Cuti panjang macam ni CNY ni, memang plan balik kampung. Ini kampung hubby, kampung kita kat Gombak je. Tiap-tiap minggu balik, nak balik bila-bila masa pun boleh. Tapi kampung hubby mesti balik paling kurang sebulan sekali, banyak kali lagi bagus kan. Mak bapak kita ni bukan nak sangat duit anak tapi nak kan anak ni balik jumpa mereka, ada anak depan mata itu pun dah cukup puas.
My husband's hometown
Hot Spring Sg. Kelah, Sungkai tu dekat sangat kalau nak gi. Kampung sebelah je, Amir cakap masa kecil dulu sebelum Hot Spring jadi komersial macam sekarang, dia selalu pergi main kat situ, bukan setakat celup-celup kaki, siap mandi lagi. Masa tu, tak kena bayar pun. Ada kolam air panas yang boleh celup kaki, ada kolam yang boiling eggs, try la pergi. Mesti seronok relax badan mandi air panas semulajadi.
Tengok tag line "DI SINI LAHIRNYA JUARA" ada kayu hoki kat atas tu. Ramai pemain-pemain hebat yang berasal dari Felda Trolak Utara antaranya, Tajol Rosli Muhammad, Amir Farid Ahmad Fuzi, Roslan Jamaluddin, Mohd Izat Hakimi Jamaluddin, Mohamad Sukri Mutalib dan Muhammad Haziq Samsul itu je nak cerita..hihii
Main ayam atok, kembang kuncup ayam tu marah, Fina berkepit dengan apak dia, takut katanya.
Bila jumpa sepupu sepapat inilah jadinya.
Tah jumpa mana cicak, pi tanam cicak pulak..eeeerk
Bila balik kampung, kami biar je depa nak main apa tapi still under control lah. Sebab time balik kampung je lah depa berpeluang nak main macam ni. Main tanah, pasir, kejar ayam, bia anak-anak ni merasa cara di kampung, i dulu pun asal kampung merasa la rempit sana sini. Budak-budak ni bila jumpa geng memang tak duduk dalam rumah, ada saje projeknya. Dah main kotor-kotor kang mandi lah, apa susah.
Petang-petang kang apak dia bawak pi ronda kampung, kadang-kadang gi jenguk kawan Azreq, lembu and kambing atok. Aku pulak kalau duduk kampung, asyik makan je. Kalau duduk lama mau 10kg naik, pengsan weh!!
-zie-
........................
6 Komentar untuk "Hooo hoo Balik Kampung"
syoknya balik kampung kan
bestnye...akak kalau nak rase suasana kampong camni kene balik bagan serai perak le gamaknye...kalau setakat balik pontian sana nun serupo gak cam bandar...tu pon nasib baik tanah sebelah rumah MIL tak jadi buat pasaraya kalau tak lagi jahanam langsung takde ketenangan...
hehehe...biarkan diorang melasak.bila lagi, kan..
best sgt..hihii
nasiblah budak2 ni ada kmpung,kenal jugak ayam itik angsa,duduk bandar jumpa yang dah mati.kampung sy srupa bandar jugak
memang bia kan depa ni melasak,balik kl hitam melengut budak2 ni hahaha
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.