HKL jom cuci tangan | Hand Sanitizing Relay



Semalam staff-staff HKL buat aktiviti "HKL jom cuci tangan" Hand Sanitizing Relay untuk mendapatkan pengiktirafan dalam MALAYSIA BOOK OF RECORD. of coz wanita2 ayu Farmasi ni join. HKL target dalam 2,500 staff yg akan join hand hygiene ni. Jam 12 tengahari juri announce 3,559 participants yg join.. wahhhhhh syabas HKL ramai jugak yg join. plus nurse, doktor, pegawai, kerani, radicare, medic student semuaaaaaa join. bukan hantu kak limah tapi HOSPITAL KUALA LUMPUR hokkey. Bangga la kannnnn. bukan senang nak arrange 3 ribu staff dalam satu masa. Mana nak que lagi. pastu step nak cuci tangan tu kena ingat. Before ni memang dah ada training and rehearsal one day before event. Kitorang semalam dah rehearsal and then masa tengah que kak cah cakap 'korang nampak tak Badul tu' yg sarina 'haahh badut, mana badut. kak cah mana badut tu'.. pastu tengah bising-bising cari badut. kak cah terus cuit kitorang bukan badutttttttt la ngekkkkk A.R Badul yg pelakon tuuuuu. wakakaka.. mati-mati kitorang ingat badut (clown) datang menghiburkan staff hkl, sekali bukan BADUT daaaa A.R.BADUL .. bongok!! hahaha. wife dia nurse kat HKL ni. diorang sewa PA sistem dia. gittewww cerita dia.

HKL jom cuci tangan | Hand Sanitizing Relay
ni time rehearsal.. ada instructor kat depan demo cuci tangan yg betol.. takde la nervous sangat sebab ada orang kat depan.. instructor ni nurse dia buat kemas jeeee. memang keje dia.

Time event, lobi ni lagi cantik diorang hias. dengan bunga, belon. Pastu meja pun semenggah siap ada skirt.. memang different la lobi ni dari normal. good job for the team yg menjayakan hand sanitizing ni. tapi perlu improve kan lagi dari segi management supaya lebih sistematik.. yelaaaa bukan senang nak handle 3 ribuuuuuuuu orang kan. salute the team.

HKL jom cuci tangan | Hand Sanitizing Relay

yeyyyyy complete hand sanitizing relay. dapat sijil  & godies bag roti dan air meneral. sijil pulak sijil kosong nama sila tulis sendiri. wakakaa Disebabkan staff hkl ni ramai. awal pagi jam 8am kitorang dah terconggok kat auditorium.. dengan berkat badan bagak2 macam ni berani nak potong que.. memang silap la asal nak potong que je team bagak lebarkan siku.. ada berani nak lawan siku wanita terhebat ni. sila ikut barisan yeeeeeeee.. kira kami orang yg terawal la... tak larat nak que panjang berjelar sampai 3 ribu staff.. tapiiiiiii laju jugak diorang buat keje.. dalam 4 jam settle hand sanitizing untuk 3 RIBU staff.... wahhhhhhh tepuk tangan la siketttttt. hahahaa 

#HKLjomcucitangan



-gee-
Tag : HKL
3 Komentar untuk "HKL jom cuci tangan | Hand Sanitizing Relay"

Wahhh tahniah HKL. Bukan senang nak ajak reramai commit kan.

Semalam pon ada program ni dekat Hospital Murni kerja..Murni tgk dari jauh sahaja..ehehe

Wow tahniah! Seronok ada event rare gini kan

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top