Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Manis Nenas



Atas permintaan peminat, so dengan rasa rendah dirinya, memang diri tu rendah la mak cik. i nak kasi resepi Ikan Siakap tiga rasa. Resepi ni siap ada nenas, brokoli, baby tomato lagi. Ikut suka hati la nak taruk apa pun dalam masakan sendiri. Siapa yang minta idea nak masak apa hari tu salin tau. Alah senang sangatlah, ingat dalam otak sudah. Cukup simple janji ada ikan.

Resepi ikan siakap tiga rasa
Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Manis Nenas

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (kukus atau goreng) saya suka goreng hihii
minyak masak
air 100ml
Cili padi
Daun limau purut
Bahan perasa dan garam

Bahan cincang halus :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili merah

Bahan-bahan sos :
Cili kisar
Sos tomato
Sos cili
Sos plum-guna sos ikan
Jus limau nipis/lemon
Kicap manis

* Bahan tambahan : nenas, sayur brokoli, baby tomato

Cara memasak :
1. Kukus - lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengserkan dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak.
    Goreng - Lumur dengan garam kunyit dan goreng sehingga masak, jangan sampai hangus.

2. Sementara itu, penyediaan sos. Panaskan minyak tumis bahan cincang sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak. Satukan bahan-bahan sos (sos tomato, sos cili, sos ikan, perahan limau) disatukan di dalam mangkuk, kacau sehingga rata.

4. Setelah mendidih, masukkan daun limau purut dan bahan tambahan ikut citarasa masing-masing. Sekiranya kukus, masukkan air kukusan ikan tadi dan garam secukup rasa.

5. Masak hingga kuah pekat sedikt dan tuangkan ke atas ikan tadi.

6. Siap untuk dihidang dengan nasi putih panas, sedap sungguh.





-zie-
.........................
Tag : Resipi
0 Komentar untuk "Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Manis Nenas"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top