Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC

Jepun Mari | Thursday, 25 February 2016,15:06 |
Aquria KLCC | Tiba-tiba teringat moment masa pregnant kan Fina dulu. Dengan perot memboyot boleh jalan lagi ke KLCC. Hampir due, tapi hati tu nak berjalan semakin membara. Aku fikir kalau terberanak dalam KLCC ni macam mana? Tak lama tu, selang 2 hari aku pun beranak. Kalau tidak dalam surat beranak tulis tempat lahir Fina dalam Aquaria KLCC. Bongok!!

Tiap kali Azreq nampak train "mama train! nak naik train, mama" Laki aku plan nak bawak Azreq naik LRT putra tapi tak tau nak ke mana. Fina pun ikut, tapi dalam perot..hohoho Time tu aku memboyot bawak perut dengan kaki membengkak boleh jalan lagi ke KLCC. Agak-agak tak larat nak jalan, duduk je la kang dalam stoller Azreq. Naik dari LRT Wangsa Maju ke KLCC. Plan nak jalan-jalan je dalam KLCC. Tah macam mana boleh lepas ke Aquaria pulak.

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC
 Gemok time ni, berat naik sampai 15kg.

Tengah jalan hala ke Aquaria ada promotion hp kot. Dapat free balloon, lepas tu nak entrance masuk Aquaria guard kat situ tak benarkan bawak masuk balloon. Dia suruh tinggal kat kaunter. Nasib Azreq tak mengamuk balloon dia kena ambil, sebab pujuk dia kita nak tengok fish, dengar nak tengok fish terus excited dia.

Harga Tiket

Warganegara Malaysia Dengan MyKad                
Dewasa – RM 40                                                       
Kanak-kanak – RM 30                                              
Warga Emas – RM 30                                                
 * Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

Pelancong Asing  
Dewasa – RM 53
Kanak-kanak – RM 42
Warga Emas – RM 32 
* Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

Mahal kan tiket masuk, time ni Azreq 3 tahun. So, masuk free lah. Tapi kadang-kadang ada promotion Aquaria KLCC. Rajin-rajinlah tengok wed Aquaria KLCC

Kat dalam ni jangan berangan nak pakai flash. Ada warning tak boleh guna flash dalam Aquaria ni. Reason, cahaya flash camera boleh merosakkan mata hidupan laut yang ada kat dalam ni. Mula-mula masuk jumpa ikan Piranha, feeding time ikan Piranha pukul 4pm. Laki aku macam tak percaya boleh jumpa ikan Piranha kat Aquaria ni, ikan yang pemakan daging, manusia pun dia boleh makan tau. Takut!!

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCCMengembara dunia ikan di Aquaria KLCC

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC
 Google je, cantik kan. Dalam tu penuh ikan berenang-renang. Mak buyong takde mood nak keluar camera.

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC 
Seronok tengok ikan tu lari-lari

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC
Azreq takut, penakut betol budak ni.

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC 
Macam ni lah keadaan dalam Aquaria, dalam kolam tu ada banyak jenis ikan. Ikan Nemo, dori. Nak celup tangan pun boleh, antara berani dengan tidak je. hahaha

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC 
Berani anak mat saleh ni pegang ikan tu.

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC
Underwater Tunnel, macam mengembara ke alam laut la. Tapi yang sayangnya time ni Azreq melalak menangis takut. Dah masuk half way nak patah balik, ada orang jaga terowong ni tak bagi patah balik. Dia suruh jalan sampai habis. Sepanjang jalan Azreq menangis, rasa nak jumpa penghujung terowong macam jauh je. Tak dapat menikmati alam laut dengan aman. Menyampah !! Bila tunjuk ikan pari berenang, lagi kuat dia menangis. Pe daa!!

Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC
Untuk pengetahuan uolls, ada feeding time pada pukul 12pm dan 3pm. So, please plan your schedule kalau nak tengok feeding time.

Masa ni mood tak berapa suka bergambar. Maklumlah time ni tengah memboyot rasa benci dengan camera. Orang cakap mengandung anak perempuan suka melawa, takde maknanya. Lagi malas nak keluar rumah ada la. Rasa nak duduk depan tv sambil mengunyah. Banyak buat record supaya nanti boleh repeat bagi kat Azreq tengok ikan-ikan tadi. 

Kesimpulannya, masuk sini memang mahal. Paling lama duduk dalam tu 2 jam. Tapi aku 1 jam setengah habis tawaf dah. Rasa nak dapat tiket murah beli time ada promotion. Murah la sikit. Agak-agak yang belum pernah pergi sini, boleh la datang sini. Bagi happy kat budak-budak je. Mak budak jalan sikit dah cari bangku nak duduk.









-zie-
.............................
6 Komen untuk "Mengembara dunia ikan di Aquaria KLCC"

PC pun tak pernak ke aquaria lagi...ke KLCC tapi tak menyinggah...in sya Allah..

Memang seronok masuk aquaria ni kan...ish lawa2 yer semua gambar...pernah pi dulu lama dah...teringin nak pi lagi bila baca entry menarik ni...best

Lama dah pergi 10 tahun lepas kot

boleh try ke sini,bwk budak2 mestti suka tengok ikan2

zie pergi pun dah lama baru ada mood nak update hahaha
masa gi tu tiket rm38 je, sekrang tak tau brp.lg mhal kot..

zie pergi pun dah lama,baru ada ms nk update
hahhaa

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top