 pasal movie pe yg aku pernah tengok.. yes, aku suka tengok movie, tapi not pergi tengok wayangla. i don't really suka tengok wayang ni melain betul2 yg i suka nak follow. citer The Shallows ni dah keluar pada tahun 2016 lagi, tapi aku asyik dok ulang2 nengok citer ni walaupun tak gemar dengan ikan gigi hantu macam ni dan satu lagi berkaitan dengan laut, orang yg tak reti berenang memang macam ni. kerek!!

Cerita jaws macam ni bukan favorite, tapi ntah macam macam boleh suka tengok citer the shallows sebab laut dia cantekkkkkkkk sangat, lagi2 kalau tengok kat hd.. wahhhhhh cantik gila sea dia..

Tengok kat mana ? Internet (jeng..jeng... citer dah lama keluar pun, kat fox movie pun ada)

Sinopsis :

The Shallow pelakon dia pun tak ramai.. takde la jemput sekampong belakon dalam satu filem.. alik2 orang sama tapi impak dia best. Director oleh pakcik aku sendiri sebelah abah, ibu sama bapak lain-lain.. paham dak!! tak pahem.. sudahhh!! Jaume Collet-Serra yg dapat kutipan dalam box-office 119.1 million USD, tapi sikit pun dia tak kongsi dengan anak buah dia nim..

movie ni pasal ikan jerung yg nak makan manusia, biasa ikan spesis gigi taring macam ni pemangsa, bukan dia kenal daging orang ke hape janji daging. actress by hot Blake Lively yg belakon sebagai Nancy. Dia ni kakak angkat aku yg lupa tanah air sendiri, dah popular dia lupa adik dia yg duk Malaysia ni bahahaa

Movie time : The Shallows

siriesly, citer ni best. citer ni agak seksi sikit.. seksi pun sebab screen kat laut so banyak pakai sepender dengan coli.

kisahnya Nancy ni pegi vacation kat satu pantai yg sangat cantik, nak tahu tahap mana cantiknya pantai ni, ullos kena tengok movie ni. Lepas tu dia ni suka surfing (meluncur air). Dia kira hebat juga la surfing, masa dia tengah surfing ada jugak dua orang lelaki yg surfing sama. Guy ni dah pesan jangan ke tengah laut sangat dan kalau hampir malam jangan surfing takut ada jerung. that guy ni orang maxico dah kira macam bercakap ayam & itik.

hari dah lewat petang, yg Nancy ni degil bebai dia terus surfing sampai ke tengah laut sebab kat tempat yg dia surfing dah cetek (shallow), masa dia tengah surfing dia nampak ikan paus terdampar dah nyawa2 ikan, dia dah tak sedap hati then dia cuba untuk keluar dari tempat tu TAPI ikan jerung tu dah knock her off the board, board dia patah dan terus gigit peha Nancy. uuuhhhh!! sakitttttttttt pastu dia terumbang ambing langgar coral, kaki berdarah pijak coral lagiiiiiii la berdarah banyak..

pak jerung ni kalau dah hidu darah, dia lagi mengganas tahap pontianak. Nancy ni berusaha nak selamatkan diri, start dari itu la cerita ni bermula. Nancy ni berjaya berenang ke satu batu yg timbul, kat sini sea cantik sangat boleh nampak coral kat dasar laut, bila petang dan malam air low tide batu ni akan timbul jadi seperti pulau, bila air pasang batu ini akan tenggelam, pak jerung yg kejam ni dia tungguuuu je Nancy ni turun dari batu. haruuuu betol!!

Movie time : The Shallows

Mula2 aku ingat ada orang yg rescue Nancy ni.
Sangkaan aku meleset sekali (ayat filem dak)
takde sape selamatkan dia sehingga dia berusaha selamatkan diri sendiri, dia bertarung membunuh jerung tu dengan dia terpaksa kaji pergerakkan jerung ni, sedangkan dia dah berhari2 terdampar kat batu dengan tak makan, pendarahan yg banyak, kaki dah biru sebab pendarahan kat kaki yg teruk. Kebetulan, Nancy ni seorang medical student, so dia jahit luka kat peha dia dengan loket yg dia pakai.. part ni aku seriau sebab sakit gilaaaaaaaaaa kot!!

Movie time : The Shallows

di akhir cerita.. ??
nak jugak cerita ke??.. memang laaa korang ni..
last, pak jerung ni mati dengan tragis. Nak cerita dia mati cemana kang tak cukup satu entry. korang boleh google sendiri, pandai2 la cari cerita ni kat mana.

i suka !!
- satu yg aku suka movie The Shallow ni more how to survive sorang diri tanpa bantuan orang lain.. except diri kou sendiri, so kena bertindak dengan bijak.. salah tindak boleh mati kena makan dengan shark.
- aku google juga laut mana diorang buat pengembaraan. google punya google jumpa jugak depa buat buat Pulau Lord Howe Australia.. cantik laut diaaaa
- cerita ni takde cinta cintun yg de aksi cium2 ke takde.. cuma seksi tang pakai bikini, dalam movie ni banyak since yg mendebarkan.



cerita ni nak bagi rating 8/10



-gee-
4 Komen untuk "Movie time : The Shallows"

Mental woo tgk movie ni. Especially masa dia berenang ke arah lifebouy tu. Shark dia bukan main ganas pula tu.

wah..jarang Zie buat movie review. movie pun saya first time dengar. biasanya jarang suka cerita ganas-ganas macam ni..sakit jantung

hehehehe
masa jerung datang yang seronok tu

"knock her off the board" tu makna dia apa jah?? kak elo jenuh nak faham.. tq jah.. :)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top