Daging Salai Raso Omak Den,Taman Melawati



Kalau nak makan masakan kampung orang negeri sembilan moh datang sini. Restoran masakan melayu asli Raso Omak Den kat Taman Melawati. Daging salai masak lemak, ayam kampung salai masak lemak, ikan keli salai masak lemak, sambal tempoyak daun dan macam-macam lagi. Masa kitorang sampai time tengah lunch, memang penuh la. Tapi kat tingkat atas ada lagi ruang, agak-agak bawah penuh boleh naik atas. 

Keistimewaannya di sini, depa tak masak kat restoran. Demi menjaga kualiti dan rasa, isteri owner kedai ni masak sendiri kat rumah di bantu oleh 8 orang tukang masak. Ikan bakar pun diorang bakar kat rumah, kemudian bawak ke kedai untuk panaskan. Rasa tetap sama, menyengat ikan bakar dia. Sambal tempoyak daun tak dapat rasa, dah habis. cedihh!!

Masak lomak cili padi ni ha, memang kegemaran ayah den. ayah den kan orang Nogori Somilan kek Kualo Pilah. ha! Apo laie dogheh makan! pewot pun dah lapor.

Daging Salai Raso Omak Den, Taman Melawati
Restoran masakan melayu, Raso Omak Den. Nak poie makan, heboh nak bawak bag sekolah.

Daging Salai Raso Omak Den, Taman Melawati
Daging salai sekali senduk RM5, ambil sikit ke banyak ke. Kira satu senduk jugak. Banyak jugak satu senduk tu, jenuh nak meratah bagi habis.

Daging Salai Raso Omak Den, Taman Melawati
Ikan masin memang win.

Daging Salai Raso Omak Den, Taman Melawati
Sup ayam untuk si kecik, suka Fina makan.

Daging Salai Raso Omak Den, Taman Melawati
Ikan bakar pun ada

 Daging Salai Raso Omak Den, Taman Melawati     Daging Salai Raso Omak Den, Taman Melawati
Gendang gendut tali kecapi, dah kenyang perut jom balik. Budak baju merah tu tiba-tiba nak terberak pula, nak berak kat rumah, apa lagi pecut laju balik rumah. Mengada betol lah. Nasib rumah dekat. Tak semonggah boto la perangai ekau ni jang !

Daging Salai Raso Omak Den, Taman Melawati
Harga berpatutan, makan untuk 5 orang





-zie-
.................... 
Tag : Food
4 Komentar untuk "Daging Salai Raso Omak Den,Taman Melawati "

wow memang murah sangat la.nanti boleh la try :)

try daging salai dia,hari tu nak makan sambal tempoyak daun dah abis..cepat habis yer

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top