Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie



Hai semua.. bajet comel dengan panggilan mis Suzie ni..Tak tau kenapa hari ni semangat nak meng upload segala jenis masakan. Ada yg aku masak kat rumah mak, ada yg masak kat rumah sendiri.. tapi rajin amik gambor time masak kat rumah mak.. Ni di antara gambar2 yg berjaya di masak dan di snap. Ikut mood kadang nak keluarkan hp pun malas.

Petang sampai rumah terus sinsing lengan.. terus ke dapur nak masak pe yg patut.. Kadang2 tudung tak bukak lagi kecoh dengan anak2 nak kencing, nak berak.. tu belom masuk part lepas kencing terkejar nak pakaikan seluar.. kadang2 aku bio je tak berseluar.. nanti dengan sendirinya reti pun pakai seluar, saje mengada kan

Aku bukanlah kategori pandai memasak sangat. kalau terpilih untuk masuk pertandingan memasak.. confirm keras kejung pegang senduk sampai habis program.. sambil sengeh2 kerang busuk..bahaha Masak ni pun masakan lauk pauk harian.. lagipun aku tak reti buat kek, tak tau buat roti.. tak tau buat kuih.. tak tau buat dessert. kalau korang perasan memang jarang aku post bakery ni.. memang tak pandai nak buat hahaha

Ok terima la himpunan lauk pauk hentam Mis Suzie bahahaa

Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie
mulakan dengan salat segar ni.. macam rabbit makan salat banyak2

Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie
ni la nasi ayam yg paling sedapppppp di dunia ni hahaa (sendiri masak sendiri puji) ehhh memang sedap la.. adik aku cakap boleh bukak kedai nasi ayam.. aku cakap tak kuasa.. masak untuk makan sendiri boleh la

Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie
ikan kerisi sambal goreng belado ni kegemaran aku.. hikhik.. kalau pergi beli makanan untuk lunch memang lauk ni la aku pilih.. sampai dak2 opis dah dapat agak lauk pe aku amik.. 

Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie
sotong kari.. kat rumah mak ni kureng sikit kari2 ni.. tapi kalau dah masak.. makan je pon diorang ni.. benda pe yg tak habis kat rumah ni.. tolak batu gan kayu je

Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie
biasa kalau masak kari.. mesti tumbuk sambal gesek.. aku panggil sambal gesek.. tumbuk cili padi dengan ikan bilis, letak garam sikit.. kalau ade tomato letak tomato.. Makan dengan kari perhhhh sedap

Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie
 masak sup ketam ni dah dua hari berturut2.. apa2 berkaitan dengan ketam Amir suka.. Lagi2 yg masak air tangan binik dia.. dengan sup2 licin dia hirup.. ni yg bertambah semangat nak masak lagi ni cewahhhhh bahahaa

Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie
 sotong goreng kunyit dengan sayur kangkung belacan..

 haaaa ni paling simple dan paling sedap.. kadang2 tingin nak makan masak simple macam ni.. goreng telo mato kobau.. tabur bawang goreng dengan cili potong.. letak kicap dah siap.. makan dengan nasi panas2 memang sedap


Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie
pagi hujung minggu breakfast nasi lemak.. abah tu tau2 je memang muka ni lah penghuni tetap yg bertandang hari weekend.. dia dah sediakan bahan2 untuk masak nasi lemak.. pe lagi nasi lemak berlaukkan sambal sotong.. yellllekkk

ehh penat dah masak2 ni..sudahlah panjang nou membebel ni.. bye


-zie-
Tag : Resipi
13 Komentar untuk "Himpunan lauk pauk masakan Mis Suzie "

sumpah terliur..dah lah baca pagi-pagi,sedapynya cik kak kita masak...nak cikitt please..hhehehe

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Assalamualaikum Wmbrth

Salam hari isnin pagi dah nampak lauk pauk sedap

Paling lejen telur mata kerbau dengan bawang dan cili tu. Kalau dah ada menu tu tak pandang menu lain dah. Hehe.

Wah nasi ayam terbaik tu sampai dpt pujian boleh buka kedai. Memang sedap sungguh lah tu zie.

eda tak pernah try sotong masak kari....ok..nanti nak cuba

tak sedap pon (saje buat irda jangan terliur hahah)

kadang2 nasi telo kicap pun dah sedap kan,, makan dengan nasi panas.. perhhhh terliur

Pandailah masak tu 😍 semua nampak sedap tau. Gambar first ada salad pun dah nampak menarik.

jarang masak kari.. ni kalau terajin.. biasa masak lemak2 kuning je..

kat rumah ni.. ulam2 kureng makan.. kenkadang terbio lama dlam peti sejuk.. haha salat ni pun ada lagi dlm esbook tu haaa

Kalau macam ni laa berselera LZ tengok Zie Azi kata tak pandai masak? tak tahulah camne hasilnya dengan statement memang pandai masak.. Fuhhh ini pun dah menyelerakan.. Lapar tau bila baca entri ni.. huhuhu

banjir dah keyboard b=ni air liur meleleh..haha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top