Sape yg follow insta story aku hari tu, kitorang gi Ikea Cheras sumbat 7 orang dalam satu keta. Kereta yg sepatutnya 5 seater sumbat jadi 7 orang.. dah ghupa sardin, untuk Azeq sepatutnya dah kena 1 seater, nasib pungkok masing2 comel bahaha
Ini maksudnya kena beli keta beso sikit.. tapi tah bila bahaha.. dream some more.. doakan la murah rezeki erkk
kakak & adik, dah macam budak sekolah aku pakai gini..whatever.. janji selesa
Fina berumur 3 tahun dan 3 bulan, orangnya halus tapi dari raut wajah nampak garang, tak suka senyum (senyum bila perlu) bila panggil 'mama' nada yg lembut dan ingin dengar sebut berkali2.. Dia seorang ratu drama, menangis benda yg kecil untuk mendapatkan apa yg dia mahu. contoh ; salah letak gelas jeeee, gelas je ya, dah jadi satu isu boleh menangis macam kena cubit. Dia seorang ratu cantik, bab melawa no. 1.. kalau korang perasan she never out with 'selipar' Beza dengan Azeq.. dia sempoi dengan selipar dan seluar pendek..
Dia lagi lawa dari mama, dia lagi tahu baju berjalan dengan baju kat rumah, kalau aku siap dulu, baju Fina tak tukarkan lagi.. nanti dia sendiri cakap 'baju cantik Fina mana' *rolling eyes bahahaa
bergincu MESTI,
sembur minyak wangi MESTI,
tapi dia tak suka orang usik rambut dia, jangan berani cuba nak ikat ke nanti dia kucar kacir terus jadi serabut macam hantu kak limah...uhhhhh
sikat bagi cantik, biarkan lepas.
bergincu MESTI,
sembur minyak wangi MESTI,
tapi dia tak suka orang usik rambut dia, jangan berani cuba nak ikat ke nanti dia kucar kacir terus jadi serabut macam hantu kak limah...uhhhhh
sikat bagi cantik, biarkan lepas.
ada satu kejadian yg buat aku hilang nyawa sekejap.. di Ikea Cheras
pergi Ikea time weekend macam ni memang hazab la, mengemut orang. later i story kenapa TERPAKSA gi ikea jugak
Fina hilang dalam 1 minit, tapi rasa macam gelap dunia terus..
macam ni.. masa nak naik, lif penuh and then ada la yg nak in & out, aku duduk depan pintu lif.. keluar sekejap bagi laluan pada orang yg nak out, and then masuk lif semula.. memang biasa aku akan pandang cukup tak anak2 aku (anak dua je pun).. sekali pandang Fina takde.. dia ikut orang lain keluar lif.. siap pegang baju orang lain di sangkakan AKU..
Aku jerit kuat2..'Finaaaaa, fina manaaa' fedulik haper aku jerit jeeeee
Nampak dia kat luar dah... cepat2 tekan pintu lif to open.. tekan.. tekan... macam tu haaaa
Alhamdulillah.. Fina dalam dakapan mama.. tapi bukan mama 'her daddy' macam dalam drama
orang lain hulur tangan, orang lain dapat pujian.
Pucat muka dia.. terkejut & terperanjat
Nothing serious.. tapi walaupun hilang dari pandangan hanya seminit, dah buat aku seriau macam nak mampossss hilang anak.. nak pitam, gugur jantung, pengsan semua ada.
Dia berlari terus ke bapak dia.. abah dia terus dukung dia, uhhhh yg mengelabah tadi haku, should be pergi kat aku laaaaaaaa
I KNOW YOU LOVE ME MORE, FINA
to parents take note, tak kisah sape2 pun, pegang tangan anak walaupun dalam lif.. benda nak jadi kejap je.. ini pun peringatan untuk diri sendiri, kadang2 kelalaian sikit boleh bawak padah..
