Borong Tudung untuk bridesmaid



Borong Tudung untuk bridesmaid

Weekend yg lepas I membizi cari kain nak buat baju untuk wedding adik. Borong tudung sedondon untuk sepupu2 untuk jadi bridesmaid. Adik aku nak sepupu-sepupu yg jadi bridesmaid. functional pe la bridesmaid ni, kalau weeding buat dalam garden/atas gunung/ada bunyi air terjun best jugak nak ber maidsss-maidss. kenduri buat bawah khemah, tak sempat nak ber 'bridesmaid' terus jadi 'mad'  kah kahhh kahh

think positif, doa banyak2 mintak time tu cuaca redup, angin sejuk macam kat gunung, mood pun ok. hope everything going smooth. 

Borong Tudung untuk bridesmaid

Misi mencari tudung murah

Kalau uolls perasan kat building sebelah Semua House Jalan Tar ada satu mall. Tak ingat building apa, kat dalam tu banyak gilerr tudung borong yg jual berkodi2. nak pakai untuk kenduri kahwin memang sesuai sangat la. harga berbeza ikut jenis.. bawal chiffon, shawl, batu dengan tak berbatu. untuk remaja diorang prefer pakai bawal. dapat la bawal berbatu rm4.50 satu. shawl pun sama rm4.50. kain pun ok, tak jarang, senang bentuk.. min kena beli 10 ke atas baru dapat harga borong. kitorang beli lebih dari 20 helai, jimat dah kat situ. tudung mak-mak biar deme cari sendiri, kadang deme ni nak blig-blig, nak tampal batu permata lahhhh. part itu nenek-nenek vogue yg urus. janji tak over dari pegantin sudahhhhhh

So, berhangkut la mak hayam membawak anak-anak hayam masuk celah2 Jalan Tar. first time bawak Azeq & Fina pegi Jalan Tar, tangan memang tak lepas.

pegi hari weekend memang hazab ramai orang. lepas tu diorang macam excited tengok orang ramai, ada jual2 tepi jalan, belon2, toys, ada band nyanyi-nyanyi.

aku memang tak pernah bawak diorang ke tempat2 macam ni sampai lah umur diorang 5 tahun. Pelik & geram jugak ada parent yg berhusung baby kecik dalam stoller. saje tolak-tolak stoller nak jalan dulu. buat bersabar boleh!! biar anak tu besar sikit, kuat antibodi. for me this place tak sesuai nak berhangkut baby.

lepas tu nampak orang kerumun nak selfie, ustaz Azhar Idrus (UAI) elok lalu sebelah aku. adik lagi sengal, dia ingat UAI yg nyanyi lagu hindustan. dah kenapeeeeeee UAI nak nyanyi kat Jalan Tar ni. sengal sangat kah kahh

yg nyanyi lagu hindustan tu band buta. sedap suara dia. 
aku kalau nampak band macam ni aku suruh budak2 ni sedekah. kita dah dengar, biar anak2 ni nampak apa yg kita buat sedekah ni boleh kat mana2.. 

Sekarang pasar kat Jalan Tar dah open balik, memang happening laaaa tapi hazabbbb ramai orang. Kalau kedai kain yg kerek2 ni aku tiau je, ada hari tu Azeq letak tangan kat kain2 dia, pastu pegang. WHAT do u aspect budak 8 tahun nak buat pe dengan kain dia just 'sentuh.' datang pekerja dia, macam tolak bahu Azeq 'jangan sandar dik' anak aku depan mataaaaaa, nampak sebijik2 apa yg anak aku buat. ehhh melampauuuuu, dah lama geram dengan pekerja yg kerek macam ni. aku terus cakap 'ehh. nak pegang pun tak boleh. dahhhhhh jooooom keluar tak payah lahhh beli kat sini' adik aku terpinga2.. blur! 'kenapa long, nape?'.. belagak sangat kannn, kou tu pekerja je kott, belom check ada permit ke takde? please jangan nak ex sangat. ada kedai yg ex kitorang terus cantas... banyak pilihan kedai lain kat Jalan Tar ni. padan la muker sape sruh layan customers macam 'tak  berduwettt'


tengah fikir nak cekak mana dulu? leher ke kepala?

Tag : Lifestyle
4 Komentar untuk "Borong Tudung untuk bridesmaid "

Nostalgia nya jalan TAR :) Zaman muda remaja dulu kalau hujung minggu tak ke sini, SOGO, PC menang tak sah. Naik bas mini, bas metro bersempit macam sardin pun sanggup haha...

All the best utk wedding adik!

cantik gambar pengantin dgn bridemaids...suka kalau kenduri ada bridemaids pakai sedondon mcmni..

akk borong tudung utk pgrm hari raya baru2 ni kt kedai kecik kt lorong pasar malam jln tar, mmg hazab bwk plastik hitam tudung 30 lai..lepas tu singgah kedai bunga reben beli bunga rosette..sib baik ada air-cond..huhu..

Zie... Check your email 🤗

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top