Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Nasi ayam cincai yang sangat simple | weekend dengan family

Zie Azi | 3 August 2017,09:22 |
Assalamualaikum geng!!

Lama rasanya tak citer pasal masak memasak ni. Weekend lepas ada permintaan dari Mr.suri hatiku, sape lagi kalau bukan ABAH den, dia nak makan nasi ayam, makan nasi ayam terus bawak ke lunch. Tak kuasa nak masak banyak kali, ingat nak duduk kat dapur je ke.


Breakfast pulak, makan roti canai beli kedai mamak depan tu. Memang jadi keutamaan bagi aku, anak2 makan dulu, aku tak makan takpe, janji anak2 perut kenyang. 

Bangun pagi terus masak nasi ayam, start dari masak nasi ayam, masak sup, sambal cili merah, kicap, tomato hiris. Semua aku buat sendiri, ALONE!!..terkontang kanting kat dapur. 

Adik2 tak bangun lagi, depa memang sejenis bangun tengahari, nak je ku siram dengan air, kalau tunggu depa bangun.. alamat abah tu tak makan la. Kalau dulu arwah mak ada, mak tu memang bising kalau anak2 dia bangun lambat, macam kepantangan bagi dia kalau bangun tengahari. Boleh erk bangun lambat2, sampai matahari dah meninggi baru nak bangkit, kalau aku dah pening kepala, kepala masuk air tido sampai tengahari. 

Cabaran nak menyiapkan nasi ayam ni, macam ada sepuloh anak, pagi2 memang busy nak mandikan anak, nak siapkan breakfast diorang, budak2 ni kalau mandi... berjam2 dalam bilik air, kita baru pegang pisau nak potong bawang, dahhhhh berkelahi dalam bilik air, berebut bathtub, kejap berkelahi, kejap baik, kang berpeluk2, kejap gelak besau.. penin mak kou

Nasi ayam cincai yang sangat simple
siap pon nasi ayam aku, walaupun kejap masak kejap layan anak..

Nasi ayam cincai yang sangat simple

 Marvelous tak nasi ayam hakakkkkk. Kalau ada salad dan timun lagi urhmm ni, tapi kita masak apa yg ada dalam peti sejuk.

Nasi ayam cincai yang sangat simple

Semua kekenyangan makan nasi ayam yg sangat sedap ini, yg buat berasa nasi ayam tu sambal cili merah dia, ada orang pakai sos cili cairkan...ehhh kita tak main la semudah itu.. i siap blender cili merah besar, letak bawang putih 3 ketul, letak minyak sikit, lepas tu blender.. dah blender masakkan atas dapur kejap, letak garam, letak perasa sikit...siap..memang urhhhhhmm laaa

Dah petang sikit, bawak budak2 ni pergi playground kat Tasik Titiwangsa tu, duduk rumah pun asyik berkelahi je.

palyground
 daddy's girl.. Dia malas kayuh, suruh bapak dia tolakkan.

playground
Rajin Acu dia layankan, budak2 ni memang manja dengan Acu dia.

playground
playground

Main bubble, harga sebekas RM5, kalau refill RM2.. ingat 1 bekas boleh kongsi berdua.. beli 2 bekas.. satu untuk Azeq satu untuk Fina.. tapi yg 'over' excited bukan budak2 ni.. Pak Lang dia..best la sesekali jadi kanak2 riang, dulu kecik2 tak merasa. Dah tak ramai orang, kitorang main buaian, jongkang jongket (betul eehh sebut).. bila orang beso yg main, rasa nak tercabut pun hader hahah..terus kitorang stop main..malu dek orang..


-zie-
6 Komen untuk "Nasi ayam cincai yang sangat simple | weekend dengan family"

Marvelous sgt nasi ayam tu zie. Terliur tgk.

Sedap nasi ayam tu...lama tak makan =)

waaa nampak sedap je tu nasi ayam nye.. :)

aida biasa nyer pakai sos thai ayamas tu.
hi hi malas nyer nak buat sos sendiri, zia. hadoi la.
sedangkan simple ajer kan.
nasi ayam ni mudah tapi byk bahan kecik2 nak kena prepare.
anak aida kalau aida buat nasi ayam, lagi cincai lagi cepat abis, zie :)

hahaha..ayat Zie macam ayat abang Sal je. Kejut jelah adik-adik tu. takpun janji awal-awal malam sebelum. kadang-kadang orang bujang ni biasa ikut rutin dia, tak bermakna berat tulang..huhu

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top