Lepas tu, masa nak bawak dia pergi toilet, aku peluk Fina, peluk cium2 dia..usap2 belakang dia
i said 'Fina jangan buat mama macam tu lagi, mama sayanggggggg sangat Fina' mata bergenang dah ni SAYANG FINA KETAT.KETAT. MY SOUL. MY NYAWA
she huge me back, cium pipi kiri kanan, and she said 'ok mama.. Fina cayam mama' luluh jantung dengor
tak dapat bayangkan tanpa anak, anak kot, tiba2 teringat masa mengandungkan dia, beranakkan dia, sakit beranak, sakit caesar pun tak hilang lagi, parut caesar pon kekal sampai sekarang, bisa caesar tu sampai sekarang terasa..
tak dapat bayangkan.. ya ALLAH ya ALLAH ..mintak jauhkan la
your happiness is my happiness to
-zie-
Tag :
Afrina,
Parenthood
18 Komentar untuk "My soul my nyawa"
Fuh....saya pernah rasa yaya hilang....nasib baik kehilangan itu cepat disedari dan dia dapat dijejaki kembali...gituuuuu kan...hihi
Tulah sebab benci pergi mall besar2 ni. Kita pun dah berapa kali kena. Jantung tu takyah cakap dia punya denyut. Budak ni kelolo suka ati dia je yang menangis kita jugak.
anak adalah rezeki, so jagalah baik-baik. honestly saya jeles, hehehe. Saspen baca cerita Zie, dah boleh bayangkan apa rasa masa tu
fuhhh, risaunya kalau anak terlepas dari pandangan kita, memang seriau rasanya. hurmm, nasib la tak lama hilangnya. 1 minit pun rasa macam 1 jam
patut mata bengkak mcm semut sakit mata smlm. hahahhhahhaha.. sbb tu la si scha and awal tu gagah pakai tali harness to lara agaknya..
kannnn..nini..
mmg tak dpt bayangkan dgn akal..boleh gila dibuatnya
sbb tu la Anis..jarang kita kluar gan anak beranak je.. lagi2 tempat mcm ni..budak ni tahu seronok jeee
mcm owang gila mengelabah sangattttttt.. itu la.. kena sentiasa alert kan..psstt tang mana jeles tu.. hahaa
tak bolh lepas budak2 ni.. ingat si kecik tu duduk dlm stoller.. tah bila masa dia turun pun taktauuuu
pki spec mata hitam pun nampak jugek hahahaaa..
mana mauuuu ye pakai harness, dia buatnya tali skipping haaaaa.. tension i kak
Dapat anak aktif macam tulah. Tapi tak sanggup pakai harness tu..
kalau eda pun gabra weh...nak jadi sekejap je kan.nasib fina takde pape...
Pernah juga terjadi dekat anak sulung akak. Tetiba hilang, turun dari troli...gelabah, pucat, nak pitam semua ada.
Alhamdulillah Fina tak apa2 kan. Be more careful, reminder utk akak juga.
ya Allah. anak kot. memang rasa nak pitam gugur jantung jgak la. huhu. semoga anak2 kita sentiasa dalam peliharaan Allah.
Allah bergenang mata juju baca kisah fina...juju memahami mcm mana mama fina rasa...dan Allah bagi 5 min rasa kehilangan abg Qi satu ketika dulu di rumah terbuka...rasa nak jerittttttt satu dewan...seriusly mujur fina dengar mama jerit...huhhh tu sebab lah kenapa mak mak jd garang...garang sbb sayang.
haha, jeleslah orang ada aak.kita ni tumpang kasih anak sedara.kalau diorang malas layan, tumpanglah anak kucing.haha
Bila anak hilang memang akan rasa cuak.sy pernah alami juga anak no.2 hilang.rasa tak jejak tanah dah masa cari dia hilang. Alhamdulillah, mujur jumpa dia.
Boleh bygkan perasaan zie masa tu. Syafi yg terselindung blkg daddy dia pu n ana dh cuak mencari. Haha. Alhamdulillah semua selamat ye.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.