Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam



Happy Birthday Fina! Hari ni birthday my little pewincess Fina yg mulut becok macam owang tuweeee. genap la umur dia 5 tahun. budak lain yg lahir awal sibuk dah meniarap, merangkak, berdiri. dia baru nak lahir. sebab tu aku still anggap dia baby sebab lambat nouu nak cukup umur bulan november, badan pun halus. Fina ni badan halus tapi dia ni meninggi, mangkali ikut atok belah Sungkai yg meninggi. Muka pun ikut belah Sungkai, muka Fina iras-iras muka kakak Amir yg duduk kat Tapah. kulit pun hitam2 manes hahaha. So, hari tu buat surprise birthday party untuk Fina. Pakat dengan family jumpa kat Dkayangan Steamboat Shah Alam. Now, bagi laluan entry untuk birthday pewincess sorang ni. mau sebulan budak ni punya besday. Before ni pernah makan kat steamboat Dkayangan ni.

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
nak buat booking just whatsapp Dkayangan Steamboat. mention je berapa orang yg nak terjah. booking untuk 9 dewasa dan 3 kids.. sepatutnya sekarang ni 10 dewasa, tapi mak dah pergi jauh. walaupun mak jauh nun di sana. MAK tetap di hati kami semua. Alfatihah.

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam

Before berlengas dek asap steamboat, lanjer sekeping gambar dengan birthday girl. budak sebelah ni tak tahu pun apa mak apak planing untuk dia.

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam

 sila la main bakar-bakar.
 yg warna merah tu ayam tandoori.. sedap weh. kalau di grill lagi rasa kesedapannya.

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
Azeq memang suka telur. hari tu selamber jee dia bantai 5 biji telur goreng atas pan steamboat tu.. pastu kentut pun bau tungkik telur. kalau tiba2 bau busuk tu memang sah Azeq kentut.. di hari kejadian memang busukkkkkkkkkkk ya amat kentut dia. Boleh bayangkan tak kentut bau tembelang!

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
favorite telur puyuh tuuuuu.. sedap ya ampun!!.. telur puyuh tu aku rebus je dalam kuah sup.. pastu makan dengan kuah tomyam perrrggggh sedap wok! balance mak dengan anak berlaga2 kentut berjemaah.

Janji pukul 6 berkumpul kat steamboat. tapi tau-tau jelah deme punya janji. pukul 6 tu la baru nak gerak dari rumah. bersiap  punya lamaaaa. panassssss je hati. kitorang dah melantak bagi kenyang dulu. tak lama tu 

surprise !!

"singing birthday song"
happyyyyyyy birthday to youuuuuuuuu..you

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
happy la budak ni bila orang surprise kan birthday dia. happy sampai peluk aku banyak kali. hahaha. 

naseb dia tak tuntut hadiah. memang tak biasakan asal birthday mintak hadiah. kalau ada hadiah tu BONUS. hadiah kendian lex-lex lu janji makan bagi kenyang. hadiah dia otw naik kapal laut order dari oversea (china) beli kat shopee hahahaa.

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
sayangggggg Fina. walaupun kadang2 suka melalak yg takde semena tiba2 mengamuk yg susah nak berhenti. I love u so much. u always my little princess

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
sambut birthday untuk 3 orang sekali gus. FINA.UMAR.AZREEQ. Umar kesayangan mak long turn 1. Azreq tu walaupun birthday dia tertinggal jauh ke belakang (April) still taruk nama dia kat kek. Kang ada pulak merajuk balik jalan kaki hahaha


kek ni aku order kat @Doublehungry_my atau @kotakdesert boleh tengok ig dia. dua2 ni adik beradik buat kek. aku just tunjuk gambar je nak kek macam mana pastu papp terus jadi unicon. memang sebijik sejibon kek yg aku send gambar.. syabasssss veta!! harga RM90 je kek sebegini cantik. yg tanduk tu bukan sugar tapi mashmellow. aku request taknak sugar sangat sebab budak2 nak makan. kek pun kek coklat sebab i suka coklat.. huhuuu semua citarasa mama ngko bahaha.

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
besar dah anak bujang sorang ni. dah 7 tahun.. 

kejap sangat dah besar. rasa baru je baranak kan dia. sakit kat labour room still ingat lagi. beranakkan budak ni tak susah. poppp dah keluar macam picit jerawat bahaha. tahun depan dah darjah 2 budak ni.. huwaaaa tuweeeee dah i . ustaz ada cakap anak lelaki seeloknya selalu dipeluk-peluk supaya biar dia ada dekat dengan kita. dah besar macam ni pun still gomol2. badan dia yg bambam tu sedap buat bantal peluk 

terlebih gula budak dua orang ni.

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
atok with the cucu's.. Umar & kakak Fina.. Abg Azeq je takdeeee. sibuk tengah makan telur.

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam
penutup acara. ice cream pinkies yg sedap.. mula2 ingat ice cream strawberry. sekali ice cream perisa kacang merah.. uihhh sedap!. lama tak makan ice cream kacang merah. dulu-dulu biasa makan ice cream potong yg ada perisa durian, kacang merah, jagung.  I suka jagung..

Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam

KESAYANGAN semua ni. Time ni sambut birthday kak ya sekali. Adik hadiahkan mixer untuk kak ya buat bakery. kak ya ni memang suka buat benda renyah macam ni. kuih, kek, bakery. aku tak minat. sorry!!. teringin nak makan pi order kedai bahahahaaa (gelak setan). Masa hari kejadian, after potong kek adek letak belon yg cantik2 ni kat belakang kerusi. kalau ikutkan tempat kitorang duduk ni macam tersorok sikit, belakang tu memang takde manusia yg boleh lalu kecuali budak kecik besar Fina. tengah sedap kitorang melantak tiba2 ada sorang budak pompuan elok lalu kat belakang kerusi kitorang amik belon. dah la pendek tiba2 je nampak belon bergerak.. bahaha. dah wakaf satu  belon. pastu dia datang bawak geng daaaa.. pastu, siap la kena sound dengan kak ya. 'eh... dek letak balik belon kitorang' bahaha dah macam budak2 main guli. budak tu kulat2 bagi balik. tinggal 3 belon cukup sorang satu cucu pak din. happy sangat dapat gathering macam ni. Syukur pada Allah kerana ada family yg penyayang. walaupun kita tak boleh pilih our destiny. tapi mama mu ni pun best jugak. Boleh tahan comel, masak pon pandai, kelakar pon ye. syukur jugak jadi anak mama tau. paham! bahahaa

Dewasa RM 33.00 nett
Kanak-kanak RM12.50 nett
Kanak-kanak bawah 4 tahun - PERCUMA

D'Kayangan Steamboat & BBQ
Sri Acappella
1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13 Shah Alam,  Selangor



-gee-
7 Komentar untuk "Surprise birthday party untuk Fina @ Dkayangan Steamboat Shah Alam"

Adeeehhh belon kena rembat. Hahaha

hahah.. bila ingt balik kelakar pun ader babe..

Hepi Belated Birthday Fina..happy semuanya sambut Birthday Fina.

Suka fina dpt surpise birthday party ye. Meriah lah Dkayangan malam tu ye zie. Hehe

happy belated birthday fina dari kakak N.ehh.hehehe.
dulu masa dok shah alam mmg ini la tmpt layan steambot, sedap

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top