Polis Evo 2 : Antara kontroversi dan kualiti



Polis Evo 2 : Antara kontroversi dan kualiti

kecoh baru2 ni dengan kontroversi filem Polis Evo 2. Antara kontroversi dan kualiti? kat sini kita just sembang wayang je.. jangan ada pulak komen pi kecam aku hahahaa.. ok
ada netizen yg boikot filem ni. Ada yg tahu dah ke? tak tahu? meh tak cerita. angpa ni memang tauuuuuu macam katak bawah tempurung. hal dunia yg hot ni pun tak tahu info hahaha.

filem ni menimbulkan kontroversi dengan beberapa watak dan babak yg memburukkan imej islam dan menyamakan Islam sebagai pengganas. watak Hasyam (Hasnul Rahmat) watak yg klise dalam menunjukkan diri dia seorang teroris. watak Hasyam seorang fahaman fanatik sesat yg bertopengkan manusia. sebenarnya dia lah bapak segala penyangak, penyamun, nam jahanam, abu jar, tokan pengedar dadah, kejam, akhlak bermasalah, sukahati je bunuh orang macam pijak lipas, asal tak berguna tembak bagi mati. eh eh macam tu sekali dia nilai nyawa manusia. Dalam filem ni takde bab-bab solat, takbir, atau menggunakan hadis atau ayat Al-Quran. Cuma kat sini, SILAPNYA pakaian si pelakon yg memakai serban menunjukkan diri dia seperti orang islam. part ni memang aku tak setuju. sangat tak setuju.

TAPI!!
Pandangan dari sudut lain, watak beserban - Hasyam (Hasnul Rahmat) lebih kepada watak psiko yg menggunakan agama untuk menutup kerja2 jahat dia dengan memperdayakan pengikutnya. Jelas kat sini AJARAN SESAT!! bagi aku dia berjaya bawak itu.

Betul apa yg mufti wilayah cakap, filem2 seumpama ini perlu melantik konsultan syariah sebelum menghasilkan sebuah filem bertemakan Islam. mungkin mesej sebenar yg nak hendak di sampaikan oleh filem lain, tapi tanggapan masayarat kita di MALAYSIA berbeza. 

faham!!

kalau nak kata boikot, mcDonalds pun sampai sekarang ada yg boikot tak makan mcD. sungguh kuat iman orang itu, itu pendirian dia.. dia ada reason kenapa nak boikot. Boikot la selama mungkin. 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun. mcDonalds still ada kat Malaysia. krew2 mcD pun ramai dari orang Islam. aku pun ada reason aku kenapa still makan mcD.. salah satunya sebab SEDAP hahaha. begitu juga dengan filem ni, lagi orang boikot lagi aku nak tahu. kadang cerita tak seperti yg kita digambarkan. seumpama macam main telefon rosak.. sampai kat orang hujung jadi lain.. kan jadi fitnah.

hokeyyyy !! tutup part kontroversi.
now, nak sembang part jalan cerita & kualiti

Cerita Polis Evo 2 tektikal kelaut. Tiada kematangan dalam merancang operasi menyelamatkan tebusan. Komender (Erra Fazira) aku rasa dia patut lagi bijak & smart. takde elemen macam nak guna drone ke, penyusupan behind enemy macam Paskal tu. satu lagi nak komen, radar musuh yg dipaparkan macam surface objek, takde ke cara lain macam Contoh : radar musuh tu musnahkan dengan pakai drone, sniper, atau baling batu pun boleh jatuh hahaha. part tembak menembak, aku macam musykil MANA PASUKAN BANTUAN KHAS (PASKAL, GGK, VAT69) eh! macam depa-depa main tembak menembak dengan musuh sampai mati. helikopter takde eh? tak syiok laaaa ramai polis yg bertempur mati.

aksi memang banyak, takde satu part boleh mengelamun. 
kelakar - ada scene yg zizan buat lawak 
seram - Mat Dan (Syafie Naswip) dia dah mati tiba-tiba boleh hidup. celik2 mata dia terjojol depan muka.. seram sikittttttttt je la.

