Hari tu cerita survey kelas Taekwondo untuk Azreq, nampak Azreq macam minat. Tapi, tengok dulu macam mana, aku kena susun jadual untuk menghantar dan mengambil, sebab weekend kadang-kadang Amir kerja.
Split- ada bran
Kisah aku pulak masa taekwondo dulu. Sekarang kalau suruh buat split, memang tak la. Lemak dah berkilo-kilo gantang, berlapis-lapis bela. 15 tahun dulu jangan kata split, kiri, kanan semua sapu. Sekarang banana Split boleh ler.
Kisah aku pulak masa taekwondo dulu. Sekarang kalau suruh buat split, memang tak la. Lemak dah berkilo-kilo gantang, berlapis-lapis bela. 15 tahun dulu jangan kata split, kiri, kanan semua sapu. Sekarang banana Split boleh ler.
Aku dulu bawah WTF, masa sekolah balajar sampai Blue Belt je. Tengok level kat bawah tahap mana Blue Belt tu. *libas kain sikett. Reason stop, i don't know why lah. Maybe sebab kos, adik-beradik kat bawah ada 4 lagi. Bagi peluang kat depa, lap air mata sikit.
Rugi tak sambung kan, lagi 3 step nak ke Black Belt, tapi takpe ada hikmahnya kenapa aku tak sampai Black Belt. Kang ada Black Belt jadi ego, berlagak ke, lupa diri ke, lupa daratan ke tu yang Allah tak bagi aku sampai Black Belt..ha ha ha
Level grading Taekwondo
Setiap warna tali pinggan ada maksud tau :
PUTIH (kesucian)
Seseorang yang baru lahir dan baru mengenal Taekwondo atau sebagai dasar dan permulaan.Kalau baru masuk memang dapat white belt la dulu.
KUNING (bumi dan tanah)
Seseorang yang sudah mulai diberikan berbagai ilmu-ilmu dasar Taekwondo.
HIJAU (dedaun yang tumbuh)
Seseorang kemampuannya mulai berkembang dan tumbuh
BIRU (langit)
Ilmu yang benar-benar diberikan harus dikuasi sehingga dapat mengembangkan kembali ilmu-ilmu yang sedia ada
MERAH (matahari)
Kemampuan dalam menguasai segala bentuk ilmu maka harus boleh memberikan manfaat untuk orang lain, dan harus mampu menguasai diri atas segala emosi yang kemungkinan terjadi.
HITAM (kedewasaan)
Seseorang yang pada tingkat ini sudah mampu untuk mengawal diri, bertanggungjawab, integriti, loyalti dan mampu menguasai keadaan lingkugan.
Lepas tu jangan ingat dapat Black Belt stop sampai situ aje, ada lagi 9 level bagi ITF dan 10 level bagi WTF. Jika seseorang Black Belt mencapai level 4 dah layak membuka kelas atau akademi Taekwondo sendiri.
Beza WTF, ITF dan GTF
* World taekwondo Federation (WTF)
* International Taekwondo Fedaration (ITF)
* Global Taekwondo Fedaration (GTF)
* World taekwondo Federation (WTF)
* International Taekwondo Fedaration (ITF)
* Global Taekwondo Fedaration (GTF)
Beza ITF, WTF dan GTF adalah mata pelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana dia telah di iktirafkan oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu sukan Olimpik di Sydney, Australia. ITF dan GTF pula mementingkan aspek kesenian.
"Kira WTF ni yang paling ganas dan hebat la kan, yang lain lebihkan aspek kesenian Taekwondo itu sendiri. Tak pentingkan sparring atau berlawan"
-zie-
.............................
Tag :
Taekwondo
2 Komentar untuk "Belajar dan level Taekwondo "
thank you for the sharinggg i had fun baca !
umur saya dah 24taun ke atas boleh ke kalau saya nak belajar taekwondo ni
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.