Staycation Dash Box Cyberjaya



Assalamualaikum, sape di dalam saya diluar? HAHAHA

ok. Dulu masa stay dekat Cyberview Resort & Spa pernah  terlajak sampai ke Cyberjaya. aku ada aim satu hotel ni. Dash Box Hotel kat Cyberjaya. cuti sekolah ni tak bawak  diorang jalan2 mana, so staycation kat Dash Box Cyberjaya pun bolehhhhhh la. nak bawak jalan2 ke oversea passport tak renew lagi (ntah bila aku buat passport tahhhhh) hahhahaha

Aku suka konsep Dash Box ni, bilik-bilik dia unik & guna bahan2 industri macam batang paip, mentol, dan bahan terpakai macam penutup tong sampah diperbuat dari tayar.

Hari yg aku stay tu almost hotel fully booked. hotel ni memang hot spot sentiasa penuh. kalau korang nak stay kat sini better check slot.

Staycation Dash Box Cyberjaya

kat sini ada 3 jenis bilik. 
Before buat booking better buat research sikit, kang tersalah booking bilik boleh spoil mood hanymun! 

1. Kontena - bilik tak besar sesuai yg single @ small family. terpulang kat sini ada katil twin bed & double darker. boleh request suka yg mana.
2. Studio room - yg ni bilik yg bentuk 3 segi tapi belah bawah. Boleh pilih nak pool view @ garden view. bilik pun tak besar just nice max 4 orang.
3. Deluxe - bilik yg paling besar Deluxe sebab katil dia super king. Deluxe room ni kat belah atas ada balcony dan privacy sikit. sesuai la untuk family yg badan besar max 4 person.

konsep bilik di Dash Box comel lote belaka. senang citer, sempit. means tak spacious, jangan ingat book 1 bilik boleh sumbat 4-6 orang. sesakkkk der!! di Dash Box tak ya. bilik dia memang di design kan supaya tak muat sila book satu bilik lagi hahaha (gittew marketing dia! hahaha)

booking
ikut suka korang la book pakai web mana. haritu aku booking pakai agoda.com harga dalam RM180 lebih. prize berbeza ikut bilik. (kontena, studio, deluxe) standby RM100 untuk deposit.

Staycation Dash Box Cyberjaya
patung hijo atas table tu bukan aku bawak ya, itu memang maskot Dash Box. Aku rasa setiap bilik memang ada patung hijo ni. Bilik ni just nice untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak fit in room. aku rasa kalau sumbat ramai2 boleh cramp bilik ni overload. berlaga-laga vontot gan tetep mana nak lepas dulu. 

Staycation Dash Box Cyberjaya
bagi can la si baju hijo sekeping.

Staycation Dash Box Cyberjaya
tandas pulak. ruang tandas yg simple dan kemas. Ada shower, toilet ada hose, sinki pun simple, ada towel. berus gigi sila bawak sendiri, tak provided. Korang nampak penutup tong sampah yg kat toilet tu. Penutup sampah tu yg aku cakap diperbuat dari tayar. masa mula2 aku angkat penutup tu dah macam topi orang vietnam pegi ke sawah, guna buat penutup kuali pun boleh takde hal laaaa hahahaha.

Staycation Dash Box Cyberjaya

aku duduk kat studio garden view. aku nengok bilik yg depan pool berkecah orang lalu lalang kat situ. ada tu sambil lalu, automatik ter mengintai sekali (aku lettew) hahaha ok je pun bilik studio. ada advantage dia. parking kereta depan pintu. Bukak pintu dah nampak kereta.

Ada malam tu Fina nak susu. cari2 botol dia tak jumpa. husb cakap tertinggal dalam bonet kereta kot. kereta depan bilik takde hal lah pegi banyak kali (walaupun malam-malam). kalau parking jauh mampuihhh tak pegi. hahaha.

nak pegi pool pun senang bukak sliding door dah boleh terjun kolam.

Staycation Dash Box Cyberjaya
 bilik aku tertutup dengan pokok ni, privacy sikit la.

Staycation Dash Box Cyberjaya

Staycation Dash Box Cyberjaya
ni jenis bilik kontena. 

Staycation Dash Box Cyberjaya

pool kat sini ada 2, satu kids, satu adult.
pool adult tak besar mana sebab pool dia jenis yg mencuram dari cetek ke dalam. so beware la yg mana tahu tahap kekatikkan diri silalah pakai pelampong. kang tiba2 tak sedar air dah paras mulut. yg bestnya setiap pool ada slide. bendalah ni yg aku dok main ulang2 naik sampai sakit bontot. 3-4 kali naik aku dah surrender, slide kids kan rendah bontot pulak semakin menipis sakit vontot kena lantai.. hahhaa. 

kebetulan sampai sana husb demam. ubat memang sentiasa standby je dalam bag tu. cuma yg tak bestnya takde tunggangan yg boleh bawak aku ke tengah. kalau husb ada memang selalu aku jongket atas bahu dia. ni bahu sape yg aku nak jongket ni. ehh hahaha.

Staycation Dash Box Cyberjaya
 budak baju pink tu tak penat turun naik tangga naik slide

Staycation Dash Box Cyberjaya
spiderman si baju biru.