Kesimpulannya, terpulang.
yg boikot teruskan boikot. ada komen2 netizen yg aku baca dia boikot pegi wayang je.. nanti dah keluar kat tv dia pun akan tengok jugak.. hahaha. ada juga orang macam ni ehh. hahahaa

pasni, nak layan cerita kartun pulak "Ralph Breaks the Internet" anak bujang tu dok bising nak tengok.


Polis Evo 2 : Antara kontroversi dan kualiti

saje tayang nasi ayam penyet.. sebab ari tu sup dia sedap. biasa bagi sup yg kuah cair pastu tabur daun sup.. ni sup dia macam sup tulang. sampai aku mintak 1 bekas lagi.. sambal penyet pun sedap. daun2 tu tak makan.. tak reti sangat makan ulam mentah-mentah macam tu.. kalau rebus ok. hahaha. makan kat mana? makan kat gerai-gerai tepi jalan pun sedap. kalau makan kat Dapur Penyet 10 hengget mau cecah.. tak kisah laaaaaa mana-mana pun layan.. janji sambal dia pedas tak manis.. hahaha

tu je nak sembang.. bye!! 




-gee-
Tag : Movie Review
5 Komentar untuk "Polis Evo 2 : Antara kontroversi dan kualiti"

bio la org nk boikot i tetap nk tgk heee

This comment has been removed by the author. - Hapus

Salam zie. Akk respect je pendirian awak. Masing2 dgn ideology dan pandangan masing2.
This only my 2cents taw.. tayah amek ati..aku pukol kang! Huhu

Depa boikot tak p tgk POLIS EVO kat wayang, sbb taknak direct menyumbang pada kutipan tiket wayang je. Dah keluar tv, kita tgk, tak contribute any fund pun… Harapan ‘boikoter2’ ni semua, bila kutipan down, later diorg takkan la berani sewenang2 nak buat cerita mcmni. Mungkin sikit % org boikot tak terkesan pun dgn kutipan, tapi diorg ttp nak take part dalam memboikot filem yg mengenengahkan ISLAMPHOBIA. Kat luar negara, muslim sgt dibenci, diboikot, didiskriminasi dgn sgt teruknya! yg kita pulak, sah2 negara Islam, sedar tak sedar mcm support YES BETUL, TERRORIST ITU ADALAH ORG MUSLIM(based on watak hasyam yg kamu tulis),pappp buat movie mcmni. Why don’t dia buat penjahat tu bkn muslim? Or tayah kot ketengahkan org berpakaian berserban Sunnah nabi mcmtu? Makna kata, pengarah tu jua sekaan mengiyakan kebanyakan terrorist adalah org islam. Isn’t?? Hakikat mmg WUJUD golongan sesat mcmtu..tapi perlu ke dilayarkan?di hebahkan? Difilemkan? Tidakkah Polis Evo ni seakan menyimbah petrol?? Menambah kebencian… itu sebenarnya orang2 yg boikot cuba buat.. walau tak seberapa, tak terkesan mana. Tapi we shud respect their effort. Sbb kita tak mampu nak take part(boikot) pun…. Sebab?? Sebab Malaysian tak terkesan secara langsung mcm org islam kat london, US etc. Btw, akk pun bkn sebahagian dari org yg boikot. Cuma x dan nak p tgk lagi. Akk tulis ni pun from reading komen2 org and pendapat peribadi akk je ye nok.

k.cah : amboiiii kemahen panjang dia tulis hahahahha..

yes!that's true itu yg sy cuba sampikan. takpayah tunjukkan orang berseban bagai, dah sah2 menunjukkan orang ISLAM. pengajaran kpd produksi supya next lebih berhati2 dlam memfilemkan bab2 agama..

psst;komen blog sy ni tak boleh reply.. kdg bolh kdg xbolh. malas nak godek.. tu yg bnyk komen tak reply. ni pun taip2 laju2 ..huhuu

Baru tahu filem ini tengah kontrovesi.. Ini blog kedua yang cerita pasal kontrovesi filem ini.. Ketinggalan keretapi lak Sha ini.. hehehe.. Sha memang tak berpeluang nak tengok pun..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top