Survey Kelas Teakwondo



Tengah survey kelas tambahan untuk Azreq. Plan nak masukkan dia kelas Taekwondo atau karate. Kelas mangaji memang dah ada dalam list. Kelas mengaji wajib. Mula-mula fikir aku je la ajar dia mengaji, dah cuba tapi banyak main dari mengaji. Kita ajar lain, kejap lagi dia bangun cakap "Azreq nak main". eh! tiba-tiba blah boleh pulak dia main lego. Padahal kat sebelah ada rotan aku sediakan. Dia pandang sipi je rotan tu, kadang-kadang hinggap jugak kat kaki dia kalau dia nakal. Nasibla, terimalah jela kehidupan ini bahawasanya mesti ada peraturan, kalau takde peraturan langgar je.

Minggu lepas, lepas balik dari kenduri qeqah anak Sarina, survey satu tempat kelas Taekwondo di Wangsa Maju. Sebab apa aku pilih kelas Taekwondo, sebab dulu aku pun ada Taekwondo tapi tak sampai Black Belt, sampai Blue Belt je. Rugi gila kan lagi sikit je nak ke Black Belt. Nak tahu Blue Belt tu tahap mana, nanti kita cerita eerk. Impian aku nak la Azreq sampai Black Belt. Itu pun kalau Azreq nak join, ikut budak juga kalau dia tak minat tak boleh paksa kan..hu hu
Aku yang berangan lebih. Itu biasa !!

Survey Kelas Teakwondo
 Opposite Petronas, berdekatan dengan Wangsa Melawati, dari Wangsa Grill Chef Zubir tu depan sikit jew.

Ada 2 sesi percuma, maksudnya kita boleh datang 2 kali untuk bagi budak biasakan dengan suasana training Taekwondo. Kebiasaan budak akan rasa malu, dia takkan follow terus apa yang senior buat. Tandas pun bersih. Kerja aku riki tempat orang je, kalau Amir tak ambil tahu benda macam tu.

ITF (International Taekwon-Do Federation)
Uniform baju teakwondo RM 80
Yuran bulanan RM 60
Sesi : Jumaat - 8.30 mlm-10.00 mlm (start tahun ni)
Sabtu : 10.30 pagi-12.00tgh
Ahad : 8.30-10.00 pagi
Grading pulak RM 60

Nanti i cerita apa beza ITF, WTF dan GTF

Survey Kelas Teakwondo
 us in free style Taekwondo, cewahh!!

Survey Kelas Teakwondo
 Bakal Black Belt..amin hahah

Survey Kelas Teakwondo
Senior tengah training

Lepas tu, hari Ahad aku try datang bawak Azreq tengok training. Kitorang lepak tepi, yang sebaya dia dalam 5-7 tahun pun ramai jugak, yang kecil-kecil ni duduk depan. Tanya kat Azreq, "azreq nak tak join kelas ini" dia angguk-angguk.

Sir Najib ada try ajak dia join, Azreq malu-malu. Sir Najib cakap budak yang sebaya Azreq yang datang nak join kelas ini permulaannya memang macam tu, ambil masa untuk sesuaikan diri. Dia pun takde cara lagi untuk tarik terus join kelas bagi budak yang sebaya macam Azreq. Sebab tu tempat ini bagi free 2 sesi percubaan.

Lepas tu balik rumah, Azreq boleh ingat step yang senior buat. Dia tengok je tadi. Aku pun ingat sikit-sikit pattern taekwondo, belajar pun tak khatam ada hati nak ajar Azreq..ha ha ha.

Kalau uolls tahu mana ada kelas Taekwondo area Keramat, Wangsa Maju dan berdekatan dengan yer meh habaq mai na !!




-zie-
....................
Tag : Azreeq, Taekwondo
2 Komentar untuk "Survey Kelas Teakwondo "

ingat bila anak da besar nanti pun nak masukkan kelas taekwando

try Rohaida,mn tahu anak minat.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top