Pirate Coffee Memang Terbaik,Jalan Semarak



Ha sape suruh up nama kitorang kat FB kan dah terjebak. Tengahari kitorang paksa jugak abg Azzam pi runner kejap ke Pirate Coffee. Area medan selera jalan semarak dekat utm. Cuaca tengah panas ni  memang sejuk tekak minum Pirate Coffee ni. Portion besar, kembung perut nak mengabihkan.

Pirate Coffee,Jalan Semarak
 Cappucino, Butterscoth dan Green Tea RM5/pcs, portion besar lak tu

Aku punya Cappucino, Sarina order Butterscoth, Nana Nurgaya punya Green Tea, dia punya special sebab ada orang payung..heh tak aci. Memang favorite aku Cappucino, memang win la sedap. Butterscoth pulak popular ramai orang order Butterscoth.

Tapi bagi aku flavor Green Tea bukan taste aku. ya ampun tolong! Kembang kuncup tekak minum Green Tea. Itu pendapat aku, mana tahu ada orang  flavor favorite dia Green Tea. Tekak lain-lain, should try. Nana nurgaya mendajal semua orang kat office ni suruh rasa, dalam ramai-ramai ni ada sorang je yang suka.

Pirate Coffee,Jalan Semarak 
Menu Pirate Coffee, ada banyak flavor.

Pirate Coffee,Jalan Semarak
Pirate Coffee kat medan selera, Jalan Semarak dekat dengan utm. Moh kita serbu reramai.

Pirate Coffee,Jalan Semarak
Owner yang hok baju kuning, baju merah tu tukang promote. Tapi rasa memang terbaik, insyallah boleh repeat lagi.

Contact person :
FB : Che Hafiz Bean 



Tag : Food
8 Komentar untuk "Pirate Coffee Memang Terbaik,Jalan Semarak"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top