Staycation Dash Box Cyberjaya

Staycation Dash Box Cyberjaya
 kat sini memang ada patung hitam merata, ada je dia monitor klong kawasan. yg duduk atas bumbung pun hado.

Staycation Dash Box Cyberjaya
puas aku menjongket main slide, duduk area atas ni monitor diorang main pool (padahal vontot dah sakit) hahaha Kat atas ni ada area tempat lepak untuk duduk-duduk baca buku konon   

Staycation Dash Box Cyberjaya

time nak keluar dinner, budak demok bumblebees aku ni dedar badan dia. tak syiok la kalau bercuti anak tak sihat. dengan husb pun kapala tingtong. kita pun tak enjoy sangat. silap-silap kita yg sihat ni pun boleh demam sama.

Staycation Dash Box Cyberjaya

Staycation Dash Box Cyberjaya

hari tu search area tempat makan yg best. ada yg suggest makan kat Ayer8. Memang happening kat sini bersepah-sepah kedai makan yg best. ada Teh Tarik Place, Shellout, restaurant Thai, kedai arab, Chinese Muslim, Steamboat. Hari tu nak makan Steakhouse, sekali tutup daaaah setahun lebih. kwang ajaq pakcik google ni mainkan perasaan betul lah. Kitorang pilih makan kat Shellout sebab kat situ ada chicken chop. budak2 nak makan chicken chop.

lepas makan boleh main buih kat bawah tu. happening la malam2 kat sini. macam nite life Putrajaya selalu nite life Dataran Merdeka je kan, ni kat Putrajaya pun ada. taknak bercuti jauh-jauh meh datang putrajaya. dekat pun dekat.

Complete, balik hotel kang terus membuta.

Staycation Dash Box Cyberjaya

Good Morning Dash Box!

Fina sibuk tunjuk2 ada orang kat atas bumbung. Nanti aku tunjuk sape orang tu.

nak cerita pasal breakfast. Breakfast kat Dash Box takde buffet. korang boleh pilih nak makan apa saja dalam menu. jenis yg kita order dia masak panas2. makan la puas-puas. time peek season kemahen dia up harga sampai RM40/head, RM20/kids. bapak mahal! hahaha normal prize half je. memang tak la breakfast kat situ. laki aku tapau roti canai tapi kena keluar jauh sikit la. tak jauh mana pun. depan tu ada burger king. 

tengahari kang cari makan kat kl.


main la korang puas-puas yeeeeeeeee.. 

Staycation Dash Box Cyberjaya
orang-orang ni lah Fina dok tunjuk2 tadi. merata2 dia ada. kebanyakkan dia duduk bilik yg jenis kontena. 

Staycation Dash Box Cyberjaya
memang kwang ajor diaaaaaaa ni, tak ke mencicit lari kalau nampak dia ni memanjat malam-malam. dah la serba serbi hitam. 

Staycation Dash Box Cyberjaya

tamat sudah staycation kat Dash Box ni. disudahi dengan balik tu aku demam. dengan hp pulak buat hal. terbang 130 hingget hantar repair. aku cakap kat husb suruh buat gaya macam gambar orang kat tangga tu, tak payah mengada katanya.. hahahaha. short vacay was fun! walaupun ruang tak besar mana tapi anak-anak enjoy. next boleh repeat!


Dash Box Cyberjaya
Cyberjaya

-gee-
Tag : Hotel Review
9 Komentar untuk "Staycation Dash Box Cyberjaya"

makan kat umai cafe pun chill zie.. opposite dgn ayer8.. malay food byk.. chicken chop dia pun sedap. ada cucuq udang cicah kuah kacang mabeles! kat parking dia ada food truck. boleh la buat layan kopi2.. next time eh?? hehehe. btw, hakak kalau dlm pool terbalik. laki gua yg manjat gua. takleh harap btoi dia tu! hahahahha.

oh ada eh..cucuq udang memalam pun hado.. next trip kita try. jom le reramai berkubang kat sini komeeeee! hahaha. gile aje pak jenal menjongket, nasib xde aksi angkat mengangkat hahahaa

ms awal2 pembukaan dlu pernh stay sini...mmg syok...view cantik ...tp ms tu bilik byk full...nasibaik la kami 3 beranak muat la bilik kontena kecik tu...

zie : hahahaha vongokkkkkk tawww bab angkat-mengangkat tu exclusive tuk pasangan dua secoli tu je. bahahahha

Menarik je nampak gayanya...bolehlah masuk wish list. Bila nak gi tu belakang citer hehe

Nak gi ayer8 tu pun dah berjaman dok ajak cik abang tak approve-approve lagi :p

Hadoi.. Lawanya tempat dia.. Ada juga survey-survey aritu..

Terkejut tgk patung Manhattan. Kalau tgk live LG la Kia semangat apapun mmg best la tempat ni

dekat jer ngan umah kat P11 tu tp x pegi2 pun lagi kat sini..tp budak opis ni dah ngajak bekesen @ vacation ke sini... ekekeke

Hi.. sorry komen kat sni..sy & family baru je balik..kebetulan dpt bilik yg awk stay ni..betul bilik ni privacy sikit mngadap garden & terlindung pokok2 syukur sgt dpt bilik ni.. tq again atas review yg honest ni 👍

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top