Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai



Assalamualaikum uolls!

Cuti CNY hari tu family aku mengekor ikut balik rumah mertua kat Sungkai. diorang nak mandi kat Hot Spring Sg. Klah plus nak mencekik durian. huntung laaar ada dusun doyan tiap-tiap musim dapat makan doyan. diorang aku sewakan homestay kat pekan Sungkai. Sekarang Sungkai dah maju, dah ada KFC, speed99. Kat Slim River pun best. ada econsave, DIY, kedai eco, secret recipe, watson. kalau balik kampung aku suka pegi pekan dia. Barang murah2. kuih karipap besar tapak tangan baru 50 sen. kat depan Petronas tu ada jual petai gemok-gemok, jengkol (jering), kalau ada rezeki boleh beli kulat sisir. hari tu bukan musim dia so tak dapat belikan untuk babang Azam. (yg sorang tu hantu kulat sisir, pantang aku balik kampung dan-dan msg masuk 'macam biasa' katanya) tahu dah nak kulat sisir. 

Hot Spring Sg. Klah


Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

banyak improve dah kat sini. ada toilet baru and tempat pun besar. tak crowd in one place. kolam dia bersepah. kolam besar ada slide. banyak kali jugak main slide. kolam air panas untuk rendam kaki pun banyak. nak putih gebu try rendam kat tempat rebus telo. compom putih + pakej salin kulit.


Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

tiket masuk :

Dewasa (12-59 tahun) RM 15
Kanak-kanak (4-11 tahun) RM12
Warga Emas (60 tahun) RM 8

abah dapat la tiket warga emas.
tempat duduk kat sini tak berapa banyak. aku bawak tikar saje nak picnic bawah pokok tapi tikarnya tekecik pulak tu. duduk 3 punggung dah sendat. tak memasal Nuar beli tikar baru. hahaha. 

food luar tak boleh bawak masuk. ada checker bag kat entrance (kalau nak bawak food jugak pandai2 la nak hidup). kat dalam tu ada cafe masakan panas & berlauk. hari tu order nasi goreng kampung RM5 (ada telo mata) sedap giler. sedap sebab laparrrrrrrrr kot naaa wa ka ka kaaaa

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
budak bertiga ni banyak mandi kat pool kids. kat sini redup. air pun sejuk. mandi sampai kecut tangan, kaki, tote.

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
 banyak kali masuk Hot Spring ni first time aku merebus telo. 
1 mangkuk RM5 (5 biji telo) pakej kicap. aku beli 2 bekas. separuh aku buat telo rebus, separuh aku masak half cook eggs. rendam telo 2-3 minit enough. that area ada kawah natural untuk merebus telo. air mendidih macam masak atas dapur. kalau tercelup tangan boleh burn. Amir cakap kat bawah tu ada laluan gunung berapi tapi tak aktif la. tempat ni natural hot water bukan buatan manusia.

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
aku suka telo kuning tu keras sikit. ni tercair sangat la pulak. makan rupa hirup sup. Shuib cakap tempat rebus telo ni sebelah tempat rendam kaki. hasil rebusan tadi jadi 'telo cagu kaki' kawangggg ajaqqqqqq. bengkek je jiwa aku dengar sebab aku, wani, amir, abah semua dah bedal telo cagu ni bahahahaha

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
 sila duk dendiam telo cagu dalam perut bahahahahahahha

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
 putih dah rambut abah. semoga abah sihat-sihat aja. baju kuning tu memang suka amik gambo pejam mata. dah bukak besar pun mata tetap mengecil. 
abah with si sulung, si bongsu, si tengah.. lagi dua orang ntah mana menghilang.

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
 :: family pak din clan at Hot Spring Sg.Klah.

