Dutch Lady breakfast challenge | Mulakan hari anda dengan segelas susu



Hai! korang. Ada ke yang kat sini suka minum susu? yes, aku suka. Masa pregnant pun aku akan minum susu paling kurang segelas sehari. Ada yang suka perasa coklat, strawberry, full cream. takpe itu pun susu jugak kan. Kajian menunjukkan protein dalam susu lebih mudah di hadam berbanding sumber protein yang lain. Protein sangat penting untuk badan kerana ia berfungsi membina otot, menguatkan tulang, rambut dan kuku. Bagi memulakan hari yang cergas, minum segelas susu Dutch lady PureFarm bersama hidangan sarapan korang akan dapat kekal aktif sepanjang hari. 


MULAKAN HARI ANDA DENGAN SEGELAS SUSU.

Sarapan adalah makanan paling penting kerana makanan pertama yang di makan selepas 8 hingga 12 jam terakhir selepas makan malam. Kekurangan nutrien selama 12 jam bermakna otak kita tidak mempunyai tenaga apabila bangun dari tidur.

Sarapan yg kita makan perlu nutrien yang cukup untuk  makro dan mikronutrien, termasuk karbohidrat, protein, vitamin dan mineral.

Kebiasaan kita di Malaysia, mengambil nasi lemak, roti canai, mee goreng dan nasi goreng, terutamanya pada waktu pagi menjadikan sarapan ini tidak cukup nutrisi untuk memulakan hari yang kuat. Betul! keluarga Malaysia memenuhi nutrien yang disyorkan untuk sarapan pagi tetapi tidak menambah segelas susu setiap pagi. Susu Dutch Lady adalah susu yang terbaik datang dalam pakej yang sesuai untuk waktu pagi yang sibuk.

Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi nutrien yang penting untuk membantu memberi permulaan hari yang kuat setiap pagi :

  • Protein - membantu membina dan memperbaiki tisu supaya otot kita berfungsi dengan baik.
  • Vitamin A - membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita tetap fokus dan berjaga-jaga, baik di sekolah dan ditempat keje.
  • Vitamin B2 - menyokong pembebasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan PROTEIN.
  • Vitamin D - membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus
  • Kalsium - kunci untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup aktif. 
Jom kita tengok perjalanan family aku dalam menyahut cabaran Dutch Lady breakfast challenge selama 5 hari permulaan hari yang kuat dari PROTEIN dengan susu Dutch Lady.

Day 1 (Khamis) : surprise box from Dutch Lady

sarapan lengkap Bihun goreng + Dutch Lady Pure Farm

Dutch Lady breakfast challenge


Day 2 (Jumaat) : Quick grabs
telur separuh masak + 2 biji epal hijau + Dutch Lady Pure Farm

Ibu-ibu yang bekerja memang tak sempat buat sarapan yang heavy. so, hari tu aku buat breakfast quick grabs dengan telur separuh masak, sedikit kicap cair, lada hitam dan segelas susu Dutch Lady. Nutrien pelengkap untuk mulakan hari yang bertenaga.

Dutch Lady breakfast challenge


Day 3 (Sabtu) :
Spaghetti cheese + DutchLady pure farm

Hari Sabtu macam ni aku akan buatkan sarapan yang simple untuk anak-anak makan. Hari tu aku buatkan spaghetti mix with sosej, vegetables, cheese, telur dan letakkan sedikit lada hitam. Jangan lupa sarapan ini di ambil bersama segelas susu Dutch Lady.

Dutch Lady breakfast challenge


Day 4 (Ahad): Easy Fast
Scramble eggs burgers taste + DutchLady purefarm

Hari Ahad adalah hari yang paling malas nak buat sarapan kan. Hari yang nak rest, lepak-lepak, chill dengan family, tapi tak bermakna korang perlu skip breakfast. Kebiasaannya hari minggu macam ni aku buatkan sarapan yang paling senang & mudah. anak-anak request - scramble eggs dengan daging burgers. tadaaaa! sambil goyang kaki pun boleh siap. So, anak-anak dipersilakan sarapan bersama susu Dutch Lady.

Dutch Lady breakfast challenge

Dutch Lady breakfast challenge


Day 5 (Isnin) : Fav Brekkie
Nasi goreng ikan bilis + daging burger + telur mata with sprinkles black paper + kismis dan segelas susu Dutch Lady PureFarm.

Memandangkan sekolah anak start minggu exam final year. mama buatkan favorite breakfast, bagi diorang happy supaya menjawab exam dengan perut yang selesa. Bersarapan bersama susu Dutch Lady akan memberikan lebih tenaga setelah seharian bersekolah.

Dutch Lady breakfast challenge

Menjadi keutamaan seorang ibu untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak-anak apatah lagi dengan usia anak yang semakin membesar. Tambah segelas susu setiap pagi untuk permulaan hari yang kuat. Seriously dua kotak susu Dutch Lady tak cukup untuk kami sekeluarga. Mengapa tidak memulakan sarapan harian anda dengan segelas susu Dutch Lady?

Dutch Lady breakfast challenge

Dutch Lady PureFarm adalah susu no.1 Malaysia yang sesuai untuk seisi keluarga.

Jom sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge di media sosial dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Maklumat lanjut tentang segelas susu PureFarm boleh membantu anda memenuhi pengambilan nutrien yang diperlukan boleh layari di :



Tag : Food, Gaya Hidup
2 Komentar untuk "Dutch Lady breakfast challenge | Mulakan hari anda dengan segelas susu"

sedap nih, esok nak minum jugak la as breakfast

Best milk ever. Hari2 wajib minum susu ni.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top