Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Fina dan giginya, AGAIN! | cabut gigi di Pediatrik HKL

Jepun Mari | Thursday, 1 November 2018,10:00 |
Fina dan giginya, AGAIN!!
cerita gigi Fina ni tak habes!! kali ni continue treatment kat Peadiatrik HKL.

ni kes anak yg kena cabut gigi, mak yg penakut teruk. kalau terkena kat diri sendiri mau aku terajang semua orang yg ada kat depan.

Sian anak gurgirl sorang ni umur 5 tahun dah kena lalui check gigi.. dulu2 aku kecik-kecik takde jumpa doktor gigi.. jumpa pun time sekolah nurse gigi datang sekolah. time tu je la pun nak cabut atau tampal. Dulu aku pernah cerita Fina pergi klinik dentist nak tampal gigi dia yg berlubang tu SINI.. dah tampal after a year dia rasa sakit sampai demam. Dari luaran gigi nampak cantik dah bertampal elok, tapi kat dalam ada infection bengkak gusi & nanah. lubang dia terlalu dalam dah sampai ke akar. huwaaaa.. mak takut!! seyes takut. 

Fina dan giginya, AGAIN! | cabut gigi di Pediatrik HKL

before ni memang treatment kat dental ukm in HKL tu, tapi bila budak tak bagi cooperation doctor refer ke HUKM Cheras under treatment GA.

ada beberapa solution yg doktor bagi..
solution HUKM cheras
  • samada buat GA (masuk ot room, budak di tidurkan repair semua gigi yg rosak & tampal yg patut tampal) tapiiiiiiiii waiting list untuk GA this year dah full. tunggu next year punya appointment belum open. STATUS.MENUNGGU. Nak tunggu lagi? budak dah sakit gigi ni
solution Pediatrik HKL
  • settle kan masalah satu persatu. gigi Fina banyak yg berlubang, atas, bawah, depan rongak. gigi yg sakit tu nak cabut on next appointment lagi 2 minggu. gigi kalau tengah sakit & bengkak tak boleh on treatment ye, doctor bagi ubat antibiotik untuk surutkan bengkak on selama 5 hari. more than 5 hari ubat tak habes, mesti buang. jangan continue.. ingat tu.
samada 
- buat GA tapi waiting list panjang? Hukm Cheras & kos bawah seribu.
- cabut ? Peadtrik Hkl (GL aku)
- private hosp - fastline 1 gigi 4 ribu (manggggg aiiii) gila aje

ahhhhh serabut pala memikir. susahnya nak buat keputusan yg better untuk anak. so aku mintak pendapat ucu (nurse yg garang tapi baik hati). ucu cakap, dulu anak2 dia pun cabut gigi treatment in Peadiatrik Hkl gak, kanak2 ni gigi susu. nanti akan tumbuh gigi kekal umur dia 10-11 tahun. cabut jeee sian Fina tu sakit gigi. aku cakap bukan nanti cabut susah ke?.. sekali kena sound gan ucu.. "gigi susu ni lembut la ngokkkk bukan macam gigi nko yg tuweeeee keras macam simen" hahaaa

Lagi 2 minggu nak cabut gigi, tiap kali lepas solat aku doa permudahkan cabut gigi anak dara tu.. beristifar banyak2 supaya Allah kirimkan malaikat untuk tolong kurangkan sakit dia. google pasal sakit gigi pun aku taknak, taknak terjumpa gambar2 yg horror. nanti lagi buat aku fikir yg bukan2.


masa hari kejadian, aku NERVOUS. aku tak masuk pun bilik treatment. aku duduk luar sambil mulut tu tak behenti kumat kamit -berzikir.. segala doa aku baca sampai surah yg aku hafaz pun dah habis baca. dah lama tak nervous macam tu, last nervous time nak beranak haha.

I cannot la.. reason why???
aku rasa beranakkan dia dah cukup sakit. sakit terindah yg Allah bagi kita rasa. tapi Allah hilangkan sakit bila anak keluar dari perut kita. bila tengok anak berasa sakit. aku rasa macam aku sakit sama. better aku tak payah tengok. tak kuat nak tengok dia sakit kena cabut gigi. even kalau Azeq sunat pun aku taknak teman. dah berbird dia sama gan bapak dia. bapak dia la teman .. haha ke situ pulakkkkkk ??????

