Menang dipuji, kalah dikeji.. Puiiii



Tiba2 hari ni nak membebal.. Aku bebel korang dengor ye

Semalam punyalah ada ura2 kata hari ni dapat cuti peristiwa sebab Malaysia dah lebih target dapat emas dalam sukan SEA, ditambah pulak viral kalau Malaysia menang bola sepak lawan Thailand .. hari ni dapat cuti.. Mulut puaka manalah yg cakap macam tu sampaikan aku pun terkena tempias sama. Kalau aku syok sendiri dapat cuti takpe,  ni satu department percaya. Semalam buat keje macam orang gila semua benda kena settle before 5pm..sebab nilah.. Kejar benda yg tak pasti. Nak kencing pun simpan dulu.. Nasib simpan kencing kejap je kalau tidak kena batu karang aku.


Hakikatnya hari ni kerjaaaaa ya
yesss kerja, taknak cuti hari ni, takde plan nak ke mana pun.. kalau pak jib bagi cuti.. sonok je

Semalam, Malaysia kalah di tangan Thailand .. Malaysia dapat perak.. Thailand emas, Indonesia gangsa.

Malam tadi dah standby depan tv nak nengok bola. Walaupun aku bukan minat bola sangat, dah korang dok bising2 malam ni bola..'Malam ni bola'.. Kita ni pun nengokla buat syarat. Sebab nak tahu dapat cuti ke tak.. Tu je hahaa

Yang tak menahan tu. Kalau menang di puji.. Kalah di keji.. Puiiii la
Sama macam kalau anak berjaya, di puji.. bagus la.. kalau tak berjaya, ini cikgu la ni tak pandai ajar.. ehhhhhhhh sedap je kan.

Masa Thanabalan jaringkan gol masa menentang Indonesia hari tu, terus nama Thanabalan di sebut2, tanduk dia hebat la, tajam.. Tepat la.. Eii mcm2 pujian kan. Ada pulak yg nak tiru bela jambang macam dia. Ehhhh hahaa

Sape yg tengok bola semalam, memang la gol keeper make mistake sebab pergi tumbok bola tu.. Lepas tu, tumbok masuk jaring sendiri.. Should be gol keeper tangkap bola tu bukan tumbok.. Time tu pun hujan, padang licin. Alaaa gol keeper yg level tahap dunia pun ada buat mistake.

Habis game, ramai la dok update status #golkeeperbongok.. Gol keeper ni suka main tomoi ke tak suka tangkap bola..eiih ni semua status yg tak bermoral. Diorang ni tak reti bersyukur, ada sebab yg baik kenapa Allah tak bagi menang. 

Ehh kemon la.. Ni adat permainan.. Ada menang ada kalah .. Diorang footballer ni bukan training semalam hari ni boleh turun padang main kat sukan SEA.. Bukan bola sepak je, apa2 game la, Azizul Hasni Awang berapa lama dia training, dapat gak emas semalam, diorang training berbulan2.. Bertahun2 prepare utk sukan SEA ni

Jangan kita cakap ikut sedap hati je..

Menang dipuji,  kalah dikeji.. Puiiii
 nangis diorang.. ingat diorang suka2 nak kalah
Menang dipuji,  kalah dikeji.. Puiiii

Semalam jelas nampak kekecewaan di wajah team Malaysia, dato' Ong Kim Swee lagi.. senyum pun taknak, muka ketat je. Sape nak kalah, kalau ikutkan kita semua kecewa (tak dapat cuti sob sob) team Malaysia main dgn penuh bersungguh2 nak dapatkan gold middle utk rakyat Malaysia.

Ada gak tempat utk Malaysia menang walaupun dapat perak. Team Malaysia tetap juara di hati kita semua.  Tahniah Malaysia !!

Ternyata Malaysia juara keseluruhan dengan 144 gold middle. tapi gold middle untuk bola sepak bukan milik kita. yg satu ni la orang akan duk bercerita sampai bila2. ini biasa !!

Menang dipuji,  kalah dikeji.. Puiiii

#bangkitBersama #harimauMalaya


8 Komentar untuk "Menang dipuji, kalah dikeji.. Puiiii"

Betul sangat tajuk entry ini.. kalau menang kemain lagi pujian.. Bila kalah selagi tak mahu dikutuknya.. Padahal bukannya mereka sengaja kalah.. Dah tak ada rezeki kan.. Patutnya terus menyokong bukan nya mencaci.. inilah mentaliti orang malaysia..

Betul la tu.. kesian keeper tu.. saat2 macam tu, dia pon tak sangka bola nak masuk gol..

tak tengok pun bola semalam..takde perasaan betul kan...hehehehe

Tahniah buat team Malaysia. Dorang dah buat the best. InsyaAllah akan datang boleh cuba lagi.

YeaY!!! finally dapat gak cuti semalam kansss...

haha..yang sembang kutuk lebih tu sesungguhnya 'offside' pun tak tahu. apa pun, thanks Bang Jib bagi cuti 4 September.menarik ulasan Zie..inilah penyokong yang kita harapkan.

Sal.. Sebenarnya nak mention sal lg pro pasal bola sepak ni..sal punya komen level international footballer tp terlupa nak mention.. Hahaa sebab laju sgt menaip plus geram hahaa

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top