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

dari pool ke entrance ada train pickup.
memasing muka toya seharian berendam. sikit lagi nak membuta.

untuk makan malam
plan nak buat steamboat. lama tak buat steamboat. last buat steamboat masa kat Cameron Highland. kalau pegi family yg ramai macam ni, jenis taknak makan luar. nak save bajet simple menu. buat tomyam (bahan pun tak renyah. semua main lebur)  dah malam nak keluar dah malas. siang tadi penat berendam fikir nak membuta je ni. masak2 kat homestay pun ok. buat steamboat.

barang2 frozen letak dalam icebox. 
sampai homestay transfer letak dalam peti sejuk.
kuah tomyam buat pakai pes je.. kalau nak sedap lagi buat oden (pes tomyam+pes asam pedas). 
tapi bapak i tak makan oden. kita buat kuah tomyam biasa.

malam tu mak mertua datang bawak lauk & durian.
kenyang terbuntang bersambung-sambung makan dari meja steamboat ke meja durian.
pastu memasing cop nak tido luar (living hall) kepanasan makan durian tak hingat 

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
yg baju biru tu pengantin baru. rajin mengalahkan anak dara. kejap2 buat air. sepanjang 2 hari stay kat homestay amik tender buat air. kadang sajer puji 'shuib buat air sedapppppppp gilerr' sepantas kilat air kopi, air sirap atas meja wawawaahahah

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
:: mertua vs menantu. bukan lawan makan durian. tuuuuu kain tu jaga sikit. kang ada 'durian' lain yg nampak 

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai
:: perrrgghhh kucing golek.. tak boleh tahannnnn. buat tido malam membahang.

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

hari ahad before balik KL. abah singgah rumah besan.
aku pun membizi masak untuk makan tengahari. sekali masuk-masuk rumah dah bau semerbak. bukak tudung periuk mak mertua dah siap masak sup tulang.. pakej dengan sambal belacan. perrrgggghhhh sedap nak matik. aku tinggal goreng sayur & goreng ikan je la yeeee.. 

tak lama tu adik bisik 'psssstt durian mana? bau dah ada'
aku kata adddaaaaalaaaaaa opah sorok tempat rahsia. 
diorang tercari-cari mana lubuk durian ni.
aku pun tunjuk tempat rahsia 
nahhhhhhhh.. tu diaaaaaaa
terkejut depa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

nennndiaaa hahhhh hambiekkkk satu peti mak simpan durian untuk diorang ni.
malam tadi dah bedal sebakul. tengahari belasah lagi.. 
mak cakap kalau nak simpan durian bagi tahan lama simpan dalam peti ais. elok sejuk tekak menelan. adek cakap gile la long. tak pernah jumpa orang simpan durian dalam peti ais dengan kulit-kulit sekali.
aku balas orang kaya memang macam ni. peti ais 2, bilik air 4, blender 3 (rosak, beli baru). mesin basuh 2 (auto & manual) rice cooker je takde. mak tak reti guna rice cooker yg tekan-tekan tu. sampai hari ni tanak nasi atas dapur. masalahnya sekarang aku yg tak reti tanak nasi atas dapur. dah masuk tahun 2020 aku tak pernah masak nasi kat rumah mertua. setakat ni berjaya mengelak, tak tahu akan datang. kalau terpaksa aku suruh je amir masak hikk hikkkkk
  


-gee-
6 Komentar untuk "Mandi di Hot Spring Sg. Klah, Sungkai"

Bestnya family zie & mentua ngam macam ni. One big happy family tahniah!

Akak pun first time ni tengok org simpan doyan dlm peti ais gitu. Memang win!

best sangat riadah dengan keluarga ramai2. part durian dalam peti ais tu mak saya simpan beku yg biji siap perisi ja. hehe

bestnya trip CNY akak ni. hahaha! dari hotspring sampai makan durian yg dalam peti. syiok habis!

pengantin baru memang akan tunjuk rajin kak, biasa dah tu...yg penting kena steady rajin, jgn lama2 jadi malas lak..haha!

legend la durian dalam peti tu...banyak lak tu...best gila balik kampung..

pssttt! nak belajar tanak nasi atas dapur dengan saya tak? hhihihi...

kak ina: tu la saya pun terkejut tau.. sekali mak tunjuk hahhhhh tergelak sy tengok hahahah

umi: biasa simpan yg dah bukak masuk dalm bekas simpan dalm peti ais.. ni kulit2 sekali. memag rare sgt

IQ ; eh ehhhh mcm sinonim je dgn 'pengantin baru' je hahahahah

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top