Again, jumaat lepas mengonjeng lagi ke Sogo merangkap ke Jalan Tar. Si montek jiran aku tu Sarina nak cari toys walker baby yg tolak2 boleh isi anak patung tuuuuuu untuk anak dia. pastu masuk kedai sari-sari india kat Jalan Tar nasib jumpa walker baby ni.. kalau tak jumpa mau jauh lagi nak ukur jalan (menapak). dah settle cari barang kat Jalan Tar terus laju-laju masuk Sogo (mintak nyawa #aircond). Kebetulan time tu ada Sogo member day. Plan asal nak beli tapau then nanti nak lepak2 makan kat opis. So, aku beli chicken kebab & roti (2 pcs) sebab nak chillex kat opis. Settle bayar kat cashier, ada minah sorang ni menghasut aku 'eh jom makan mee goreng mamak kat Teh Tarik Place' aku pandang dia kecik besor kecik besor je dia ni. tadi dah ajak makan takmou... abehhh kebab yg dah tapau ni nak makan time bila?
here we are!
Misi nak makan mee goreng mamak teh tarik place. Ni semua penangan kak cah cakap mee goreng mamak kat teh tarik place sedap.
dia ni bab makan memang senang. segala makanan yg tak habes dia tolong habiskan. kalau bawak majlis memang huntung tak membazir tolak simen dan kayu hahaha
order ice kosong je sebab tadi merayap kat jalan tar punya haus. Dapat air kosong pergghhhhhh nikmatnya dunia. cuaca kat luar tu panas.
Sarina order mee goreng mamak. ngecak sikit dia punya.
pssssttt mee goreng mamak kat Teh Tarik Place sedap bak hang!! ya Allah sedap gila. walaupun portion tak berapa longgok macam kat kedai mamak.. tapi trust me! memang sedap. cukup segala perasa, rencah. ada kentang, tauhu, udang, sayur. tinggal kambing golek je takde dalam ni.
so, korang kalau datang Teh Tarik Place jangan lupa order mee goreng mamak, tak sure mana2 branch sama sedap or not. depends kot. Setakat ni 2 tempat yg aku pernah makan SEDAP.
so, korang kalau datang Teh Tarik Place jangan lupa order mee goreng mamak, tak sure mana2 branch sama sedap or not. depends kot. Setakat ni 2 tempat yg aku pernah makan SEDAP.
aku order maggie goreng. sajer nak try makan boleh tukar-tukar rasa. tapi ini pun sedap. maggie dia bukan maggie yg biasa tu. rasa dia kenyal2 sikit. dan tak tahu nak kata apa la. boleh di kumpulkan menjadi satu rasa. NIKMAT. ALHAMDULILLAH.
yg peliknya, apasal kat rumah kalau kita masak maggie goreng tak jadi macam ni? simple menu je pon MAGGIE GORENG. stress betol hakak. hahahaaa
after 10 minute
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
liciennnnn.. timun tak makan hahahaa
masa kat Jalan Tar sempat rembat 3 telekung nak bagi kat cikgu sekolah Fina. harga reasonable la, kain jenis elok jenis lycra, kat kepala ada lace. kalau pakai elok terletak, takde londeh2 kat dagu.
sesuci murni bak seputih salju. hahahah
sedang menaip ni ada rasa telon ayor liur teringatkan mee goreng mamak hari tu. Mee goreng mamak ni kalau tak pandai masak boleh buat spoil rasa. kang ada rasa tepung ke memang aku reject awal-awal. Sekarang ni kalau teringin nak makan mee goreng mamak tahu dah nak tuju hala mana. either Teh Tarik Place atau Taqwa Gombak tu. Setakat ni dua tempat ni yg lulus piawai citarasa hati beta.. kot mana tahu korang ada suggestion tempat mee goreng mamak yg best meh la share.
-gee-
Tag :
Food
9 Komentar untuk "Mee goreng mamak Teh Tarik Place sedap bak hang!"
selalunya memang sedap.. tp ade gak beberapa branch teh tarik place yg kureng.. hehehe
boleh try nih..tq..
Menu wajib order bila makan dekat Teh Tarik Place ni. Wajib request extra limau kalau ana. Hehe
kan.. ada jugak branch yg bagi sikit.. xsesuai dgn saiz yg nak mkn ni.. haha
sila.. sila.. huhuu
jom ana mengeteh.. hahaa
Wahhh...semalam baru makan mi goreng tak sedap kt kedai mamak...terus rasa down...terbaca kisah mi goreng sedap ishhh kena cuba ni kt teh tarik place...tq dear
i dont really eat mee goreng tp bila lapar ni semua nmpk sedap
Timun tu best owh.. Sedapnya mee goreng mamak.. Janji bukan mamak yang masak.. kikiki..
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.