Fina dan giginya, AGAIN! | cabut gigi di Pediatrik HKL

lepas 1 jam, anak dara tu elok bejalan keluar dengan mulut dia yg gigit gauze. punya la bersyukur aku. anak yg kita risau semua dipermudahkan. after treatment, bibir & pipi dia kebas. doctor pesan beware dengan pipi dia takut tergigit sebab kebas kan.

last 2 weeks doctor dah explains treatment yg diorang nak buat kat Fina. doktor akan bagi gas nitrus oksida sepanjang treatment. tapi aku ni kannnn penakut. awal bismillah aku dah mention taknak masuk treatment room, biar abah dia yg teman. takut jarum & benda2 medical tu lahhhh.. tapi tu la. penakut-penakut pun keje kat sepital jugak peginya.. kah kahhhh

sumber google
lebih kurang gini la masa prosedur tu, comel je gas yg kat hidung Fina.

doctor akan bagi gas nitrus oksida sepanjang rawatan gigi. gas ni letak kat hidung mostly pada kanak2 yg susah bagi kerjasama atau yg menangis/ takut/ taknak bukak mulut. agak2 korang pun pernah sedut gas ni. especially time nak beranak. construction je seduttttt.. kalau sedut kan jadi hayal, mamai. lebih kurang gitu la untuk treatment gigi fina ni. dia sedar & still boleh dengar arahan doctor

ada hari tu, husb cerita time treatment. doctor suruh buat peace.. tiba2 dia angkat tangan buat peace.  gelak doctor tu.

Fina dan giginya, AGAIN! | cabut gigi di Pediatrik HKL
goodbye tooth fairytales.

sekarang ni, aku train dia lepas susu/makan mesti gosok gigi. Banyakkan minum air masak dari air manis. benda manis2 macam gula2, lolipop, sweet, coklat stop tak bagi makan. husb cerita masa doctor explains pasal penjagaan gigi, Fina boleh tanya "ice cream boleh makan" hahaa berani dia tanya.

gigi dia banyak rosak sebab dia suka makan sweet-sweet. kadang tu coklat yg beli kat Langkawi tu satu paket boleh habes. ada GIGI kena jaga, dari kecik la kena jaga gigi. sometime nampak macam tak penting, tapi kalau dah sakit gigi. tido malam pun tak nyenyak. buat ape pun tak kena rasa nak terajang semua orang. haaaaar

so, mommy yg over NERVOUS macam aku ni. meh nak explains gas nitrus oksida untuk rawatan gigi tu macam mana?

1. Apa itu nitrus oksida ?
Nitrus oksida dia serupa macam oksigen jugak la, tapi untuk menenangkan pesakit berkaitan dengan masalah gigi. gas tu mempunyai kesan semula jadi

2. Adakah gas nitrus oksida selamat untuk kanak-kanak?
gas ni paling selamat untuk kanak-kanak, ada sesetengah kanak2 yg tak boleh duduk diam, atau takut untuk menjalani rawatan gigi. mereka perlu bantuan gas ini untuk lebih relax & tenang

3. Apakah kelebihan penggunaan gas nitrus oksida?
ia bertindak dengan pantas. dalam beberapa minit, ras takut bertukar kepada perasaan tenang. Dos yg diberikan boleh diubahsuai dengan cepat & mudah.

lepas off gas, sistem badan membantu diri kepada keadaan asal dengan cepat antara 3-5 minit sebaik saluran gas ditamatkan







Tag : Dentist, Fina
6 Komen untuk "Fina dan giginya, AGAIN! | cabut gigi di Pediatrik HKL"

comel ! semoga cepat sembuh!

Alhamdulillah dah selamat.
Cabut senang sakit sekejap je time cabut.
Kalau biarkan merana berlama-lama boleh stress mak pak jadinya.

brave girl fina! pjg jg gigi dia kann. serrrem. eh, mana ko tau bebird depa sama weii?? pernah tgk eh?? hahahhahahahha

kan.. sian dia dari menanggung sakit gigi.

ngekkkk la k.cha woiiiiii.. hahahahaa

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top