Hari tu ntah angin kus kus datang tiba2 husb call 'maa hari ni takyah masak, kita makan kat luar' eeh suka sangat kita bila tiba2 dapat call yg indah sebegitu rupa. aku kata tak kisah makan kat mana asalkan tak panas. Bukan sebab eksen, orang macam kita memang all the time hot gitu. hahaha dalam aircond pun panas, apatahlagi beratapkan zink. memang mengundang kakiku di mulutmu. satu lagi, taknak tempat yg smoking nanti compius ni tempat makan ke kat Genting Highland, mulut asyik berasap je. memang jadi amarah. husb cakap ikut tekak anak2 nak makan pe.. so diorang nak makan chicken chop. ada satu kedai western Grellas Wangsa Maju kat belakang Wangsa Walk sebelah Bank Islam. menu western grilled, burgers & pasta.
mama with pewincess.. kat belakang tu ada playland. tapi macam messy sikit.. dah ramai budak yg main terus serabut. budak2 ni pun tak kesiorrr nak main. elok jugak budak2 ni taknak aku pun geli dengan tisu merata2.
dua beranak yg anti sosial.. dua-dua main mobile legend.. ntah natang pe game seperti itu.
crispy chicken chop RM10.90
orderkan Crispy chicken chop untuk Fina, aku pun order menu yg sama.. memang sedap laaa ayam tu crunchy, lembutttttttt. salad, tomato dia pun aku tibai.. aku kan pemakan sayur bukan pemangsa yer hahaha.. salad tu rasa fresh sebab Grellas ni ada tanam salad sendiri. tapi dah banyak2 order petik kat pasu tu compom habes jugak. Azeq order grilled chicken chop.. lebih kurang sama cuma ayam Azeq grilled.
tak ingat pe nama air ni. lebih kurang chocolate ais blended topup with ice-cream.
husb order ice lemon tea. aku takyah order air laaaa.. kongsi je dengan budak2 ni. kang 1 gelas ni belum tentu habis.. air masak botol wajib bawak. order air sedap-sedap kang air masak jugak diorang cari. kadang tu kalau minum manis mesti nak sulam air masak, itu yg untung datang restoran bawak air masak sendiri hahahaa
Amir order grilled chicken creamy carbonara spaghetti. lebih kurang gini lah rupa paras dia. antara menu yg most popular kat sini. bagi aku sedap la makan spaghetti dengan chicken grilled. creamy carbonara tu sedap rasa lemak2, chicken dia pun lembut dengan macam ada rasa smokey sikit.. bagi i SEDAP.
Burgers pun ada jugak tapi tak order. tengok meja sebelah order burgers kemahen burger dia bertingkek-tengkek.. celah mana nak nganga masuk mulut.. nampak macam tempting sangat.. takpee next time kita order burgers pulak.
budak2 ni kalau makan mesti ingat kat atok dia. buatla video call sambil makan menghadap henfon. bila nak menyuap je talakan chicken tu henfon tapi masuk ke mulut dia.. hahahaha.. sian atok tu di buat main je dengan cucu-cucu dia. next kita bawak atok pulak makan sini.
bolognese beef burger
Kalau korang nak try makan western kat sini boleh la layan kat Grellas Wangsa Maju.. ada grills/ burgers/ pasta haaah sesuai sangat tekak anak bujang tu yg sukakan western. sekali sekali boleh la layan food macam ni.. tapi walauapa pun nasi tetap menjadi pojaaaaaaaaaaan hati ku. ingat aku kenyang makan chicken dengan fries sebegitu.. balik tu singgah kedai mamak tapau mee goreng mamak.. perghhhhhhhh apakah nikmatnya mee goreng ni.. sedap ya ampunnnnnn terus terbelahak kenyang hahahaha.. baru boleh tido dengan lena. duk demdiam mee goreng dalam perut ni.
Grellas
Grilled/Burgers/Pasta
21 Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
FB : Grellas
-gee-
Tag :
Food
4 Komentar untuk "Grellas Wangsa Maju layan tekak western"
Nampak sedapla...dah lama tak p area sana2 tu.
Nampak sedapla.. Lama tak singgah di sini.. Oh ya, TAHNIAH diucapkan kerana awak terpilih untuk direview pada minggu ini.. Jemputlah singgah..
http://www.shikinrazali.com/2018/11/sahabat-blogger-pilihan.html
Akhirnya mee goreng mamak jugak yang dicari haha...
Nampak sedaplah chicken carbonara tu 😋
nampak sedap tu...
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.