Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama

Jepun Mari | 6 December 2018,12:25 |
hai korang !!

hari tu kan sebelum gerak ke Dash Box Cyberjaya yendeng2 gan laki nak makan ikan bakar kat Jalan Bellamy belakang Istana lama tu. mood dia puan ok, dia layankan je tekak bini dia nak makan ikan bakar. pernah makan kat sini dulu tapi tak ingat. time tu pun single sekarang berduwe hahaha. tempat ni tak susah cari sebab pakcik waze ada. bab cari jalan serahkan kat laki aku. bab cari makan serah kat bini dia. kalau masuk amazing race compom boleh menanglah TAPI jangan bagi aku masuk laut, awal2 bismillah dah angkat bendera putih sebab tak reti berenang hahaaa.

Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama

ok. sampai sana time kemuncak lunch around 12 tengahari. 
boleh tahan ramai orang kat sini, siap ada band klasik nyanyi lagu saloma, p.ramlee.. memang layan la makcik tu nyanyi. elok merdu je suara makcik tu. ntah2 yg menyanyi tu artis. bukan aku kenal pun (makcik aku panggil hahaha)

menterik pun boleh tahan. 
faham2 je lah cuaca kat Malaysia ni cemana kannnnn. lagi2 makan di bawah beratap kan zink. ko ghase! belecak-lecak keti nih menitik peluh. hahaha nak sejukkan hati aku order bali ice.. dengan harapan kurang siket bahang panas dia. 

Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama

ikan kat sini bapak besar-besar termasuk sotong ni.
bila di longgokan macam ni tak lalu pun hader hahahaha

aku makan kat gerai yg belah hujung. ada yg cakap gerai no.3 sedap.
tak sure tahap kesedapan dia cemana.
sederet tu semua kedai ikan bakar. konsep kat sini layan diri. korang pilih ikan pastu amik nasi, terpulang nak letak sayur atau tidak pastu duduk. nanti akan ada orang datang tukang kira.

Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama

sajer amik gambar ni sebab cantik colorfull. kat sini ada 2 pencicah. kicap dan sambal belacan. dua2 pun sedap. lagi2 kalu perah limau kat kicap tu perrrgghhhhh lagi aumm!

Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama
 aku pilih nak makan ikan pari bakar. boleh diketogorikan sedap! pencicah kicap tu sedap pastu gigit sikit cili potong tu. memang liciennnn aku ratah ikan pari ni. hajat hati mula2 nak makan ikan terubuk, pastu cemana ntah nafsu beralih arah ke pari. 

elok jugak aku tak makan terubuk. kang dalam pada aku nak asing2 tulang ada jugak aku terbalikkan meja, jenis yg tak sabar dengan nak layan panas berdenting lagi.

Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama
 amik sotong bakar untuk Fina. aku suapkan dia makan dengan nasi berselera dia makan. pastu beberapa kali suap dia dah kenyang. yg balen2 tu kami laki bini yg tibai.

Azeq tak layan nasi-nasi ni semua. eksen pulak dia mengada ko ehh. dia paling kurang nak nasi ayam. kalau tak pun nasi putih dengan telur dadar. kat sini semua jenis nasi putih pastu bakar-bakar.

Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama

total semua sekali RM49 termasuk air. yeayyyy or nay?

overall, ok lah. kat sini sederet semua kedai ikan bakar tak sure yg mana satu sedap. 
kitorang main belasah masuk je kedai yg tak panas sangat. 
bagi aku biasa-biasa je. nak kata sedap tak la sedap sangat (maybe aku pernah rasa ikan bakar yg lagi sedap dari ni kot). air pun tawaq habiaaaqq.. 
mana yg nak try boleh la layan.
senang citer lepas makan boleh solat depan medan tu. ada surau lama depan medan ikan bakar ni.

tu cerita di kejadian lepas.
yg sekarang punya, apa cittttaaaaaaa!
perut dah bekeroncong ni geng! kwang ajaq sungguh lapar perot ni
order McDonald (delivery) dari tadi tak sampai-sampai lagi nim.
lama-lama boleh naik sawan 
jangan sampai kitorang jalan kaki je ke mcd Jalan Pahang tu mogok nak ayam mcD.. hahahaha


Ikan bakar Jalan Bellamy 
Jalan Istana Bukit Petaling 
50460 Kuala Lumpur
KL


-gee- 
8 Komen untuk "Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama"

Haaa kena cuba kedai no 3 tu..itu yang paling sedap..SA kalau pi makan sini memang berpeluh semua celah2 la....paneh...sotong tu menggamit kalbu la...

Akak pun tergoda dgn sotong tu.

lama tk singgah sini..kedai no 3 yg sedap..pernh mkn yg no 1 tk sedap sbb ms tu kedai no 3 full house

Tak pernah makan dekat sini lagi. One day kena try jugaaaaa.

Nyesal singgah time lapar hahhaa.. sedap Tu mama penah sampai sini

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top