PASKAL THE MOVIE
Dah lama tengok Paskal ni tapi aku peram dulu. takde mood nak bercerita. Azeq bengkeeeek je hati bila tahu mak dia dah layan cerita Paskal kat wayang. Konon memang nak rahsia taknak bagi tahu dia, sekali dia godeh hp aku tejumpa gambar ni. terusssssss merajuk kah kahahahah.. takkan nak tengok dua kali kat wayang. jawabnya TIDAK.. hahahaha.. tunggu keluar kat Astro je la yeeeee nak!! plan asal memang nak bawak dia tengok, tapi hari tu dia kena beguk.. so kuarantin kat rumah.
fuhhhh .. aku malas nak review cerita paskal ni. ramai yg dah review cerita ni best.
paskal sangat best! pace laju. tak sempat nak melanguk. nak terkucil pun ku tahan bebe!! Dari start sampai akhir ada je scene yg mendebarkan. ada kurang here & there itu biasa. tak semua filem perfect. tapi bagi aku PASKAL THE MOVIE best. taktahu pun kat negara kita ada unit2 khas yg hebat. ni baru sikit, yg lebih-lebih tu secrets. RAHSIA KERAJAAN. ece eceeeee
mana nak cari cerita ni? pandai2 korang laaa erk! tak sure kat panggung still run ke tak?
kalau nampak makcik2 yg berbaju kurung macam nak pegi kenduri (contoh: macam acik dua orang kat belakang tu) orang akan aspect compom makcik gomen.. hahaha.. hari jumaat rehat yang panjang 2 jam setengah jam derr sempat layan satu movie.. hokeyyyyy complete citer PASKAL the movie.
before masuk panggung, apa2 perut lebih utama. main belasah je order dumpling chicken. ermm rasa biasa-biasa je. main sodok masuk mulut. tak sedap mana pun sebab tekak tu nak nasi. konsep, tak makan lapar atau #membazir.
PULANG
sumber google |
Aku tengok cerita ni kat rumah. mana cerita yg tak tengok kat wayang aku cari balik kat tenet. biasalah kalau tengok kat rumah tak boleh concentrate dengan tenang. nak layan ragam anak-anak lagi. aku baru in mood dalam movie, kang budak2 ni berkelahi bertarik bagai. settlekan masalah diorang. pastuuuuuuu sambung tengok movie. tak habis situ jeee.. ada pulak sesi cakar mencakar part 2, 3.. cerita dari 1 jam lebih drag sampai 2-3 jam. pause.. play.. pause. play. tu je la keje aku.. itu pasal lah aku prefer tengok kat wayang. lebih amang (orang ganu kata)
back to filem PULANG.
weehhhhhhhh.. cerita ni memang best..
kisah cinta sedih soal perasaan yg menanggung rindu sampai hujung nyawa.
cerita ni memang sedih tapi tak berjaya buat aku nanges. sebak tu ada. paling sakit, sakitnya hati menahan rindu pada orang kita sayang, suami. ntah hidup atau mati.
ada jugak poskad dikirim, tapi sepatah harem tak tulis apa. last, baru aku tahu kenapa poskad yg dikirim kosong, sebab othman tu tak reti menulis & membaca, so dia kirim poskad kosong menunjukkan dia masih hidup.
sian wife dia hidup susah (zaman komunis), takde kiriman duit, membesarkan anak sorang2. sedangkan Thom ni tahu Othman ni masih hidup & menjadi tanda tanya kenapa Othman taknak PULANG. tu korang kena tengok, nak explain satu-satu susah.
ada jugak poskad dikirim, tapi sepatah harem tak tulis apa. last, baru aku tahu kenapa poskad yg dikirim kosong, sebab othman tu tak reti menulis & membaca, so dia kirim poskad kosong menunjukkan dia masih hidup.
sian wife dia hidup susah (zaman komunis), takde kiriman duit, membesarkan anak sorang2. sedangkan Thom ni tahu Othman ni masih hidup & menjadi tanda tanya kenapa Othman taknak PULANG. tu korang kena tengok, nak explain satu-satu susah.
dalam hidup susah dan penderitaan perasaan rindu, thom berjaya membesarkan anak dia sampai belajar ke oversea. tahun 60an dah belajar oversea, bijak pandai anak dia.
anak dia - Omar ada berjumpa dengan bapak dia kat London. 6 bulan selepas itu bapak dia meninggal.. masa mengebumian bapak dia Omar ni ada kat London. cuma kat sini macam lack communication yg mak dia sikit pun taknak tahu pasal bapak dia. hingga hujung nyawa. Thom ni baru tahu suami dia - Othman dah meninggal lama. 'kou pergi dulu' sobb sobbb sedih
this is true story, bukan fiksyen.
tak sangka ada kisah cinta sedih yg berlaku dalam negara kita.
mungkin ada banyak lagi kisah cinta sedih, tapi yg ni je di filemkan.. so aku tahu yg ni jeeeee laa
hahahaha
kisah cinta sedih Othman & Thom telah melahirkan generasi anak cucu yg berjaya dan kaya. hidup senang dan mewah.
apa yg aku nampak dalam filem ni. othman berusaha untuk memberi kemewahan & kekayaan kepada anak & isteri dia. sedangkan wife dia tak kisah semua tu, Thom hanya nak suami dia ada bersama dengan dia susah & senang. apa guna kaya raya tapi suami takde depan mata? satu yg buat aku rasa, hargai sesuatu yg ada dalam hidup kita. Hargailah apa dan siapa kita ada sekarang. betapa sakitnya bila rindu pada orang yg takde kat dunia ni.
tapi itu lah perjalanan hidup Othman & Thom yg Allah tentukan. last filem ada tunjuk wajah Omar sebenar & kubur arwah bapak dia kat luar negara. Kubur sebenar.
-gee-
Tag :
Movie Review
6 Komentar untuk "Paskal the movie | PULANG"
Macam best both cite ni. Ritu dah tengok pulang, paskal belom lagi.. nice review ^^
Nanti2 nak tengok. Aku baru sejam tengok movie aqeel dah meragam. Semua kena record. Tak boleh tengok secara langsung.
gitu lah ada anak kecik.. babe!! bertabah la hahaha
kalu tak sempat tengok kat wayang, sy tengok kat online je..
hai kak suzie. sy pun dah tgk paskal best! citer Pulang tu tak puas hati betul sbb tak berkesempatan nak tgk. nti nk cari kat internet ade ke idok hehe
Sedih pula baca review tentang Pulang tu. Rindu pada yg dah tiada kan. Aish sebak pula.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.